Jika sebelum ini saya berkongsi mengenai pengalaman bermalam di Pengalaman Bermalam di SWISS GARDEN RESORT & SPA , KUANTAN, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bermalam di SWISS GARDEN RESORT , RESIDENCES SUNGAI KARANG, KUANTAN pula.
SWISS GARDEN RESORT, RESIDENCES ini , baru sahaja di buka pada tahun ini dan berada bersebelahan SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN sahaja. Dan tentu sahaja hotel apartment ini betul-betul berhampiran lautan yang indah dan luas iaitu pantai balok atau pantai sungai karang.
Beza antara Swiss Garden Resort dan SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini ialah , Swiss Garden Resort Residences ini ialah percutian ala-ala berada di apartment atau rumah sendiri ,sedangkan SWISS GARDEN RESORT & SPA, KUANTAN pula ialah percutian di hotel.
Swiss Garden Resort Residences ini berada berdekatan bangunan-bangunan kedai yang tersusun dibawahnya, ia adalah tempat percutian dan persinggahan paling mudah kerana menjimatkan masa dan memudahkan urusan jual beli harian. Malah kedudukan SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini juga betul-betul di hadapan gerai makanan yang satu masa dulu cukup terkenal iaitu warung PAK SOH sungai karang yang menjual keropok lekor dan sata.
Selain WARUNG PAK SOH , kini terdapat banyak lagi warung-warung yang menyediakan masakan keropok dan sata yang sedap berhadapan swiss garden resort residences ini.
barisan kedai dan butik yang berada dalam bangunan berdekatan dengan apartment ini |
Di bawah ini adalah antara pemandangan sekitar SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini.
Gambar-gambar di bawah ini pula ialah gambar sekitar taman permainan dan kolam renang di dalam SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES, SUNGAI KARANG KUANTAN ini.
Tergambar wajah-wajah keriangan di setiap kanak-kanak dan ibu bapa yang bercuti di sini.
Keluarga saya bercuti di sini dengan memilih apartment untuk family unit. Terdapat 2 buah bilik untuk family unit berbanding hanya satu bilik untuk studio unit.
Gambar di bawah ini adalah antara suasana yang terdapat di apartment 'family unit' di sini.
ruang tamu di sini kecil sahaja, tetapi cukup untuk beristirehat dan menonton television |
terdapat 2 buah tandas di dalam apartment ini satu di luar dan satu lagi dalam master room |
ini bilik kedua |
Di bawah ini pula ialah gambar ruang dapur untuk memasak dan menikmati makanan.
Jika anda ingin menjimatkan kos makanan, anda hanya perlu memasak sahaja.
Di bawah ini pula ialah pemandangan atau view dari balkoni apartment yang kami duduki. Abaikan construction yang sedang berjalan di kawasan sekitar apartmen ini.
memang cantik pemandangan theme park dari balkoni apartment ini |
cantik kan? |
Swiss Garden Resort Residences ini turut berada berdekatan laut atau pantai, view atau pandangan dari apartment kami tetap kelihatan kolam renang dan laut di kawasan berhampiran. Sungguh cantik sekali.
Irfan, berdiri melihat pemandangan theme park dan pantai yang terbentang luas |
pemandangan dari bilik master room |
pemandangan dari bilik master room |
abaikan katil yang tidak berkemas dan menjadi tempat bermain kanak-kanak riang di aparment ini |
Di bawah ini ialah suasana percutian dan rehat di Swiss Garden Resort Residences ini.
Qasrina dan Zara seronok bermain air |
naik tangga dan menunju ke gelongsor air |
baldi besar yang kerap mencurahkan air |
Irfan dan Zara |
Qasrina dan Zara bersuka ria |
saya sempat berposing di kolam renang disini |
sempat berposing menunggu anak-anak saudara berenang dan bersuka ria |
Irfan seronok bercuti |
kakak saya dan qasrina |
mandi manda dan bersuka ria, Irfan, Ilham, Qasrina dan kakak saya |
Sebelum terlupa, di SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini juga turut disediakan perkhidmatan SAUNA MINI percuma, kakak saya sempat bersauna disini, tetapi saya terlupa untuk mengambil gambar begitu juga kakak saya.
Antara deretan cafe, butik dan 7 eleven, butik DHIA SOFEA juga berada disini. Perkhidmatan percuma WIFI LAJU turut diberikan percuma kepada anda jika bercuti disini.
Kami hanya menikmati makanan malam di restoran terkenal di Sungai Karang atau BALOK iaitu SARA THAI KITCHEN yang berdekatan SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini sahaja.
Masakan dan tempat ini memang terkenal dengan keselesaan dan keunikan dekorasinya.
menikmati masakan panas di Sara Kitchen Balok |
Keesokkan harinya setelah check out kami sekeluarga pergi ke KEMAMAN untuk menikmati makanan tengah hari di DINNIE KOPITIAM dan seterusnya singgah membeli sata dan otak-otak di WARUNG TERKENAL di belakang Masjid Geliga, Kemaman.
Untuk maklumat anda, DARI SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES Sungai Karang ini ke KEMAMAN hanya memakan masa tidak sampai setengah jam sahaja jika anda menggunakan highway atau by pass.
Sila ke KEMAMAN jika anda mempunyai masa lebih.
Oh! tentu sekali di musim cuti sekolah ini, sarapan pagi berkhasiat juga penting terutama jika dimasak sendiri.
Kami sekeluarga juga bersarapan pagi nasi lemak , ubi rebus cicah kelapa muda dan gula molases serta pau inti kacang merah yang di masak sendiri.
masakan rumah memang paling sedap |
jemput makan... |
Selamat bercuti dan cuti sekolah di hujung tahun 2015 ini.
Terima kasih.
** Perhatian : Tingkap cermin kaca di dalam setiap bilik di apartment ini agak menakutkan, seperti kurang dari segi faktor keselamatan kerana tidak mempunyai grill , agak menyeramkan membayangkan jika kanak-kanak yang bermain ganas dan terlanggar kaca atau terkena besi dan tingkap kaca itu pecah. Di harap pihak Pengurusan SWISS GARDEN RESORT & RESIDENCES mengambil berat tentang hal ini.
Pastikan anda memerhatikan tindak tanduk anak-anak anda jika pihak pengurusan SWISS GARDEN RESORT & RESIDENCES masih tidak mengambil tindakan mengenai hal tingkap kaca ini.
serius swiss garden kuantan ni best giler!!
BalasPadamBetul idzwa.. Cantik theme park di sini 😊
PadamCT pun suka rangkaian hotel Swiss Garden ke Swiss Inn ke..
BalasPadamkalo kat utara ni memang kat Sungai Petani tu slalu duduk..
CT jalan2 blogwalking sini..
http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah..
Xpernah pergi sg petani..
PadamI pun rajin tgk blog siti.. Nnti singgah lg..