Khamis, 16 Mac 2017

Smoothie MINUMAN Tambahan Untuk Musim Panas


Smoothie atau Ais Batu Campur Moden
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kini musim panas mula melanda negara. 

Malah di Kuantan dan kawasan Timur panas membahang makin menjadi jadi. 

Tentu sahaja perniagaan air bertambah laris memandangkan cuaca yang membahang ini. 

Jika anda juga berada di kawasan bersuhu dan bermusim panas jangan lupa untuk kerap minum air secukupnya dan jika anda rindukan minuman sejuk enak yang sihat anda boleh menikmati Smoothie atau ais batu campur moden ini. 

Ais batu campur moden
Anda boleh menukarkan pilihan susu cair atau susu sejat kepada susu segar untuk pilihan lebih sihat atau Yogurt.

Tambahkan pilihan kekacang kegemaran anda yang lebih sihat seperti badam atau gajus.  

Jika punya stok biji bunga matahari atau biji labu anda juga boleh campurkan dan hias ia diatas ais batu campur kegemaran anda. 

Pilihan lain yang lebih enak tentu sekali kismis hitam atau kismis kuning atau kedua-dua sekali. 

Jika anda inginkan rasa manis yang lebih umph! tambah buah prune kering atau kurma cincang sebagai tambahan rasa. 

Inginkan kelainan,  anda boleh campurkan Vanilla paste untuk bau dan rasa lebih enak. 

Pilihan lain buah pisang,  mangga,  strawberi,  blueberries atau apa sahaja yang anda ingin campurkan. 

Ketika musim panas,  anda memerlukan bekalan vitamin yang lebih terutama vitamin C untuk mengelakkan sebarang jangkitan wabak dan mudah di serang penyakit. 

Vitamin yang banyak terdapat di dalam buah buahan insyallah boleh membantu meningkatkan antioksidan didalam tubuh. 

Buah buahan juga tinggi kandungan air.  Terutama buah kelapa dan buah tembikai.  Pilih Buah yang menyejukkan tubuh terutama buah kelapa muda dan airnya. 

Menikmati jus buah atau Smoothie (ais batu campur moden)  membantu tubuh anda mencukupi keperluan air di musim panas ini.  Minuman ini bukan sahaja menyelerakan malah membantu memberi tenaga. 

Jika anda malas minum air putih gantikan air minuman itu dengan air minuman yang lebih sihat,  enak dan menarik hati seperti Smoothie. 

Selamat mencuba dan sila jaga kesihatan anda di musim panas yang mula melanda ini. 


Terima kasih. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan