Selasa, 7 Mac 2017

Aktiviti bersama Keluarga


Gambar dari instagram Qisya Khadeeja 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Lama tidak menulis Blog.  Saya agak sibuk dengan aktiviti harian selain baru pulang dari Kuala Lumpur menghantar ibu saya menunaikan umrah.

Ayah saya telah selamat menunaikan umrah akhir tahun lepas dan kini giliran ibu saya pula menjadi tetamu Allah di Mekah Mukaramah itu.


Sepanjang 2-3 bulan ini,  aktiviti saya lebih kepada menikmati makanan pelbagai makanan luar bersama keluarga.  Brownies boleh dikatakan hampir tiap minggu menjadi santapan pemanis mulut untuk keluarga kami termasuk kek coklat.

Seperti biasa jika bercuti di Kuala Lumpur,  Cafe ais krim popular Haagen Dazs dan Dip n Dip antara tempat wajib singgah.

Bukan sahaja berada di Kuantan hanya penuh dengan aktiviti makan makan,  di Kuala Lumpur juga begitu.  3 kotak Brownies di tempah khas oleh keluarga saya dan kami menikmati makanan tengah hari di rumah adik lelaki saya ketika jam asar.

Adik lelaki keempat saya menyediakan menu masakan laut khas lagi sedap ala-ala shell out

Menu air tangan adik lelaki saya

Antara menu yang di masak beliau,  tom Yam sea food bersantan ala Thai,  kerang kicap,  ketam telur masin,  ketam kai Hong,  dan lemon chicken di makan bersama nasi putih.  Sungguh sedap.  Kebanyakan resepi dipelajari oleh beliau dari chef-chef restoran kegemaran beliau yang popular dan eksklusif.

Antara Menu kegemaran ais krim Haagen Dazs 
Seiring dengan diet tunggang langgang yang tidak terjaga.  Usia yang makin meningkat dan metabolisme seiring usia.  Maka saya mendapat teguran dari adik ipar dan beberapa rakan mengenai berat badan saya yang makin bertambah sedikit.

Maklumlah asyik menikmati makanan dan bahagia.

Adik ipar saya menegur berat saya yang nampak naik dan kawan saya menegur muka saya makin melebar 
Aktiviti blogging saya sebagai food Hunter kadang kala menyebabkan saya alpa mengenai diet sihat.  Itu antara pengorbanan menjadi seorang Blogger.

Namun itu bukan alasan untuk saya alpa dan tentu sahaja saya perlu beringat ketika menikmati makanan di luar pada masa akan datang.

Aktiviti yang dirakamkan di dalam instagram Qisya Khadeeja 
Untuk masa ini,  saya mengurangkan penggunaan Makeup termasuk bedak kompak dan Foundation.

Saya masih berkira kira untuk meneruskan detoks kulit wajah sehingga masa yang ditetapkan oleh saya untuk kembali bersolek.

Untuk info anda digalakkan melakukan detoks bukan sahaja pada sistem perkumuhan namun pada kulit tubuh dan kulit wajah.

Ibu saya bergambar di tempat perlepasan

Sebagai anak tentu sekali saya mendoakan ibu saya mendapat umrah yang mabrur.
Segala amalan dan doa beliau diterima dan semoga selamat pergi dan balik.

Saya akan cuba meneruskan hajat di hati untuk kekal menulis artikel berkualiti setiap hari di Blog kesayangan saya ini.

Doakan.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan