Ahad, 19 Februari 2017

PETUA SAKIT PINGGANG


Halba yang kaya manfaat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Telah lama saya tidak berkongsi petua di Blog ini.

Alhamdulillah saya terbaca petua berguna yang di kongsi oleh Puan Muna binti Muhammad, salah seorang sahabat saya di Facebook.

Saya telah meminta izin beliau untuk berkongsi petua mudah untuk kaum wanita ini khususnya.

Amalan ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah sakit pinggang,  rahim Lemah dan banyak angin di dalam badan.

Paling penting ia terlalu mudah untuk di sediakan.

Bahan-bahan yang di perlukan

1.  1 kg Garam Kasar
2. 2 sudu makan lada hitam
3. 2 sudu makan halba

Cara-cara Membuatnya

Goreng semua bahan diatas tanpa minyak dalam kuali.

Goreng agak-agak panas 2-3 minit.

Masuk bahan-bahan yang siap digoreng ke dalam kain.

Bunjutkan ia.

Tuamkan bunjut ini di belikat,  pinggang,  belakang badan, perut,  betis,  peha,  kedua-dua belah peha,  celah kelangkang dan mana-mana bahagian anda rasa perlu termasuk betis dan tapak kaki.

Petua atau bunjut ini juga boleh digunakan oleh wanita dalam pantang atau selepas pantang.

Wanita hamil atau mengandung di larang menggunakan petua atau bunjut ini.

Petua ini membantu melegakan sakit badan,  sakit pinggang,  melawaskan dan membantu membuang angin.

Selepas rawatan bunjut ini anda di galakkan menikmati teh halia suam atau air halia suam. Kosong untuk pembuangan angin dan toksid lebih lancar.

Petua ini tidak digalakkan di gunakan secara kerap kerana ia panas.

Maka anda hanya di galakkan mengamalkannya seminggu sekali atau 2 kali sahaja.

Semoga petua ini membantu anda.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan