Rabu, 16 September 2015

KUASA SOSIAL MEDIA


gambar atau imej diambil dari GOOGLE

Menjelang tahun 2020 , 85%  pembelian atau urusniaga  adalah melalui online seperti media sosial dan video. Itu kata-kata yang diucapkan oleh Presiden TeleSmart Communications.

Melihat pada tahun 2015 ini cukup kelihatan betapa KUASA MEDIA SOSIAL telah mengambil alih dunia pemasaran millenium ketika ini.

Seiring dengan keperluan semasa, dan pergerakan bumi yang semakin laju dan masa yang amat pantas, MEDIA SOSIAL satu-satunya medan yang mempermudahkan anda memperkenalkan diri anda seluruh dunia.

Oleh sebab itu IMEJ anda di media sosial amat penting, sila pastikan anda tidak memaparkan apa-apa status yang akan memberi impak tidak baik di laman sosial anda termasuk facebook , twitter , instagram atau blog.

Seiring dengan teknologi ini, bermula dengan minggu ini dan serta merta, saya akan menulis lebih banyak lagi artikel mengenai kerjaya saya sebagai perunding insurans dan takaful.

Tentang pengalaman saya di dalam karier ini, produk-produk pilihan mengikut keperluan anda atau sebagai ilmu yang boleh dikongsi untuk anda yang melayari blog saya ini.

Saya berharap perkongsian saya pada masa akan datang akan memberi lebih peluang untuk kita saling mengenali, mengetahui apa keperluan dan kehendak masing-masing.

Saya sendiri sebagai perunding insurans dan takaful, malah pernah bekerja sebagai pegawai bank yang bermula dari kerani sebuah bank terkemuka akan cuba berkongsi segala produk insuran dan takaful dari serendah RM50 sebulan dan juga produk-produk lain mengikut keperluan semasa anda.

Dalam zaman kemelesetan ekonomi yang dikatakan sedang dan bakal melanda ini, ramai golongan yang cuba mengurangkan perbelanjaan dan komitmen masing-masing.

Malah tentu ramai antara anda juga mencari kerjaya sampingan untuk menambah pendapatan isi rumah.

Tiada alasan yang boleh diberikan kerana setiap dari kita mesti menjalani hidup, sama ada ekonomi naik atau turun. Tiada alasan untuk berjaya dan terus melangkah.

Ramai golongan dewasa dan lebih tua dari kita telah mengharungi tahun kemelesetan ekonomi sebelum ini walau pun zaman kegawatan dan kemelesetan ekonomi nenek moyang kita dahulu tidak mempunyai talian internet, tetapi mereka tetap berjaya mengharunginya dan membesarkan ibu bapa kita sehingga lahirnya kita di dunia ini.

Dengan KUASA INTERNET dan MEDIA SOSIAL , terlalu banyak PELUANG BESAR yang berada di depan mata, impian untuk anda merentasi seluruh benua dunia juga tidak mustahil.

Membina identiti dan personaliti di dalam MEDIA SOSIAL dan mencetuskan BRANDING atau JENAMA DIRI SENDIRI yang bersih dan kuat serta kukuh bukan sesuatu yang mudah.

Tetapi anda boleh mulakan dari sekarang.

Tulis dan kongsi segala yang baik-baik di laman sosial anda sama ada facebook, pages , blog, twitter atau intagram.

Anda tidak tahu adakah NASIB anda akan gilang gemilang dengan keikhlasan anda nanti.

Bagi anda yang masih tidak punya media sosial sama ada facebook atau blog, mulakan dari sekarang. Tiada apa yang lambat untuk bermula dari tidak mencuba lansung.

Jika syarikat atau perniagaan memerlukan minima 3 tahun, blog atau media sosial lain juga tidak terkecuali.

Tiada apa yang mudah untuk berjaya.

Dengan masa yang begitu pantas ini. Mulakan sekarang!

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan