Jumaat, 10 Februari 2017

Racun dan sayur-sayuran


Benih sawi cina dan lobak putih yang ditabur didalam pasu
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Salah seorang sahabat saya dalam Group kesihatan berkongsi pengalaman,  bapa mertua beliau adalah petani dan pengusaha tanaman cili. 

Beliau meninggal dunia kerana satu penyakit yang bersangkut paut dengan racun yang sering beliau gunakan. 

Tiada ahli keluarga beliau yang menyambung perjuangan beliau dalam bidang cili ini. 

Cerita sahabat saya,  cili antara tanaman yang memerlukan racun yang banyak. 

Perkongsian beliau mendapat banyak maklum balas didalam Group dan seiring perkongsian itu ia membawa maksud dari dulu dan selamanya kenapa Rasulullah menggalakkan kita sendiri bercucuk tanam. 

Saya membeli benih sawi cina dan lobak putih dari salah seorang sahabat Facebook saya. 

Kurang seminggu benih ini mula naik subur. 

Kawasan perumahan di kampung halaman saya, berada dalam hutan yang kerap dikunjungi monyet. 

Ulam bulu dan siput babi juga terdapat di kawasan ini.

Pokok kari ibu saya telah rosak akibat serangan ulat bulu dan langsung tidak boleh digunakan. 

Tentu sahaja ia mendatangkan kerisauan kepada saya,  maklumlah saya baru sahaja berminat untuk bercucuk tanam. 

Membeli sayur-sayuran organik,  harga ia agak tinggi bagi orang kebanyakan.

Malah ada sesetengah sayur-sayuran tanpa persijilan organik menimbulkan rasa was-was walaupun ia berlabel organik dan dijual di kedai organik.

Itu alasan mengapa sesetengah sayur organik ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal.

Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang mempunyai persijilan organik ia haruslah mempunyai label myOrganic yang di berikan oleh kementerian pertanian Malaysia.

Di bawah persijilan myOrganic,  sayur-sayuran organik di pantau dan tidak menggunakannya sebarang racun dan hanya menggunakan baja dari tahi lembu yang lebih Semulajadi.

Untuk mendapatkan sayur-sayuran di bawah kementerian pertanian Malaysia yang dipantau anda juga boleh melihat cop persijilan myGAP.

Kementerian Pertanian Malaysia akan memantau semua peladang dan petani di bawah persijilan ini.

Semoga peladang dan petani di bawah persijilan ini mengikut etika dan menjalankan pemantauan dan arahan serta ajaran dari pihak kementerian pertanian ini.

Dengan kos sara hidup yang makin meningkat.  Bahan mentah yang makin mahal.  Kos pengurusan ladang yang makin ketara.

Ada sesetengah petani dan peladang yang tidak menggunakan racun yang disyorkan oleh kementerian kerana mengutamakan harga baja dan racun yang lebih murah.

Ini antara alasan beberapa petani dan peladang terpaksa melanggar etika.

Maklumlah,  masyarakat kita hari ini juga cenderung untuk membeli sayur-sayuran dengan harga yang jauh lebih murah untuk mengurangkan budget harian.

Malah orang tengah yang menjual baja dan racun ini kadang kala tidak peka pada isi kandungan.

Kesedaran di kalangan masyarakat amat rendah berkenaan sesuatu bahan.  Agak sukar untuk menyalahkan pihak pihak terlibat.

Sebagai pengguna andalah yang harus lebih bijak.

Pengguna yang bijak memilih kualiti akhirnya akan melahirkan pengeluar berkualiti demi untuk mendapatkan pelanggan.

Untuk masa ini,  dinasihatkan anda merendam sayur-sayuran dan buah buahan yang dibeli dalam air garam atau cuka selama 5-10 minit sebelum digunakan walaupun sayur anda itu ialah sayur organik (jika tanpa persijilan myOrganic ).

Doakan tanaman saya hidup subur dan menjadi.

Ini adalah percubaan pertama saya menanam sayur.

Saya akan berkongsi pengalaman bercucuk tanam ini bersama anda dalam artikel akan datang.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan