Jika anda sedang mengurangkan budget, dapatkan sahaja makanan natural, tanpa perlu terlalu fokus pada organik |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Awal tahun 2017 seperti awal tahun baru sebelumnya tentu, ramai individu bermotivasi dan berazam tinggi untuk menguruskan badan dan menjaga pemakanan dan kesihatan.
Pada bulan Januari, kebanyakan pemilik gym akan gembira dengan kenaikan bilangan pelanggan mereka terutama pada minggu pertama.
Selain bersenam dan ke gym, ini antara perkara yang harus anda fikirkan untuk ditambah di dalam senarai azam baru anda.
1. Kurangkan gula
Realiti semakin ramai menyedari bahaya gula proses.
Tetapi sayang, ramai yang masih tidak menyedari kehadiran gula tersembunyi.
Belajar membaca label, dan berhati hati dengan tagline tanpa gula di produk yang anda beli.
2. Organik tidak semestinya selamat
Melihat peningkatan barangan kecantikan berdasarkan tagline organik.
Mohon jangan tertipu.
Anda wajib membaca isi kandungan dan lihat apa maksud bahan tersebut.
Mungkin anda boleh mencuba mengkaji bahan tersebut di Website terkemuka di alamat ini
Atau Google sahaja apa maksud bahan tersebut.
Beli sahaja produk natural seperti Chia seed jika anda tidak mempunyai budget yang banyak untuk membeli produk organik.
Gunakan sahaja tepung unbleached biasa jenama faeza atau bidara jika anda ingin mengurangkan kos membeli tepung organik.
3. Berhenti membeli produk low fat
Tahukah anda bahawa kebanyakan produk low fat, tinggi kandungan gula.
Jangan takut kepada lemak baik, lemak baik amat bagus untuk kesihatan.
Susu dan yogurt adalah lemak baik. Pilih sahaja yang asli atau 'natural'.
4. Tambah lemak baik dalam diet anda
Tidak semua lemak adalah jahat.
Lemak baik bagus untuk menambah kekuatan tubuh bagi mengelakkan tubuh sejuk dan mudah di datangi penyakit.
Lemak baik juga dikatakan membantu dalam menguruskan badan.
Untuk mengurangkan lemak di dalam tubuh anda memerlukan lemak baik untuk kesan lebih pantas.
Antara makanan yang mengandungi lemak baik ialah santan kelapa asli, minyak sapi, mentega, minyak kelapa, minyak zaitun, ikan salmon dan pelbagai lagi.
Pastikan beli yang asli atau pure dan tiada campuran lain.
5. Ketahui info kesihatan terkini
Kajian terbaru sains menunjukkan minyak kelapa sawit terbaik untuk menggoreng dan memasak.
Magnesium yang memperkuatkan tulang bukan kalsium.
Vitamin D amat penting untuk tubuh dan sumber terbaik dari cahaya matahari. Jangan terlalu takut pada cahaya matahari.
Menikmati telur setiap hari sebiji tidak membahayakan kesihatan dan info terbaru kolesterol tidak sejahat yang di sangka.
Sila baca link di bawah untuk maklumat kolesterol terkini
Ini sahaja sedikit perubahan yang anda boleh tambahkan di dalam senarai azam baru anda.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan