Rabu, 5 April 2017

10 Khasiat & KEBAIKAN Kacang Botol @ Botor


Kacang botol yang di beli di pasar 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kaum Melayu terkenal dengan pelbagai ulaman tersendiri. 

Antara yang paling popular dan mudah ditanam ialah kacang botol atau kacang botor. 

Ulam yang mudah tumbuh subur dan senang didapati serta murah ini amat popular sebagai ulam di makan bersama nasi putih,  di cicah sambal belacan atau sebagai kerabu dan juga enak di makan bersama nasi kerabu malah jika ingin mencuba kelainan turut boleh dijadikan ulam bersama laksam. 

Kacang botol di galakkan di makan mentah,  agar segala khasiat dan antioksidan lebih tinggi diperoleh oleh tubuh.  Jika anda baru berjinak menikmati sayuran anda boleh menggoreng kacang botol ini bersama telur ayam dan campuran bahan lain.

Untuk info kacang botol amat tinggi dengan khasiat dan Kebaikan tersendiri. 

Antara KHASIAT dan Kebaikan Kacang Botol @ botor ialah:-

1.  Kacang botol mengandungi  protein,  kaya dengan zat galian,  zat besi,  kalsium,  vitamin C,  vitamin A dan pelbagai kandungan nutrien lain.  Dikatakan kandungan khasiat dan nutrien berbeza antara kacang botol muda dan kacang botol yang sedikit matang atau tua.

2.  Kacang botol muda untuk 100 gram hanya mengandungi 49 kalori berbanding kacang botol tua yang mengandungi 409 kalori.

3. Kandungan kacang botol yang lebih tua lebih tinggi protein dan zat galian lain berbanding kacang botol muda.

4. Kacang botol tua mengandungi thiamin, B1, riboflavin, B6, B3, folate,  B9 dan asid pantothenic serta vitamin B kompleks penting.

5. Wanita hamil amat bagus menikmati kacang botol kerana kacang botol mengandungi sumber folate atau B9. 100 gram  kacang botol mengandungi 11% dari kadar saranan harian keperluan folate.

6. Kajian juga menunjukkan kacang botol mentah atau segar mengandungi vitamin C yang mencukupi  di mana 100 gram mengandungi 18.3 mg iaitu 31% vitamin C untuk kadar keperluan harian.

7. Kacang botol juga mengandungi magnesium,  manganese,  fosforus,  zink dan potasium.

8. Dikatakan juga kandungan protein dalam kacang botol lebih tinggi berbanding kacang tropika yang lain sekaligus amat bagus untuk anda yang mengamalkan diet tinggi protein untuk pembentukan tubuh, tanpa perlu kerap mengambil protein shake.

9.  Jika anda berpantang kacang soya kerana bimbang tentang kandungan estrogen dan pelbagai isu mengenai kacang soya,  anda boleh menggantikan kacang soya dengan kacang botol kerana kacang botol dikatakan mempunyai kandungan asid amino yang sama dengan kacang soya.

10.  Kacang botol dikatakan boleh meredakan demam campak dengan cara merebus kacang botol ke dalam air dan jadikan air rebusan kacang botol sebagai sapuan ke atas kulit yang terkena demam campak.

Tunggu apa lagi,  belajar menyukai kacang botol dari sekarang.

Semoga info ini memberi semangat untuk anda mengamalkan kacang botol di dalam diet harian anda.


Terima kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan