20 JAN 2016- SELFIE SEBELUM KE PEJABAT |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, petua dalam menangani jeragat yang dikongsi oleh beautician Zai Beauty Formula di salon Zai Beauty formula untuk info anda semua. Semua petua yang dikongsi oleh mereka dipelajari dari ilmu YM Dr Tunku Zaidar sendiri.
Walau bagaimanapun ingin sekali diingatkan bahawa setiap kulit dan tubuh serta kesesuaian petua ini bergantung kepada umur, jenis kulit, cara hidup, faktor persekitaran, cuaca dan sebagainya.
Ini antara ilmu yang anda boleh amalkan atau ikuti,
1. Masalah jeragat biasanya diwarisi dari keturunan, anda boleh mengurangkan pertambahan jeragat dengan mengelakkan perkara-perkara yang lebih menggalakkannya.
2. Dari ilmu yang dikongsi sepanjang saya berada di Salon Kecantikan Zai Beauty satu masa dahulu, antara ilmu yang dikongsi, menikmati buah-buahan citrus akan meningkatkan lagi pengeluaran jeragat di wajah jika anda selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Jika anda tidak menghadapi masalah jeragat, anda akan menghadapi masalah kulit mudah terbakar atau 'sunburn'.
3. Walau bagaimana pun jika anda berada di negara luar yang bercuaca sejuk tanpa panahan cahaya matahari, anda boleh menikmati buah citrus. Ketahuilah kulit kita di Malaysia adalah berbeza dengan kulit mat salleh.
4. Harus diingatkan seiring usia, hormon anda akan menjadi kurang stabil dan kerana itu anda harus menjaga diet dan tingkatkan supplement berkaitan untuk mengstabilkan kembali hormon anda.
5. Seiring usia, kulit anda akan semakin nipis dan sensitif. Penggunaan petua yang salah akan memburukkan lagi keadaan ini.
6. Pastikan segala petua sesuai dengan usia dan keadaan kulit anda. Adalah tidak sesuai jika kulit anda yang berjeragat dan nipis, usia anda pula hampir 40an, anda menggunakan lemon dan menenyeh dengan kuat kekawasan kulit anda yang amat nipis diwajah terutama jika jeragat itu berada berdekatan kawasan mata iaitu diatas tulang pipi.
7. Jika terpaksa, sila rajinkan diri anda menggunakan payung ketika keluar di waktu sinaran matahari memancar-mancar terutama jika ia di waktu tengah hari. Sinaran matahari pagi dan petang amat penting untuk kulit dan tubuh anda. Sila tahu perbezaan sinaran cahaya matahari yang bagus dan yang tidak bagus.
7. Jika terpaksa, sila rajinkan diri anda menggunakan payung ketika keluar di waktu sinaran matahari memancar-mancar terutama jika ia di waktu tengah hari. Sinaran matahari pagi dan petang amat penting untuk kulit dan tubuh anda. Sila tahu perbezaan sinaran cahaya matahari yang bagus dan yang tidak bagus.
8. Jeragat juga terjadi kerana kesan panjang penggunaan bahan kimia di kulit. Kurangkan penggunaan bahan kimia di wajah anda.
9. Keadaan kulit kering dan nipis juga menggalakkan pertumbuhan jeragat, lakukan sesuatu untuk mengurangkan perkara ini dengan penggunaan produk dan petua yang betul.
10. Kulit cerah dan putih lebih mudah mengalami masalah jeragat yang lebih ketara.
11. Cuba gunakan pencuci muka yang bersifat lembut, anda boleh menggunakan susu tepung sebagai pencuci wajah alami anda dari bahan alami dan jauh lebih selamat menggantikan pencuci muka biasa anda, saya kongsikan cara penggunaan susu tepung sebagai pencuci wajah untuk info anda di link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2016/01/pencuci-muka-asli-susu-tepung.html
12. Jadikan madu asli sebagai masker untuk mengelakkan kulit kering dan mengurangkan masalah jeragat.
Semoga info ini bermanfaat.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan