Jumaat, 22 Julai 2016

EKZEMA / TSW: ULANGKAJI

Gambar yang diambil awal pagi di Traveller home tempat saya menginap
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya sering menerima soalan yang sama dan berulang-ulang tetapi dari orang yang berlainan di email dan whatapps mengenai ekzema dan TSW.

Sejujurnya saya memang agak sukar menjawab email dan whatapps kerana ia memerlukan penerangan yang amat panjang dan saya lebih suka anda merujuk blog ini atau join mana-mana group Ekzema dan kumpulan sokongan ekzema di facebook.

Soalan yang ditanya kebanyakkan telah dijawab dan ada didalam blog ini Sesungguhnya saya sendiri ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman dan banyak lagi tetapi semua itu memerlukan mood, daya tahan dan otak yang tenang untuk berkongsi dan menulis. Bukan senang menulis artikel blog terutama jika anda berada dikawasan bising seperti sedang menggunakan wifi percuma di mcdonalds (saya tidak makan mcdonalds hanya menumpang wifi sahaja).

Baiklah mari saya buat ulangkaji benda yang telah saya tulis diblog ini bersama-sama :-

1. Jika anda sehingga peringkat setiap bulan atau 3 bulan mengambil suntikan steroid untuk menghentikan ekzema anda, saya mohon anda jangan terus stop steroid takut badan dan organ badan anda sendiri terkejut. Mohon rujuk kepada yang pakar. Untuk setakat ini pakar yang paling pakar saya jumpa untuk permasalah ekzema ialah DATO DR SURIYAKHATUN , anda boleh buka facebook dan search fb beliau dan terus pm beliau direct untuk membuat konsultansi dan temujanji. Ia memang ada bayaran yang dikenakan dan bayarannya tidak begitu mahal berbanding klinik lain.

2. Jika anda setakat menyapu krim dan jarang menggunakannya walau semenjak dari zaman sekolah, dan berusia bawah 30 tahun bagi saya, anda boleh stop terus jika ketika ini anda sedang menggunakan krim steroid bahaya itu dan bersiap sedia untuk TSW FASA PERTAMA yang panas dan sengsara seterusnya diet yang lebih sihat insyaallah.

3. Jika anda kini mengharung proses TSW FASA PERTAMA, mohon stop guna sabun. Saya menggunakan cuka epal untuk mandi. Saya sapu cuka epal pure atau asli di ekzema saya, kemudian saya mandi cuka epal. Saya isi satu penutup cuka epal didalam jug plastik. (tak apa tak bleachnya) cari jug plastik yang kualiti sikit, dan tambah air sampai penuh jug. Sapu air yang bercampur cuka epal itu diseluruh badan kemudian bilas. Semudah itu. Mandi pun sebentar sahaja. Saya menggunakan cuka jenama BRAGG. Gambar cuka epal ini ada dilink ini KHASIAT CUKA EPAL

4. Saya bukan sahaja stop menggunakan sabun untuk mandi juga sabun untuk membasuh pakaian dan pinggan mangkuk atau apa-apa jenis sabun cucian. Saya tukarkannya kepada sabun lerak atau soap nut. Untuk info buah lerak anda boleh baca artikel saya disini Pengganti Sabun Kimia.

5. Setelah saya sembuh hampir 90% baru saya kembali menggunakan sabun iaitu sabun organik untuk basuh pinggan dan pakaian saya  , untuk mandi saya kekal menggunakan cuka epal dan skrub badan buatan saya sendiri. Untuk gambar sabun organik pilihan saya ada saya paparkan dalam salah sebuah artikel saya di link ini RUTIN BARU

6. Saya seperti insan lain yang mengharung TSW/EKZEMA ketika fasa pertama sejujurnya saya sentiasa terbabas dengan diet saya. Saya masih menikmati makanan bertoksid dan tinggi gula serta bergoreng. Untuk cover kesilapan saya itu, saya kerap minum air cuka epal. Satu penutup cuka epal saya tambahkan dalam segelas air. Air cuka epal itu saya minum 3-4 kali sehari. Kini setelah sembuh jika saya tersilap menikmati makanan saya hanya mengamalkannya pada waktu malam dan 3x seminggu sahaja.

7. Ketika mengharung TSW fasa pertama, saya cuba menikmati hanya air mineral atau air gau. Saya menjauhi minum air paip, ini kerana air paip membunuh bakteria-bakteria baik didalam usus dek kandungan klorin dan bahan logam lain yang terdapat dalam air paip. Air mineral dikatakan lebih sihat kerana ia adalah air hidup yang memberi makan kepada sel-sel tubuh sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat. Jika anda dalam fasa TSW yang teruk elakkan minum air paip dan tumpukan pada air mineral, jika tempat anda tiada air gau, beli sahaja air mineral spritzer. Air Spritzer terkenal kerana mengandungi silica yang berguna untuk membuang logam berat dan bahaya didalam tubuh. Pilihan lain air mineral beralkali yang bagus ialah air mineral blue.

8. Telah lama saya berhenti juicing lebih 5 bulan, ketika fasa TSW dahulu saya rajin berjuicing. Saya hanya menggunakan blender biasa sahaja membuat jus sawi, jus epal hijau dan peria katak. Kemudian saya mula menikmati jus sayur organik dikedai organik, sebelum membeli slow juicer murah di lazada dan rajin membuat jus lobak merah dan ubi bit untuk sebulan dua . Dan seperti manusia normal lain, selepas 2 bulan slow juicer saya hanya disimpan didalam stor lebih-lebih lagi saya kini berada di traveller home di Melaka.

9. Di Kuantan, ketika lunch , rezeki saya amat murah. Saya selalu mendapat stok tempoyak segar yang murah di Akob Patin House. Hampir setiap hari saya menikmati makanan disitu, semua lauk yang dipilih saya hanya sayur dan ulam-ulaman masak lemak atau direbus sahaja. Tempoyak adalah salah satu makanan probiotik yang amat bagus untuk usus dan membantu penyembuhan TSW atau ekzema lebih cepat. Amalkan menikmat tempoyak ini jika tempat anda mudah untuk mendapatkannya.


10. Gula dan makanan bergoreng akan mengakibatkan ekzema anda lebih teruk. Termasuk ayam berhormon dan ikan yang dibela. Ikan yang dibela termasuk siakap, keli , patin dan pelbagai ikan lain termasuk udang ternak dan pelbagai lagi. Saya walau sukar menolak 100% gula putih dan makanan bergoreng kerana saya sesekali menikmati makanan diluar tetapi saya sendiri sudah berhenti membeli gula putih. Keluarga saya masih menggunakan gula putih didalam masakan dan kedai-kedai luar apatah lagi. Apa yang diluar bidang kuasa saya, saya abaikan. Ada waktu saya tidak mampu mengelak dan saya akan cuba melakukan detoks. Ingin saya ingatkan detoks dan berpantang makan, jauh baik anda berpantang makan. 

Ini sahaja perkongsian dari saya untuk anda. Semoga ia membantu.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan