Sabtu, 11 Jun 2016

12 Khasiat Buah Avocado


Avocado dari Australia dibeli oleh saya di Pasaraya Giant
Ketika kecil dahulu, pencuci wajah pertama yang saya kenali ialah jenama Eversoft yang dikatakan diperbuat dari ekstrak buah avocado atau alpukat.

Dalam iklan di television atau pun dimajalah, saya mulai tahu betapa buah avocado itu amat bagus untuk wajah sebagai pencuci tetapi saya tidak pernah menemui buah asli.

Setelah berpuluh tahun, akhirnya saya menemui buah ini dijual di pasaraya tetapi tidak tahu bagaimana ingin menikmatinya. Tetapi saya mulai mengemari jus alphukat yang mula popular di kedai makan dan restoran masakan indonesia.

Buah avocado atau alphukat terkenal sebagai buah yang tinggi lemak dan tinggi kalori, tetapi kaya khasiat. Ramai orang yang sedang berdiet takut menikmatinya kerana kadar kalorinya yang tinggi sedangkan lemak yang terkandung dalam buah avocado ini sebenarnya amat baik untuk kesihatan.

Di bawah ini saya kongsikan antara KHASIAT dan KEBAIKAN BUAH AVOCADO untuk info anda semua :-

1. Avocado kaya dengan kandungan vitamin A, B , C dan E serta kandungan mineral dan galian penting lain.

2. Lemak yang banyak terdapat dalam avocado adalah lemak yang baik sekaligus berpotensi mengurangkan kandungan kolesterol didalam tubuh.

3. Walaupun buah avocado berlemak ia tidak mengandungi kolesterol atau sodium.

4. Avocado juga adalah antara sumber utama asid folik sekaligus bagus dalam mencegah penyakit kanser dan jantung.

5. Avocado juga mengandungi glutathione, sejenis bahan anti oksidan yang popular masa kini dalam melawan radikal bebas dan awet muda.

6. Kandungan potasium dalam buah avocado juga dikatakan lebih tinggi dari kandungan potasium di dalam buah pisang. Potasium berfungsi mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan.

7. Asid lemak tak tepu atau asid oleik yang terdapat didalam buah avocado juga ditemui didalam  minyak zaitun dikatakan boleh merawat keradangan dan memberikan kesan yang baik kepada gen pembawa kanser.

8. Kandungan serat yang tinggi didalam avocado juga membantu sistem pencernaan dan mengurangkan gula didalam darah dan memudahkan membuang air besar.

9. Dengan menikmati sebiji avocado ia membuatkan anda berasa kenyang lebih lama sekaligus membantu mengurangkan rasa lapar sekaligus membantu mengurangkan berat badan.

10. Kajian yang dijalankan keatas buah avocado menunjukkan dengan menikmati buah avocado , ia akan membantu menyerap lebih banyak antioksidan (26%) ke dalam tubuh kerana kandungan 'fat soluble' yang terdapat didalam buah avocado. Sesetengah nutrien memerlukan 'lemak' untuk dihadam termasuk vitamin A, D,E dan K.

11. Buah avocado turut mengandungi lutein dan zeaxanthin yang amat bagus dalam melindungi kesihatan mata, sekaligus mengurangkan risiko katarak dan penyakit berkenaan mata yang lain.

12. Oleh kerana sifat anti radang yang terdapat dalam nutrisi avocado ini, sekaligus buah ini juga mengurangkan rasa sakit bagi pengidap penyakit Arthritis.

Tunggu apa lagi, jika anda terlihat buah avocado ada dijual di pasaraya berhampiran anda, jangan lupa membelinya. Saya membeli buah avocado diatas dengan harga RM3.99 sahaja sebiji.

Anak hanya perlu membuat jus avocado dengan susu segar dan bancuhan coklat atau makan sahaja buah avocado ini dengan sapuan madu. Sungguh sedap.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini membantu anda dalam diet harian anda yang lebih sihat.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan