Rabu, 21 Disember 2016

2016 Tahun yang penuh Nikmat



Menikmati kek kegemaran 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba di penghujung bulan terakhir tahun 2016. Alhamdulillah masih di panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta kesempatan untuk diberikan ilham dan ilmu untuk dicurahkan di blog kesayangan saya ini.

Untuk anda pembaca yang sering mengikuti perjalanan dan perkembangan blog ini terutama perjalanan tahun 2014 ketika saya mengharungi proses topical steroid withdraw (TSW) dan menjadikan saya sebagai salah seorang inspirasi saya berdoa anda akan segera sembuh dan bersemangat.

Alhamdulillah saya sembuh sepenuhnya   boleh menikmati apa sahaja.  Segala parut telah licin licau paling penting tubuh saya kini makin mengenali real food dan tentunya saya semakin bijak mengawal nafsu serta mengenali pemakanan sihat.

Tidak sia-sia saya nekad mempertahankan prinsip saya ketika saya dihidangkan dengan pelbagai ubatan moden,  steroid dan krim krim mudah sembuh yang lain.

Ketika ini saya akhirnya faham kenapa pada tahun 2007, saya nekad untuk menggunakan produk Zai beauty formula walaupun ada waktu waktunya saya rasa agak tertekan dan ingin menukar produk lain kerana harga produk tersebut.

Tidak sia-sia saya sering berdoa diberi petunjuk sama ada terus setia pada produk zai beauty formula ketika lambakan produk di pasaran yang menjual status Semulajadi dan organik. Sesungguhnya semua dengan izin Allah dan saya tidak nafikan beauticians Zai beauty dan ilmu pengetahuan sepanjang saya mengharungi TSW banyak membantu saya.

Mengenali penapaian semenjak mengenali produk zai beauty formula akhirnya saya semakin faham kenapa penapaian itu penting.  Mengenali ilmu falak dalam proses pembuatan zai beauty juga memudahkan saya menerima ilmu yang jarang diketahui dan di ketengahkan ramai orang.

Atas prinsip ilmu yang diajar oleh beautician Zai beauty secara asas,  saya amat bersyukur kerana pegangan saya dahulu akhirnya berguna dan amat banyak membantu saya.

Terima kasih untuk segala yang dihadiahkan oleh Allah untuk saya.  Jika satu waktu dulu rezeki sepanjang tahun untuk saya ialah kewangan,  kemudian kerjaya,  kemudian berjalan jalan dan kini rezeki ilmu yang sebenarnya telah lama Allah berikan kepada saya semenjak 2007 lagi tetapi hanya pada tahun ini saya semakin meminatinya.

Benar kata cendekiawan selepas kesulitan akan ada kemudahan dan segala ayat Allah.

Semoga tahun ini terus memberi kenikmatan kepada saya dan semoga tahun 2017 akan lebih indah.

Pengalaman lalu dan keseksaan menanggung proses TSW dahulu menjadi saya lebih bijak mengawal emosi dan menyelidik pelbagai perkara.

Lalui satu pengalaman paling tidak ingin anda lalui tetapi rupanya itu adalah pengalaman berguna dan membawa anda kepada pelbagai punca rezeki dan ilham lain.  Terima kasih Tuhan kerana terus memberi cara untuk saya terus rajin berfikir dan terus berfikir.  Terima kasih.

Untuk anda yang terus menyokong saya dan terus menjadikan blog ini sebagai rujukan terima kasih.

Semoga tahun 2017 yang bakal menjelma memberi lebih banyak rezeki yang halal dan melimpah ruah serta ilmu yang bermanfaat serta penawar bagi segala penyakit serta keimanan yang lebih kuat..

Terima kasih.


2 ulasan: