Ahad, 30 Julai 2017

Hormat


Gambar menikmati makanan di luar bersama keluarga baru baru ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tidak semua manusia di beri hidayah oleh Tuhan,  seperti tidak semua manusia di beri kesedaran tentang kesihatan sehingga mati. 

Ada manusia ketika umur 60 tahun di beri hidayah keimanan,  ada manusia ketika usia 40 tahun di beri kesedaran mengenai kesihatan. 

Kesedaran kesihatan di beri oleh Tuhan untuk saya dalam usia 35 tahun. 

Selama 35 tahun saya menelan segala makanan tidak sihat,  coklat,  fast food non stop Untuk sarapan pagi,  tengah hari sehingga malam. 

Makanan luar bergoreng tanpa langsung menikmati masakan di rumah kerana saya ialah bujang senang yang langsung tidak memasak di rumah. 

Dari di IPT sehingga bekerja,  itulah saya kekal dengan segala snek tidak sihat di rumah dan makanan luar sahaja.  Bungkusan peket 3 in 1, makanan segera di masak hanya tambah air panas itu sahaja paling mudah jika saya tidak keluar. 

Tidak cukup sekadar itu,  duit gaji saya kebanyakan habis untuk coklat dan makanan ringan,  alat Makeup,  kosmetik dan segala vitamin tambahan,  dari susu formula sehingga segala vitamin famous di jual di farmasi dan MLM. 

Maka jika anda baru sahaja berusia 20an dan kini mempunyai kesedaran mengenai kesihatan,  anda lebih awal diberi kesedaran berbanding diri saya sendiri. 

Tepukan dan penghargaan harus diberikan pada anda dahulu dalam bab ini. 

Jika anda lebih berusia dari 35 tahun,  jangan bimbang,  konsentrasi anda dan tekad anda jika lebih kuat,  jauh meninggalkan mereka yang mempunyai kesedaran awal namun tetap culas dalam menjaga kesihatan. 

Tidak penting siapa kita semalam,  yang penting kita pada hari ini dan masa depan. 

Belum tentu hari ini kita tegas menjaga pemakanan dan kesihatan,  perkara itu akan berterusan selamanya.  

Begitu juga belum tentu mereka yang belum di beri kesedaran kesihatan akan 'tidur'  selamanya.  Ada golongan yang di beri kesedaran lebih lewat namun amat 'straight'  dalam prinsip untuk menjaga kesihatan apabila terbangun dari 'tidur'  yang panjang berbanding golongan yang mendapat kesedaran awal. 

Tidak perlu mengutuk golongan yang anda rasa lebih 'bawah'  dari anda. 

Kita tidak pernah tahu masa depan kita atau mereka. 

Fokus pada diri anda.  Doa baik-baik.  Hentikan memandang negatif dan menulis status menyakitkan hati. 

Amat berbeza status berbentuk Info dan status 'menyindir'  atau pun 'mengangkat'  diri sendiri. 

Saya seperti insan lain,  ada waktu tidak sedar tulisan saya atau cara saya 'menyindir'  atau punya unsur negatif. 

Namun sebagai penulis tentu sekali perkara seperti itu harus dielakkan. 

Setiap insan punyai pendapat masing-masing,  hormatilah. 

Setiap golongan juga punya cara menjaga pemakanan dan diet serta menyembuhkan penyakit masing-masing mengikut keadaan diri mereka sendiri. 

Jangan tinggalkan komen yang membuatkan 'percikan'  negatif kepada sesiapa pun. 

Dalam era globalisasi penuh kemajuan Internet dan media sosial,  apa yang kita tulis,  kita Share,  kita komen akan lalu lalang di wall sesiapa sahaja. 

Termasuk apa yang kita komen dan tulis di Group whatapps dan telegram. 

Ingat,  apa yang anda sembang dengan kawan anda juga boleh di print screen dengan mudah dan dihantar kepada sesiapa sahaja.

Berhenti 'mengumpat' secara tidak sengaja. 

Agak kurang tepat anda menjaga diet dan pemakanan anda,  namun tidak kata-kata dan tindakan apa lagi 'hati'  dan emosi anda. 

Jangan hanya penyakit fizikal kita sembuh namun kita dapat penyakit 'hati'  baru. 

Ketahuilah kita tiada hak langsung untuk menjadi hakim,  doktor peribadi atau tuhan untuk menentukan mana betul dan mana salah untuk golongan lain.

Sebagai manusia biasa saya sendiri tentu ada silap di sepanjang hidup di media sosial atau di mana sahaja. 

Apa lagi di masa akan datang jika umur panjang. 

Tiada yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan,  namun sebagai manusia ingat mengingati itu amatlah penting.

Akhlak dan hormat itu di medan media sosial harus wujud. 

Apa bila kita menghormati golongan dan insan lain,  tentu kata-kata akan lebih tersusun dan kita lebih berfikir untuk diam. 

Dengan cara ini anda akan lebih gembira dan tentu sahaja kegembiraan dan soal hati amat penting dalam kehidupan dan kesihatan. 

Salam sayang dari saya. 

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan