Kulit dalam buah delima yang melindungi isi buah delima |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Musim delima Mesir dan Turki kini melanda Negara.
Tentu ramai antara anda menyukai buah delima yang terkenal sebagai 'SUPER fruit' dan buah sunnah ini.
Delima amat popular sebagai buah yang amat bagus untuk kaum wanita.
Ia membunuh parasit dan candida serta tinggi anti oksida.
Bagus untuk kesuburan rahim dan kewanitaan.
Sebiji buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dari biji, isi sehingga ke kulit buah delima.
Tiada satu pun dari Pokok delima tidak dibuat ubat.
Pokok delima, dahan, daun, pucuk delima semuanya mempunyai kelebihan tertentu dalam perubatan.
Untuk artikel ini saya berkongsi khasiat dan keistimewaan kulit dalam buah delima.
Bahagian dalam yang berwarna putih dan seolah berbentuk sarang lebah.
Tahukah anda bahawa bahagian ini juga boleh di makan dan di buat ubat atau jamu?
JAMU ramuan untuk menguatkan dan menyuburkan rahim ini diberitahu oleh ibu saya yang pernah menonton tanyalah ustaz tv9 bertahun tahun dahulu. Sebelum tahun 2012 ibu saya telah berkongsi ramuan ini.
Amat mudah caranya.
Bahan-bahan yang di perlukan :-
Sebiji kulit dalam buah delima
2 cawan air bertapis tapi bukan air RO (mineral boleh)
2 sudu madu asli tanpa tambahan gula
Cara-cara membuat :-
1. Rebus kulit dalam buah delima bersama 2 cawan air dalam periuk tanah (seeloknya) atau periuk biasa.
2. Gunakan api kecil, sehingga air bertukar secawan.
3. Tunggu sejuk dan tambah madu asli sebelum diminum.
Jangan lupa selawat dan baca ayat AlQuran yang patut seperti Al-Fatihah, ayat kursi , bismillah 5 dan ayat nabi zakaria.
Amalkan diet yang sihat.
Dari penceritaan ibu saya.
Perempuan yang disahkan mandul oleh doktor, ada yang boleh mengandung bila konsisten mengamalkan ramuan ini setelah sekian lama.
Semoga ilmu ini bermanfaat bagi anda yang membacanya.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan