Channel @ Saluran YouTube sendiri |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Percaya pada kata kata, buat sahaja sikit demi sikit asalkan ada progress atau pembaharuan, itu antara kata semangat yang digunakan dalam bidang Blogging.
Percaya pada kata kata, buat sahaja sikit demi sikit asalkan ada progress atau pembaharuan, itu antara kata semangat yang digunakan dalam bidang Blogging.
Bermula hanya menulis suka-suka tanpa ejaan penuh dan ayat tunggang langgang serta terbalik. Bahasa budak muda 4 tahun lepas akhirnya kini saya kekal menulis dalam bahasa Melayu Tinggi ejaan penuh.
Dari tahun ke tahun, seperti kata setiap sifu dan mentor anda sendiri akan pelajari dan jumpa rentak sendiri.
Itu perjalanan yang berlaku di Blog ini, dari bahasa tunggang langgang, ke bahasa Melayu namun ejaan tidak penuh, seterusnya perlahan lahan dan kekal menggunakan ejaan penuh sehingga kini dan doanya hingga ke akhir hayat insyallah.
Artikel cat Cafe yang di link atau disambungkan ke video YouTube qisya khadeeja |
Pernah menulis di artikel di Blog ini bahawa, impian saya satu hari nanti punyai saluran YouTube sendiri dan dihubungkan ke Blog dan artikel yang bersangkut paut untuk rujukan pembaca Blog saya yang TERSAYANG, akhirnya semalam saya berjaya mendapatkan saluran YouTube sendiri.
Amat mudah rupa-rupanya, jauh dari sangkaan saya yang menyangkakan ia sukar. Ia semudah ABC. Andai saya tahu bertahun dulu ketika mula menulis artikel mengenai wanita berpantang saya pasti telah mulakan. Mohon jangan jadi seperti saya.
Untuk info, jika anda pemilik akaun Adsense, untuk 1000 tontonan atau viewer video anda USD1.70 akan dibayar ke akaun anda berdasarkan iklan yang di klik. Ada juga sehingga USD2.
Ia, bukan mudah untuk mendapatkan tontonan 10 sehari jika video anda tidak sepopular dan viral seperti utuber lain, lebih-lebih lagi jutaan video di upload hampir setiap hari.
Setiap dari anda punyai Target golongan sasaran masing-masing.
Saya sendiri sebagai Blogger menggunakan saluran YouTube saya yang dihubungkan dalam setiap artikel saya untuk rujukan para pembaca yang bersangkut paut dengan tajuk artikel.
Untuk penonton menggunakan carian di YouTube untuk video saya agak sukar kecuali ia betul-betul kena dengan carian, namun untuk pembaca Blog saya singgah dan klik video di artikel yang disertakan, potensi amatlah tinggi.
Satu waktu dahulu saya percaya setiap kata-kata buat dan mulakan.
Anda tulis dan seiring waktu orang akan mencari anda.
Tulis dan tulis fikirkan apa lagi perkembangan dan kemajuan yang anda boleh lakukan untuk Blog dan diri anda juga seiring era teknologi sosial.
Baru belajar mengambil video. Maka 3 video pertama di saluran YouTube saya amat banyak kekurangan.
Namun itu harga yang perlu dibayar dalam proses baru memulakan dan belajar.
Saya ingin setiap pembaca dan follower saya sendiri melihat dan rasa kesukaran dan kekurangan saya dalam memulakan penulisan Blog, mencari idea dan kini melihat kekurangan saya dalam memulakan video di YouTube dan setiap perkembangan atau progress yang dimulakan.
Percayalah tiada benda yang terus sempurna serta merta.
Usah bezakan saya dengan mereka yang telah lama dalam bidang vlogger atau YouTube.
Juga usah bezakan Blogger setahun jagung dengan Blogger yang telah lama.
Jarak kami bagai langit dan bumi.
Antara kritikan dan pujian.
Semua akan diterima dan disukai.
Tidak adil untuk membenci salah satu darinya.
Doakan saya makin bijak, pandai dan cerdik mencari idea untuk Blog dan vlog saya.
Saya percaya doa dari mereka dalam diam untuk saya cepat dikabulkan, lebih lebih lagi dari pembaca yang lansung saya tidak tahu sedang membaca dan melihat Blog dan vlog saya.
Bukankah doa untuk insan lain dalam diam lebih kabul juga kembali kepada kita sendiri.
Bukankah doa untuk insan lain dalam diam lebih kabul juga kembali kepada kita sendiri.
Terima kasih untuk semuanya.
Dan syukur kepada Tuhan memudahkan saya dalam banyak rancangan yang diaturkan oleh NYA untuk saya.
Dalam perancangan jangka pendek dan panjang ini, saya akan mula mengupload video dan menyambungkan di setiap artikel di Blog ini termasuk artikel lama terutama yang berada di carian tangga teratas Google.
Doakan hanya yang baik-baik dan percaya semua yang datang hanya baik-baik sahaja.
Abaikan kata kata orang sekeliling yang tidak membantu. Hanya anda sahaja yang faham dan tahu apa kehendak dan idea anda. Sukar untuk terjemahkan idea dan perancangan anda kepada mereka yang berbeza dunia, minat dan pandangan.
Terima kasih
Alhamdulillah....tetbaik
BalasPadamSyukur alhamdulillah. Terima kasih atas komen.
PadamCT ade gak account tapi tak penah up pape.. malu hahaha..
BalasPadamKan?. Dulu pun fikir begitu. Namun alang sudah ada Blog dan aktif lebih baik link kan pada YouTube sendiri.
Padam