Jumaat, 30 Oktober 2015

DIARI MAKANAN ATAU FOOD DIARY UNTUK PENGHIDAP EKZEMA / TSW

Assalammualaikum  wbt dan salam sejahtera, ini artikel dari sambungan artikel sebelum ini EKZEMA? APA YANG PERLU ANDA ELAKKAN?


Mungkin jika anda membaca semua artikel sebelum ini mengenai kepentingan diet jika anda ingin cepat berakhirnya penderitaan TOPICAL STEROID WITHDRAWAL yang anda alami anda akan rasa amat tertekan.

Tetapi bagi maklumat anda ketika fasa pertama TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) , saya sendiri sentiasa terlepas menjaga diet atau melepasi pantang.

Ia adalah fakta kerana saya asalnya seorang pengemar makanan.

Seingat saya 6 bulan pertama fasa TSW ini saya tetap menikmati coklat kegemaran saya, ais krim baskin robbin , magnum dan sebagainya, juga barisan kek kegemaran saya.

Cara untuk saya cuba meneutralkan makanan-makanan ini, saya cuba menikmati lebih banyak cuka epal yang di tambah ke dalam minuman saya iaitu 3x sehari. (Cuka epal boleh menyebabkan kesejukan)

Walau bagaimana pun, flare up kadang-kadang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi jika anda menikmati dalam makanan tersebut dalam jumlah yang banyak. Jadi itu sudah cukup memberi pengajaran kepada anda.

Jangan risau, selepas 6-9 bulan insyallah, flare up jarang berlaku walau anda jarang menepati diet.

Saya suka mengingatkan anda yang berhasrat mengharungi Topical Steroid Withdrawal (TSW) ini agar menyediakan food diary atau diari pemakanan harian untuk memastikan makanan apa yang menimbulkan reaksi alahan kepada EKZEMA anda.

Untuk mereka yang ingin mengetahui diet saya dahulu ketika mengharungi EKZEMA.  Di bawah ini adalah antara menu yang saya amalkan. Menu ini saya amalkan dalam 3 bulan sahaja kemudian saya lebih banyak membeli makanan di luar.

1. Pagi untuk sarapan saya biasa menikmati chapati (menggunakan tepung allagapas dan tepung atta organik) bersama minyak sapi tulen bukan diperbuat dari minyak kelapa sawit. Harus di ingatkan disini jika ekzema anda adalah kerana candida overgrowth atau candida terlebih biak anda tidak digalakkan menikmati makanan berunsur tepung. 

2. Bihun Perang dengan sup bebola ikan yang di buat sendiri. Bebola ikan itu diperbuat dari isi ikan selar. Tetapi saya tetap menikmati bihun biasa yang ibu saya masak.

3. Nasi lemak adalah makanan dan menu kegemaran saya sama ada di buat di rumah atau di beli.

4. Idli yang merupakan antara makanan yang di jual di kedai mamak bersama kuah dhal.

5. Tempoyak adalah menu wajib setiap kali menikmati makanan tengah hari kerana ia adalah sumber probiotik.

6. Air kelapa juga adalah antara minuman utama saya tetapi untuk 3 bulan pertama tidak digalakkan kerana tinggi kandungan gula.

7. Buah nenas dan jus nenas adalah antara jus kegemaran utama saya. Pada 2 bulan pertama saya kerap menikmati jus hijau iaitu campuran sawi dan buah epal hijau yang menggunakan blender atau mesin kisar sahaja.

8. Buah delima dan jus delima asli juga adalah menu kegemaran utama saya.

9. Jus epal hijau dan buah epal hijau adalah buah yang kerap saya nikmati jika kelaparan termasuk buah oren. Buah oren saya beli berpuluh biji untuk sebulan.

10. Ia menu yang seakan sama untuk setiap hari adalah biasa. Ulam-ulam biasa diambil dalam makanan tengah hari saya walaupun di restoran. Saya lebih suka ke restoran yang menghidang masakan kampung. Pastikan sayur di pinggan anda jauh lebih banyak dari nasi yang anda ambil.

11. Snek untuk menghilangkan lapar dan bagus untuk merawat ekzema ialah biji labu, biji bunga matahari dan kacang badam mentah organik yang asli. Kadang kala saya nikmati semua ini dengan RAW HONEY jenama biogreen.

12. Realiti saya tidak dapat mengelakkan dari menikmati masakan luar dan fast food, sesekali saya terlepas menikmati pizza hut dan domino's pizza. Sila ambil perhatian bahawa masakan ini amat tidak bagus untuk pengidap ekzema terutama yang mengharungi TSW.

13. Saya juga terlepas menikmati subway tapi saya amil subway vegetarian dan juga saya terlepas menikmati THE MANHATTAN FISH MARKET. Jika saya mampu mengawal nafsu saya hanya memilih vegetarian spagheti sahaja sebagai menu saya.

14. Makanan kegemaran saya adalah daging, ia selama fasa pertama TSW, saya tetap terlepas menikmati masak lemak daging salai tetapi saya tetap menambah banyak tempoyak sebagai probiotik kerana rasa kesalan menikmati daging salai. Juga diingatkan daging adalah makanan yang tidak bagus untuk mereka yang mengalami masalah ekzema.

15. Vitamin C amat penting untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, jadi anda digalakkan menikmati makanan yang tinggi kandungan vitamin c atau beli sahaja vitamin c organik seperti pilihan saya ini VITAMIN C ORGANIK

16. Pastikan juga minyak kelapa dara anda sentiasa ada bersama, ekzema kebiasaannya akan menyebabkan kekeringan dan kegatalan, bagi mengelakkan kegatalan dan anda menggaru sila pastikan ia sentiasa lembab dengan menyapu minyak kelapa dara organik pilihan anda.

17. Setelah melepasi 9 bulan pengalaman TSW, biasanya parut-parut anda sudah mulai hilang dan kesembuhan sudah mula berlaku walau bagaimana pun ini terpulang kepada keadaan badan dan tubuh individu.

18. Sila ambil perhatian, ada pesakit EKZEMA yang mengharung TSW , ia mengalami penderitaan yang teruk pada fasa pertama tapi semakin perlahan untuk fasa seterusnya. Ada pula yang mengalami fasa pertama yang slow & steady atau tidak teruk pada peringkat pertama tapi peringkat seterusnya yang datang pada tahun-tahun kemudian ia jauh lebih teruk dari fasa pertama, jadi jangan bandingkan anda dengan insan lain.

19. Pastikan tidur yang cukup untuk sistem tubuh dan usus yang lebih baik.

20. Berhenti menikmati minuman berkarbonat dan makanan yang tinggi kandungan gula dan berproses.

21. Pastikan anda menulis semua makanan yang anda makan dan pilih kerana dari situ anda akan dapat melihat apa yang menyebabkan ekzema anda flare up atau semakin teruk atau mengalami alahan.

22. Saya hanya menulis food diary atau diari pemakanan kurang dari 2 bulan dan saya sudah dapat mengetahui apa yang sesuai atau tidak dengan tubuh saya. Beli buku nota murah sebagai diari pemakanan anda.

23. Santan amat bagus untuk pesakit ekzema atau yang mengharung TSW. Jangan risau tentang penambahan berat badan. Saya percaya santan bukan penyebab kenaikan berat badan kerana santan adalah  menu wajib harian saya semenjak saya mengharungi TSW.

24. Saya jarang menikmati ikan sehingga hari ini. Walau bagaimana pun jika anda teringin menikmati hidangan ikan anda boleh membuat ikan singgang atau ikan bakar. Tetapi ikan bakar tidak digalakkan ketika anda mengharungi fasa pertama TSW kerana khasiat ikan itu sendiri kurang jika di bakar.

25. Saya adalah peminat pisang goreng dan keledek goreng dan saya akui saya kerap menikmatinya. Saya juga pengemar buah pisang.

26. Minuman panas kegemaran saya teh rooibos dan teh bunga ros serta teh chamomile. Setelah 6 bulan TSW minuman kopi kegemaran saya ialah kopi tenum, sabah.

27. Untuk 2 bulan pertama TSW biji betik dan bawang putih mentah adalah menu wajib saya. Bawang putih yang di hiris halus di biarkan selama sepuluh minit untuk pengeluaran alicin dan di makan dengan nasi atau di telan dengan air. Biji betik juga begitu. Ini kerana biji betik membunuh candida yang boleh menyebabkan kebocoran usus lebih teruk.

Selamat mengharungi TSW dengan jayanya. Semoga artikel ini bermanfaat dan menambah motivasi untuk anda.

Terima kasih.

*** ini sambungan artikel seterusnya 10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU ADA DIARI PEMAKANAN @ FOOD DIARY





2 ulasan: