Sabtu, 31 Disember 2016

Sukarnya kekal menjaga pemakanan dan kesihatan


Tentu sahaja sekali sekala saya tetap menikmati coklat. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahun 2017 yang bakal menyusul 12 malam ini menyaksikan penambahan usia hidup saya sendiri. 

Sejujur nya,  mungkin terlihat saya acap kali berkongsi makanan organik dan gaya hidup sihat. 

Realiti berbeza, kerana sesungguhnya saya kadang kala tewas dan menikmati makanan yang juga terkenal tidak menyihatkan. 

Satu penipuan jika anda percaya saya hanya menikmati sayur-sayuran organik,  ada waktu saya menikmati masakan ibu saya yang turut menggunakan perencah hilal dan tambahan gula berbeza masakan saya sendiri yang tiada tambahan kedua-dua benda ini. 

Dan tentu sekali saya kerap menikmati masakan ibu sendiri berbanding air tangan sendiri kecuali kerajinan melanda dan saya inginkan menu lebih sihat. 

Coklat,  untuk sekali dua saya mampu menolak.  Masuk kali ke 3 dan ke 4 jika di beri percuma pasti saya ambil dan menikmatinya sedikit. 

Kek dari King's confectionery juga dari kula cakes atau bakery terdekat termasuk roti serta temosa juga karipap kentang adalah makanan yang kerap didapati dan dibeli oleh keluarga saya.  Jika boleh kawal nafsu,  saya tidak menyentuh segala makanan itu,  tetapi apabila nafsu tewas saya tetap menikmatinya. 

Segala yang saya beli bahan organik dan makanan sihat adalah salah satu cara mengurangkan makanan tidak sihat yang saya nikmati.

Sekurang kurangnya diet saya pada hari ini jauh berbeza berbanding diet saya dahulu.

Apa yang utama ialah perubahan dan peningkatan berbanding berada di takuk lama yang tidak memberi faedah. 

Ada perkara yang saya tidak mampu elakkan seperti asap rokok,  asap kenderaan,  asap dari kilang yang di luar bidang kuasa saya juga penggunaan bahan toksid dalam kehidupan harian terutama melibatkan barangan rumah terutama pencuci,  ubat lipas,  penyembur serangga,  pewangi rumah,  pewangi tubuh dan sebagainya. 

Untuk info pewangi tubuh,  serbuk pencuci pakaian,  alat kosmetik juga antara penyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk pewangi rumah dan Kereta. 

Perkara di luar kawalan,  kita abaikan. 

Jauhkan stress,  buat perkara yang anda mampu. 

Semoga kesihatan kita semua bertambah baik bukan sahaja pada tubuh,  pemakanan malah pemikiran dan jalinan silaturahim. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan