Sabtu, 29 Julai 2017

Cuba Eat Clean


Menu hari pertama cuba untuk Eat clean 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari Khamis baru-baru ini saya mencuba untuk Eat Clean.

Ia berjaya untuk sarapan pagi,  hanya menukar 2 biji telur organik rebus dan 2 batang salad dan 2 biji tomato organik sederhana besar bersama taburan serbuk lada putih organik,  garam Pink himalayan dan 2 sudu minyak zaitun dara organik Palestin.

Namun sayang saya kecundang di waktu tengah hari dengan menikmati Mee kuning beli yang kaya MSG,  gula dan kicap.  Sesuatu yang jauh dari 'Eat Clean'.

Bernasib baik petang saya terselamat dan berjaya Eat Clean kembali dengan menu keledek Manis Jepun organik yang hanya di bakar.

Dan untuk malam,  saya menikmatinya tempoh daun pisang mentah yang kaya probiotik sebagai makan malam saya.

Adik. Perempuan saya memasak spaghetti namun saya tidak mengusiknya langsung.

Sebelum terlupa,  4 batang salad Organik  kecil dan 4 biji tomato organik kecil berharga RM6 sahaja dan boleh diguna untuk 2 kali resepi atau menu untuk seorang makan.  Jika di tambah 4 biji telur kosnya dalam RM10 untuk 2 kali makan.

Pilihan lain selain telur,  beras perang,  kacang kuda atau jika anda inginkan menu URBAN anda boleh tukarkan kepada quinoa.

Kononnya esok Jumaat saya juga berniat untuk Eat Clean namun dari awal pagi saya sudah menikmati omellet dan makanan tidak sihat lain,  dari keropok goreng,  karipap segera dan pelbagai lagi.

Malah di waktu tengah hari dan makan petang 2 pinggan besar cekodok taugeh dan kuchai habis di nikmati oleh saya.

Mujur ia di masak sendiri oleh saya menggunakan tepung organik dan sayur taugeh,  kuchai dan sedikit lada besar.

Sekurang-kurangnya ia menggunakan minyak kelapa sawit jenama SAJI yang masih baru.  Bukan yang di ulang pakai berkali atau minyak peket yang tidak bagus untuk kesihatan.

Namun minyak sawit ini kekal minyak proses dan 'refined'. Untuk lebih sihat anda harus memilih minyak kelapa asli yang lebih sesuai untuk menggoreng namun harganya juga agak mahal hampir RM35  untuk 2 liter.

Menu yang agak kurang sihat
Hari ini (Sabtu)  untuk sarapan sekali lagi menu kurang sihat yang dimasak menggunakan gula Putih,  garam putih dan perencah hilal oleh ibu saya menjadi santapan.

Harus diakui sampai mati,  manakan sama masakan ibu dengan masakan di luar.

Saya pula antara banyak-banyak nasi lemak,  masakan nasi lemak ibu pasti yang paling berselera.

Abaikan sambal yang penuh perasa dan pasti kurang sihat itu,  saya menikmati ia bukan sahaja untuk sarapan pagi malah untuk makan tengah hari..
Sudahlah timun hanya sekeping dan sayur ulam hanya beberapa helai kerana ketiadaan stok makanan dan sayur-sayuran dalam peti ais.

Hari yang sepatutnya saya membeli stok,  namun kereta saya rosak di tengah jalan,  menyebabkan stok makanan kering untuk simpanan  dan kegunaan harian.

Bernasib baik saya membeli 5 biji buah limau kesturi,  akhirnya hanya air limau itu menggantikan sayur sebagai detoks selepas menikmati makanan yang dimasak cara kurang sihat.

Untuk santan segar dan menggunakan air berlapis ia amat bagus.  Namun ada ura mengatakan santan segar zaman sekarang tetap ditambah sesuatu untuk pekat dan tahan lama.  Wallahualam.

Maka lebih baik anda cuba  berusaha membeli kelapa tua parut dan buat santan sendiri.

Saya tidak tahu apa lagi makanan akan saya nikmati selepas ini.

Namun tentu saya mencuba untuk Eat Clean.

Sebagai manusia biasa,  setelah berbulan terbabas,  ia agak sukar sedikit dan agak mencabar.

Namun,  insyallah saya akan usahakan.

Begitu juga dengan anda yang berniat sama.

Marilah kita berusaha dari sekarang.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan