Khamis, 6 Julai 2017

KHASIAT & KEBAIKAN BIJI TERATAI


Biji Teratai Kering yang di beli di kedai herba cina
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sepanjang minggu ini saya akan bercerita dan berkongsi Info mengenai herba cina. 

Harus diingatkan ada herba cina juga herba sama yang digunakan oleh masyarakat Jepun dan Jawa. 

Untuk artikel ini,  Manfaat Biji Teratai yang amat mudah di beli dan di dapati di kedai herba cina menjadi pilihan untuk perkongsian ilmu herba kali ini. 

Seperti biasa sekali lagi saya ingatkan. Dalam amalan apa sekalipun bersederhana lebih baik. 

Tidak semua tubuh sama,  dan pastikan anda amalkan dengan ilmu. 

Herba Cina ada "Ying &  Yang". 

Itu alasan mengapa jangan sewenang-wenangnya anda mencampur semua herba sekaligus. 

Mohon rujuk dan tanya pada yang lebih pakar. 

Untuk anda ini KHASIAT & KEBAIKAN BIJI TERATAI 

1.  Biji teratai di katakan amat bagus untuk jantung dan limpa. Ia membantu menguatkan jantung dan limpa. 

2. Membantu memberi tenaga kepada mereka yang sering keletihan. 

3. Mengurangkan gejala hipertensi atau sentiasa berdebar debar dengan cara menikmati air rebusan biji teratai. 

4. Jika anda sukar untuk tidur dan merasa tertekan,  biji teratai dikatakan membantu melegakan stress dan membantu tidur yang lebih lena. 

5. Biji teratai di katakan amat bagus untuk awet muda,  ia membantu mengurangkan kedut dan segala tanda penuaan.

6. Untuk mereka yang sering menghadapi masalah mata sering berair, mata tegang kering dan sebagainya,  dikatakan biji teratai turut membantu masalah ini. Dengan cara mengukus biji teratai sehingga lembut di dalam kain lembut kemudian di gunakan sebagai masker mata.  Wallhualam. 

7. Dikatakan juga sifat biji teratai tidak panas dan tidak dingin. Maka ia sesuai bagi kebanyakan tubuh. 

8. Sifat biji teratai ini juga turut membantu menghilangkan panas dalam badan serta mengeluarkan panas dan lembab dalam usus. 


Biji teratai seeloknya di rebus 2 kali untuk benar-benar empuk dan enak. 

Rasa biji teratai segar yang saya beli sedikit kelat atau pahit hamun lemak enak. (tunas dalam biji itu yang menyebabkan rasa pahit). 

Masih ada tunas berwarna hijau segar ( ada memanggil ia hati teratai)  di dalam biji teratai yang saya gigit walaupun telah di rebus lama.

Anda harus bijak melihat kualiti biji teratai yang dibeli. 

Belilah yang lebih natural atau tanpa sulfur jika anda mempunyai Budget lebih atau berjaya menjumpai kedai herba cina yang lebih kepada natural. 

Jika anda tidak berjaya mendapatkan yang lebih natural usah bimbang,  dikatakan bahawa sulfur yang digunakan tetap boleh di hilangkan selepas direndam dan di rebus. 

Harus diingatkan bahawa menikmati biji teratai dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan diare.

Setakat ini sedikit perkongsian mengenai biji teratai untuk anda. 

Semoga bermanfaat. 

Terima kasih. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan