Khamis, 13 April 2017

Tempat Makan Best Di Bangi Part 1 - Restoran Kelisa Corner


Restoran Kelisa Corner 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Berpeluang bercuti ke Bandar Baru Bangi semalam,  saya membawa anak saudara saya Irfan dan Ilham sarapan bagi di Restoran Kelisa Corner  yang terletak di Bandar Baru Bangi seksyen 8.

Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi dari nasi lemak,  lontong,  Mee goreng,  kuew Tiaw goreng,  bubur nasi,  nasi goreng,  kuih muih dan pelbagai hidangan lain. 


Restoran Kelisa Corner menawarkan nasi lemak sotong,  sizzling Mee dan soto jawa antara menu utama
Bertolak dari Kuantan seawal subuh dan terperangkap di dalam jem ketika majoriti penduduk  Kuala Lumpur dan Selangor menuju ke pejabat,  membuatkan kami masing-masing keletihan dan amat kelaparan. 

Kami tiba di restoran ini anggaran 10.30am ke atas. 

Alhamdulillah hidangan makan pagi masih ada,  ketika pekerja restoran ini sedang menyusun lauk pauk untuk hidangan menu tengah hari. 


Bekas hidangan mulai kosong 

Terdapat beberapa bekas hidangan mulai kosong dan licin.  Namun pilihan kami nasi lemak masih ada di samping pelbagai sambal berlainan termasuk sambal sotong,  sambal udang,  ayam goreng berempah,  bubur nasi dan sebagainya. 

Bubur nasi 
Ketika melihat menu pilihan saya terpaku kepada bubur nasi, namun akibat rasa yang amat lapar dan ingin kenyang lama saya memilih nasi lemak sambal udang. 

Antara Menu di tawarkan 

Menu disini memang nampak menarik dan banyak. 

Anda boleh memilih sosej atau nugget untuk dimakan bersama hidangan anda. 

Telur goreng biasa dan telur goreng sambal juga ada termasuk telur rebus. 

Deretan menu sarapan pagi menarik
Untuk menu sarapan pagi enak.  Harus diakui restoran ini punyai pelbagai pilihan. 

Restoran ini tentu sesuai jika anda mencari tempat Makan Best untuk sarapan pagi yang enak dan sedap di Bangi. 

Menu masakan melayu
Jika anda mencari menu sarapan pagi dan tempat sarapan pagi enak.  Anda tidak perlu pening kepala,  di seksyen 8 ini terdapat pelbagai pilihan tempat Makan sedap untuk breakfast dan sarapan pagi.

Pelbagai pilihan sambal
Jika anda inginkan sarapan pagi lontong,  Mee sup,  Mee jawa dan kuih muih Melayu. 

Restoran Kelisa Corner ini turut menyediakan menu ini untuk sarapan pagi. 

Ia nampak sungguh menyelerakan. 

Pilihan menu Mee, lontong dan kuih muih melayu
Saya,  Irfan dan Ilham memilih menu nasi lemak. 

Irfan nasi lemak telur goreng,  ilham nasi lemak ayam goreng berempah dan saya nasi lemak sambal udang. 

Nasi lemak sambal udang pilihan saya

Rasa nasi lemak sambal udang pilihan saya amat biasa. 

Bagi saya sambal udang ketika saya makan ini amat masin dan tidak menepati selera saya. 

Namun kedua-dua anak saudara saya amat menyukai sambal nasi lemak bilis di sini. 

Ilham siap mintak nasi saya kerana tidak cukup.  Maka saya berpendapat kebetulan saya memang seorang yang tidak kuat masin.  Maka sambal udang itu tidak kena selera saya. 


Irfan dan ilham khusyuk menikmati hidangan sambil menunggu minuman sampai
Kami menikmati hidangan sambil menunggu minuman pilihan kami sampai. 

Saya memilih jus tembikai,  Irfan teh o ice limau dan ilham Fresh Orange. 


Banting yang menunjukkan iklan nasi sempoi
Restoran Kelisa Corner ini juga menyediakan menu istimewa nasi sempoi serendah Rm5.  Nasi sempoi  lauk kambing pula hanya RM7. 


Ilham gembira menikmati makanan
Mungkin atas alasan kami tiba lewat hampir 11am maka kami mudah mendapat tempat parking betul-betul dihadapan restoran ini. 

Pokok yang di tanam di dalam pasu menyerikan suasana di luar restoran ini. 

Irfan dan Ilham khusyuk menikmati hidangan sambil main instagram 
Perkhidmatan restoran ini ketika kehadiran kami agak laju. 

Cepat sahaja menu minuman kami sampai. 

Makanan dan hidangan layan diri. 

Jus tembikai dan jus oren disini sedap dan saya sukakan nya. 


Kuih kopi Yang boleh tahan sedap
Saya dan Irfan berkongsi menikmati kuih koci sedap yang berharga RM2.50.

Jumlah semua hidangan kami untuk makanan dan minuman ialah Rm26.

Harga ini di Kira berpatutan di area Bangi dengan harga sebegitu.

Jika anda juga mencari tempat Makan pagi yang menghidangkan pelbagai pilihan.

Restoran Kelisa Corner ini boleh dijadikan antara pilihan.


Terima kasih.



**  link sambungan Tempat Makan Best Di Bangi Part 2 -  Restoran FizoMawar Kitchen

Di sini Restoran FizoMawar Kitchen





4 ulasan:

  1. suka makan macam bubur nasik tu.. ngan sup ke telur masin ke.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Bukan senang nak jumpa bubur nasi untuk sarapan pagi.

      Padam
  2. assalam.. kuih kopi mmg xpernah mkn, sedap ke. blh cuba singgah nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry kuih koci silap taip tu. time I makan boleh tahan.

      Padam