Selasa, 11 Julai 2017

Buat dan Alasan


Bukan mudah fokus menu sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Antara perkara paling sukar bukan sahaja antara memilih yang mana pilihan hati sama ada cinta,  pakaian,  kasut mahu pun accessories namun termasuk menu sihat yang ingin di nikmati. 

Bayangkan ada 2 menu kegemaran yang di masak bukan dengan cara sihat dan satu lagi menu biasa kurang menyelerakan namun sihat.  Agak sukar memujuk hati agar fokus hanya pada yang sihat,  terutama jika rupa dan bahan pun kurang menarik hati. 

Namun itulah pengorbanan. 

Bukan senang untuk berkorban namun atas pengorbanan itu insyallah hasilnya pasti menggembirakan. 

Syawal yang telah masuk pertengahan bulan,  namun saya sendiri seperti kebanyakan individu lain,  masih sukar untuk berada dalam track menjaga diet seharian. 

Kuih raya dan kek raya masih banyak di luar dan di dalam peti. 

Kerepek dan muruku di kunyah setiap hari sehingga habis balang demi balang. 

Susah rupanya sekali kunyah untuk berhenti terutama jika anda telah lama tidak menikmati makanan enak,  yang pastinya hasil tangan dari orang lama yang terkenal keenakannya. 

Masih mencuba untuk memaksa diri memakan makanan sihat. 

Memaksa diri memasak sendiri walaupun hanya campak-campak. 

Menolak secara baik jemputan belanja makan dari seorang ke seorang yang lain. 

Belum kira mood memasak yang terpadam akibat tidak cukup bahan dan kepanasan serta cuaca. 

Ia memang halangan yang kadang kala menyebabkan anda kekal kalah dalam menjaga pemakanan. 

Ada waktu atau hari anda terpaksa enjoy,  namun ada hari juga anda harus fokus untuk cuba menikmati makanan sihat walaupun hanya untuk makan tengah hari atau mungkin makan malam. 

Saya sendiri masih berusaha memperkuatkan semangat untuk kembali menikmati makanan sihat. 

Semoga saya dan anda diberi kekuatan untuk berjuang untuk pemakanan yang lebih sihat. 

Insyallah. 

Doakan saya berjaya puasa enam untuk tahun ini. 


Terima kasih. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan