Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Ini adalah artikel pertama saya mengenai TEMPAT MAKAN BEST DI KEMAMAN.
Antara tempat makan yang wajib saya pergi jika ke KEMAMAN ialah DINNIE KOPITIAM.
Dinnie Kopitiam ini terdapat beberapa cawangan di KEMAMAN tetapi antara yang paling popular ialah DINNIE KOPITIAM sebelah RHB BANK atau sebaris MAYBANK di bandar KEMAMAN.
Saya dan keluarga saya berpeluang pergi menikmati makanan tengah hari atau lunch di kopitiam ini tempoh hari sempena cuti Sekolah.
Seperti biasa , kopitiam ini di hari CUTI , memang sentiasa di penuhi ramai pelanggan.
Anda boleh melihat pemandangan kesibukan di kopitiam ini melalui gambar-gambar yang saya rakamkan seperti di bawah ini.
Ketika keluarga saya datang menikmati makanan di sini ketika cuti sekolah baru-baru ini, seperti baisa Dinnie Kopitiam ini dipenuhi pelanggan, pada mula-mulanya keluarga saya duduk di meja tengah, tetapi kami bernasib baik kerana pelanggan di meja tepi dalam kopitiam ini akhirnya beransur pulang. Dan kami sekeluarga berpeluang menukar tempat duduk dan memilih meja tepi yang lebih selesa.
dari meja tengah |
kami sekeluarga menukar meja tepi |
Di bawah ini adalah antara menu yang terdapat di Dinnie Kopitiam ini. Banyak menu-menu baru yang tidak di kemaskini lagi di dalam buku menu ini. Tetapi jangan risau, anda hanya perlu menunjuk gambar sahaja untuk memberitahu menu apa yang anda inginkan. Rujuk sahaja facebook Dinnie Kopitiam ini sebagai menunjukkan menu pilihan anda.
Antara menu-menu saya dan keluarga saya nikmati ialah seperti di bawah :-
chicken chop grill |
chicken chop grill |
nasi goreng seafood |
teh o ais |
nasi goreng cendawan pilihan saya- saya memohon menukarkan ayam kepada udang |
roti canai kosong |
fry chicken chop |
Rasa makanan melayu atau goreng biasa di kopitiam ini biasa sahaja, tetapi rasa makanan western di sini boleh tahan, chicken chop disini (goreng) memang sedap terutama sosnya.
Jika anda ke sini jangan lupa menikmati chicken chop disini.
Selain itu, desert dan manisan disini juga tidak kurang hebatnya. Rasa juga boleh tahan dan disukai kanak-kanak
ais krim kelapa yang berharga RM7 |
banana split |
Dan tentu sekali menu yang kami tunggu-tunggu iaitu TOKBAH dan TOKMI. Milk Shake. Satu perisa vanila dan satu lagi perisa coklat.
TOKBAH dan TOKMI Milkshake |
Selain itu disini juga di tawarkan manisan dan kek-kek pelbagai jenis yang terletak d ibahagian hadapan kaunter untuk pilihan para pelanggan.
Terdapat juga menu pulut durian dan pulut mangga serta kuih-muih di kopitiam ini.
Keluarga saya dan saya kusyuk menikmati makanan , tetapi saya terlupa mengambil gambar sendiri kerana kelaparan dan sibuk mengambil gambar-gambar.
Anda boleh mengambarkan rasa makanan disini bersandarkan gambar-gambar kekusyukan masing-masing mengadap makanan kerana jam telah menunjukkan lebih dari pukul 3 petang dan kami baru sahaja ingin menikmati makanan tengah hari kerana kami datang ke sini selepas solat JUMAAT.
irfan kusyuk makan ais krim kelapa |
saya duduk di kerusi tengah dan saya sendiri lupa mengambil gambar sendiri |
Keluarga saya kusyuk menikmati hidangan.
Akhir sekali masa untuk mengira. Total semua makanan dan minuman ialah RM115 sahaja.
Jika anda ke KEMAMAN , ini adalah antara tempat pilihan terbaik untuk anda dan orang tersayang.
ramai pengunjung.. konfem sedap tu..
BalasPadamlama tak pegi Trengganu.. ehehe..
Memang mskn western dgn minuman disini sedap & murah. Tu famous.
PadamWaah..menarik..huhu.. bole tahu harga milkshake tu berapa ya?
BalasPadamKetika kami pergi menu ini tdk ada dlm buku menu. Kami tunjuk ikt gambar dlm fb kopitiam dinnie shj.
PadamJika tdk silap i tdk smpi rm10, myb dlm rm8.50 krn kira total smua dlm rm115 shj.