Khamis, 28 September 2017

Makanan Sebenar


Pisang lemak manis adalah antara jenis pisang kampung yang enak dan sihat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Zaman moden ini anda akan berjumpa dengan pelbagai buah dan tumbuhan yang telah di ubai suai genetik. 

Jika dahulu anda tidak pernah berjumpa dengan Nenas berwarna merah jambu,  kini anda boleh memegang Nenas berwarna Pink atau merah jambu kegemaran gadis ini di hadapan mata. 

Bagi sesetengah individu (golongan) ,  asalkan ia buah dan boleh dimakan sudah cukup syarat untuk dinikmati. 

Namun bagi sesetengah individu yang sensitif mereka hanya memilih yang original atau Semulajadi atas dasar paling asas dan permulaan iaitu buah-buahan yang bukan kawin,  Hybrid,  atau bukan GMO. 

Termasuk untuk sayur-sayuran,  malah golongan ini ketika membeli kuih atau ais krim hanya memilih kuih tanpa warna baik buah melaka berwarna putih,  putu piring berwarna putih dan ais krim coklat bukan ais krim berwarna. 

Kebiasaannya golongan 'cerewet'  ini hanya menikmati buah melaka yang berwarna hijau hanya jika mereka pasti warna tersebut datang dari daun pandan. 

Sesetengah dari golongan ini hanya membeli putu piring berwarna kuning jika pastu kuning itu memang datang dari kunyit bukan pewarna kuning. 

Golongan pemilih makanan sebenar atau Real food juga lebih suka membeli pisang emas atau pisang lemak manis berbanding pisang montel atau canvendish. 

Mereka amat mengambil berat mengenai makanan sebenar atau Real food. 

Mereka meneliti di mana buah dan sayur-sayuran kampung sebenar dan makanan sebenar. 

Bagi mereka setiap benda yang dinikmati harus datang dari sumber sebenar malah ada sesetengah individu yang lebih sensitif hanya memilih makanan organik bebas 100% Dari Bahan kimia. 

Malah jika jiran sebelah memberi buah yang ditanam sendiri namun di tabur bahan kimia atau disiram air sabun mahupun di tabur ajinomoto untuk kesuburan tanaman, ia tetap tidak dinikmati dan diberi kepada keluarga lain. 

Begitu teliti sekali golongan ini menjaga makanan yang masuk ke dalam tubuh.

Jika anda pernah membaca diet Yahudi Ortodoks atau tahu mengenai persijilan Kosher anda akan sedar terdapat golongan yang amat sensitif mengenai cara penyediaan dan cara tanaman serta cara belaan dan sembelihan binatang.

Kini bukan sahaja golongan Yahudi ortodoks cerewet memilih makanan, malah semakin ramai golongan intelektual mendalami ilmu pemakanan sebenar ini dan memilih diet pemakanan sebenar dalam kehidupan. 

Tidak semua mampu hidup dengan menikmati makanan sebenar terutama dari segi harga dan kewangan. 

Malah kekangan waktu, keperluan tanah sendiri juga segala keperluan untuk perkara asas ini juga memerlukan kos yang banyak kecuali anda mempunyai sebidang tanah di kampung ilmu serta kerajinan dan kesungguhan yang kuat. 

Ada perkara yang kita mampu,  ada perkara yang tidak mampu dilakukan. 

Mungkin ada golongan yang membahaskan ke tidak kesungguhan anda.  Namun apabila ia melibatkan masa dan kekurangan wang,  ia sukar untuk diperjelaskan. 

Lebih-lebih lagi jika anda hidup berkeluarga dan langsung tiada sokongan. 

Namun,  itu bukan alasan untuk anda langsung tidak berubah.  Sedikit-sedikit lama lama akan lebih banyak perubahan besar yang anda akan mampu lakukan. 


Amat sukar berjumpa dengan mereka yang boleh berubah 100% sekelip mata. 

Baik dari segi diet,  agama,  kerajinan dan habit. 

Banyak perkara yang perlu ditambah dari hari ke hari terutama ilmu.  Baik ilmu akhirat mahu pun ilmu dunia. 

Bermula perlahan lahan,  hingga ia menjadi habit yang anda tidak boleh tinggalkan. 

Berazam untuk melakukan segala yang lebih baik dari pelbagai segi akan membantu anda dari langsung tidak berubah. 

Kajian menunjukkan apabila anda rajin membaca,  menambah ilmu,  secara perlahan anda akan berubah. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan