Jus nilamsani dan tamusari dari Zai Beauty Formula |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kerap ditanya mengenai produk Zai BEAUTY Formula.
Ingin saya tegaskan produk ini tidak lagi berada di pasaran.
Produk Zai Beauty Formula di asaskan oleh YM Dr. Tunku Zaidar.
YM Dr. Tunku Zaidar telah memilih untuk bersara dan tidak memasarkan lagi produk Zai BEAUTY Formula ini.
Malah, YM Dr Tunku Zaidar tidak memberi keizinan untuk penggunaan nama jenama beliau dan formula beliau kepada mana-mana individu atau syarikat.
Semenjak September 2007, banyak saya pelajari mengenai produk ini.
Produk Zai Beauty Formula menggunakan teknik pernapaian memakan masa berbulan dan bertahun.
Ia menggunakan madu dan diambil dari ratu lebah tinggalan moyang Tunku.
Ratu lebah mati akan ada ganti ratu lebah lain.
Madu itu digunakan dalam teknik pernapaian.
Teknik penapaian ini pula bergantung pada ilmu falak.
Dalam ilmu falak di raja. Setiap bunga berkembang pada malam berlainan mengikut tarikh Purnama tertentu.
Ekstrak cahaya bunga juga perlu diambil pada malam malam tertentu mengikut cahaya bulan.
Ilmu falak juga digunakan berdasarkan tarikh lahir individu sesuai dengan bunga apa yang berkembang pada masa itu.
Setiap tumbuh tumbuhan yang digunakan dalam produk Zai Beauty Formula di tanam di ladang Zai sendiri untuk memastikan keselamatan dan kesegaran.
Setiap pelanggan Zai BEAUTY Formula dididik dari asas tentang bahan-bahan kimia bahaya di dalam produk kecantikan.
Malah buku kesihatan keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut disertakan dan dijual.
Semenjak menulis mengenai Zai BEAUTY Formula saya kerap mendapat What apps dan dihubungi oleh ramai bekas bekas pengguna produk Zai BEAUTY Formula yang masih ingin dan mencari produk ini.
Malah ada yang memohon saya menjual dengan harga berkali ganda produk ini agar mereka boleh mendapatkan ia.
Ingin ditegaskan disini. Tunku Zaidar tidak lagi memasarkan produk ini.
Beliau hanya membuat produk ini untuk kegunaan sendiri.
Jika ada lebihan stok dari produk yang dihasilkan YM Tunku Zaidar akan menjual ia di kalangan sahabat beliau dan juga pelanggan setia Zai BEAUTY Formula yang telah Tunku Zaidar anggap sebagai sahabat.
Produk ini adalah limited.
Syampu dan beberapa produk juga telah dihentikan pembuatannya.
Maka adalah mustahil untuk saya menjual untuk sesiapa pun yang meminta saya menjualnya walau di beri pulangan berkali ganda.
Bagi anda yang terdesak dan ingin memiliki produk ini.
Saya hanya boleh menasihati dapatkan sahaja produk Semulajadi lain di pasaran.
Asas utama YM Tunku Zaidar pernah memberitahu beautician Zai BEAUTY Formula yang turut disampaikan kepada saya
"produk itu boleh makan tak? Jika boleh makan, boleh isi pada tubuh ".
Ayat yang sama saya pernah baca dalam salah sebuah buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Ingati pesanan ini
Produk Zai Beauty
Dan Zai's BEAUTY Formula
Adalah produk yang sama sekali berlainan.
Terima kasih.
Difahami. Cuma terkilan sebab saya terlewat. Tahun 2016 saya bagaikan terkena panahan petir kerana tidak menyangka bahawa produk hebat Zai's Beauty Formula telah berhenti beroperasi.
BalasPadamPadahal semasa usia belasan tahun saya mengidamkan produk tersebut. Setelah bekerja dan mempunyai gaji, saya masih tidak berpeluang menggunakannya. Penjelasan anda amat padat dan bermakna. Terima kasih.
terima kasih. pokok pangkal jika boleh jauhkan bahan kimia berbahaya dan guna sahaja bahan natural. namun bahan natural, sekalipun kena ada ilmu menggunakan ia.
PadamSaya dan adik saya adalah pengguna tegar zai's beauty formula ni dari 2006 smpailah sekarang.. Sgt2 bagus produk ni..
BalasPadamAda number nak dptkan produk? Sy tukar hp smpi lost num
PadamAda number nak dptkan produk? Sy tukar hp smpi lost num
PadamAde x y tahu camne nk dapatkn produk zai beauty ni? Sy adlh bekas staff zai beauty tahun 2007..mmg saya akui produk zai beauty sgt bgus.. Terutama jus tamusari..
BalasPadamEmail saya no hp dan nama awak, nanti saya bagi ke PA Tunku coz produk ni dah tak di jual di pasaran sekarang.
Padam0199416623
PadamSalam.saya pun bekas pengguna zai beauty hampir setahun saya gunakan produk zai beauty..mmng sangat berkesan pada kulit muka saya..saya agak sedih produk ini sudah tidak terjual dipasaran kerana dlm byk2 produk sayapaki so far zai beauty paling berkesan..kalau boleh saya tahu mcm mane nak dptkan produk ni balik..tq
BalasPadamSalam..saya mrupkan bekas pengguna zai beauty dan sudah hampir 2 tahun menggunakan produk ini..produk zai sgt berkesan pada kulit saya dan saya agak sedih bila dpt tahu produk ini sudah tidak ade dipasrn..kalau kasih ade boleh saya tahu cara nak dptkan produk ini semula..tq
BalasPadamuntuk info semua. produk zai's beauty formula memang tidak lagi dijual. Even saya pun dah tak boleh beli. Harap maklum. tqvm
BalasPadamsedih.. x dpt beli dh. sy bekas pekerja dan pengguna Zai’s beauty… sjak tutup ssh nk cr produk yg bersesuaian.. masa pki zai’s beauty masalah sinus hilang trus..
Padamhai.. sy pon rse sedih sgt bila produk ni dh tk jual. sy guna mse sy umur 14 tahun. smpai lah 29 tahun. lama sgt. nk cari produk mcmni lg mmg tkde dh.
BalasPadamSedih rindu dgn produk zai beauty. Saya pakai sejak dari saya zaman belajar dekat u. Igt lagi dulu order lalu email kan. Bila sampai happynya bila pakai lg happy. Bersih kulit. Kalau dpt mmg nak pakai lagiiiii rinduuu boleh ke bagi no saya dekat PA tunku tu 0137089976
BalasPadam