Isnin, 21 Disember 2015

11 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH JAGUNG


sedapnya buah jagung..

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat buah jagung yang digemari ramai ini sama ada direbus, di buat bubur , di buat kuih atau minuman jagung.


Berikut adalah KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH JAGUNG untuk info kita bersama :-

1. Buah jagung dikatakan lebih berkhasiat jika di masak, sama ada direbus, dibakar atau di buat pengat.

2. Buah jagung amat bagus bagi melawan penyakit kanser dan sakit jantung.

3. Buah jagung manis terkenal dengan limpahan lutein dan zeaxanthin yang amat bagus untuk penglihatan.

4. Buah jagung juga tinggi serat sekaligus amat bagus bagi masalah penghadaman dan membantu mengelakkan sembelit sekaligus mengurangkan risiko kanser usus.

5. Buah jagung juga mengandungi khasiat seperti karbohidrat , vitamin B , Vitamin C, beta karoten, kalium,  zat besi, magnesium, fosfor , omega 6, lemak baik yang turut membantu mengurangkan kolesterol.

6. Menikmati sajian yang mengandungi jagung amat digalakkan bagi ibu yang sedang menyusu badan kerana ia berfungsi melancarkan air susu ibu.

7. Mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas, digalakkan mengamalkan jagung didalam diet harian kerana khasiat buah jagung yang membantu melawaskan pembuangan air kecil.

8. Buah jagung juga mengandungi vitamin C dan zat besi sekaligus campuran ini mengurangkan risiko anemia serta membantu mencegah anemia.

9. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam buah jagung menjadikan ia sajian yang amat sesuai untuk ibu hamil untuk bayi yang lebih sihat dan kuat.

10. Kandungan Vitamin C, karotenoid dan bioflavinoids didalam buah jagung membantu kesihatan jantung sekaligus membantu mengawal kolesterol dalam tubuh.

11. Buah jagung juga amat bagus untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Nikmatilah jagung rebus dan jagung bakar sebagai menu kegemaran anda setiap hari.

Buat jagung di AMERIKA amat terkenal dengan kandungan GMO ,sekaligus tidak bagus untuk kesihatan.

Tetapi di MALAYSIA , ada pendapat mengatakan terdapat ramai petani-petani dan orang kampung yang menanam sendiri dirumah dan dijual di pasar-pasar berdekatan atau di tepi-tepi jalan dan pasar malam.

Harga buah jagung yang masih murah dan berkhasiat serta sesuai di masak sebagai snek serta sajian diet yang mudah bagi golongan yang sibuk dan mementingkan kesihatan dan berat badan, masakan jagung rebus atau bakar amat sesuai diamalkan.

Tunggu apa lagi, sila dapatkan jagung di kawasan sekitar anda. Pastikan ia jagung tempatan atau jagung dari negara jiran yang terdekat yang kurang risiko racun yang tinggi.

Terima kasih.





2 ulasan:

  1. jagung.. yes antara fav CT.. tapi yg perisa2 jagung kenot telan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bubur jagung & roti jagung pn sedap.. Yg perisa2 ni klu non ori mmg xsedap siti.. Hehehe

      Padam