Isnin, 1 Mei 2017

Buat SNEK Sihat Sendiri


Depang @ bepang dari nasi yang di jemur
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini,  semakin ramai yang hanya ingin menikmati hari di rumah dan jarang keluar.

Maklumlah selain ingin berehat,  waktu ini juga diambil peluang untuk tidak bersesak di jalan raya sekaligus menjimatkan perbelanjaan minyak,  tol dan parking.

Kini semakin ramai peniaga yang menawarkan khidmat makanan Homemade Delivery antara yang enak dan sedap ialah Kitchen By Hermosa.  Anda boleh membaca artikel mengenai Kitchen By Hermosa di link ini Makanan Homemade dan Delivery ke Rumah Anda.
Kitchen By Hermosa menawarkan menu masakan rumah untuk menu makanan tengah hari di rumah atau di pejabat.

Alternatif jika anda malas keluar buat sahaja snek Home made sendiri.

Jika tiada bahan,  ini antara snek mudah yang kebiasaannya bahan-bahan telah tersedia dirumah anda.

Jimat duit dari anda membeli kacang badam yang lebih RM30 sekilogram,  kacang walnut,  biji bunga matahari dan sebagainya.

Ini caranya bagi menjimatkan kos yang sering dijadikan alasan untuk menikmati snek sihat yang jauh lebih baik dari biskut komersial.

Tentu anda biasa berlebihan nasi putih atau nasi beras perang di rumah anda?.

Kebanyakan individu saya jumpa membuang sisa nasi ini,  ini termasuk saya dan keluarga saya sendiri.

Sebelum ini sisa-sisa nasi ini diberi makan kepada monyet dan burung-burung di sekitar rumah.

Namun kebelakangan ini sudah berbulan monyet tidak kelihatan dan burung juga makin berkurang.  Nasi yang ditaburkan kering begitu sahaja di laman tanpa di sentuh.

Akhirnya ibu saya mengambil keputusan dari dibuang lebihan nasi putih semalam yang banyak itu lebih baik ia dibuat snek lebih sihat dan tahan lama iaitu depang atau bepang.

Tentu anda tahu betapa mudah membuat bepang ini sendiri.

Ini RESEPI MUDAH BEPANG

Anda hanya perlukan bahan-bahan berikut

1. Nasi putih yang telah dikeringkan seharian
2. Minyak untuk mengoreng
3. Gula Melaka
4. Air bertapis
5. Daun pisang segar atau loyang

Cara-cara membuatnya

1. Goreng nasi yang telah dikeringkan sebentar dalam 2 minit sahaja.  Angkat toskan. (goreng api kuat tapi sebentar macam goreng keropok keping).

Nota penting :- Anda boleh menyimpan nasi kering yang telah digoreng ini didalam botol berapa lama pun dan boleh memikirkan perasa apa yang ingin anda gunakan,  coklat,  bijan,  cheese atau tradisional seperti gula melaka.

2. Panaskan kuali dengan air yang di didihkan bersama gula melaka.  Masukkan nasi kering yang di goreng tadi dan gaul sebati,  ketika panas terus isikan ia atas daun pisang atau loyang.  Ratakan cepat-cepat,  ini kerana gula akan menyebabkan ia cepat keras.

3. Setelah keras,  potong dan simpan didalam bekas kedap udara.

Nota tambahan

1. Pastikan anda menggunakan minyak kelapa sawit baru bukan didalam peket yang lebih sihat.

2. Pilih gula melaka asli tanpa campuran gula atau pewarna.

3. Nasi ialah bahan paling kurang proses berbanding makanan lain yang siap kering atau dibuat dari tepung gandum.


Selamat Mencuba snek mudah ini.

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan