Isnin, 29 Mei 2017

BERBUKA PUASA DI KUANTAN


Berbuka puasa hari kedua Ramadhan 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah sekali lagi berkesempatan melalui Ramadhan tahun ini dan berbuka puasa bersama keluarga. 

Hari pertama berbuka puasa kami berbuka di rumah dengan hidangan Mee sup ayam air tangan bonda dan selebihnya nasi arab kabshah lamb juga lamb soup dari Al-Dallah. 

Sempat ke bazar Ramadhan di depan stadium kami membeli murtabak larking Cheese special daging,  murtabak specia daging dan murtabak cheese special ayam serta pelbagai kuih lain termasuk bubur lambuk,  puding,  dan pelbagai jenis kuih Melayu lain. 

Untuk info murtabak Larkin adalah murtabak paling popular di bazar Ramadhan ini. 

Maklumlah hari pertama maka semangat membeli juadah berbuka itu lain sikit,  maka pelbagai jenis minuman juga dibeli. 

Menu masakan Cina paling enak di Kuantan 
 Hari kedua kami masih ke bazar Ramadhan membeli kuih muih dan hidangan untuk bersahur. 

Kami memilih Jade Restaurant di MS Garden Hotel Kuantan atau kini dikenali sebagai Grand Darul Makmur sebagai tempat untuk kami berbuka puasa. 

Untuk info di Bandar Kuantan ini masakan Cina paling popular dan halal ialah di Jade Restaurant ini.  Ini antara restoran wajib patut anda cuba bersama keluarga tersayang. 

Istimewa untuk bulan Ramadan set makanan bersama keluar (family set)  ini di sertakan Buffet dessert atau manisan. 

Kebiasaannya hanya satu manisan sahaja untuk pencuci mulut. 

Untuk bulan Ramadhan ini pelbagai jenis manisan turut dihidangkan. 

Kenyang dan penuh perut kami menikmati hidangan berbuka puasa disini. 
Nasi lemak ayam kampung goreng dari Nasi Lemak Place
 Sahur hari kedua kami bersahur dengan menikmati nasi lemak ayam kampung goreng dari Nasi Lemak Place yang di beli bungkus dari Pasar Ramadhan semalam.

Ini antara nasi lemak enak di Kuantan kerana sambal bilis nasi lemak ini kurang minyak dan kaya bilis.

Tauhu bunga ayam berkeju dan Tauhu ayam dan sayur (jika tidak silap rasa atau berkentang)  juga sambal tempe,  kacang Tanah goreng serta kentang dari Nasi Lemak Place ini juga enak sekali. 

Nasi Lemak Place turut membuka gerai di Bazar Ramadhan di hadapan Taman Kerang,  Kuantan berhadapan masjid negeri.  
Tauhu bunga ayam berkeju dan Tauhu 
Untuk 2 hari pertama diet saya memang ke laut.

Itu biasa jika anda berbuka dan bersahur bersama keluarga. 

Jangan risau bukan selalu anda diberi rezeki yang melimpah dari sudut makanan. 

Untuk mengurangkan rasa bersalah menikmati makanan bergoreng dan berminyak,  tambahkan lebih salad atau sayur dalam menu anda. 

Insyallah rasa bersalah anda akan berkurangan. 

Jangan bimbang esok anda boleh mulakan sekali lagi. 

Selamat bersahur untuk anda yang sedang bersahur dan selamat berpuasa. 

Terima kasih. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan