Isnin, 10 Ogos 2015

PETUA : CUCI BUAH PINGGANG MURAH !!!

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Saya pasti ramai antara anda tahu betapa pentingnya buah pinggang kepada tubuh badan kita. Oleh kerana itu, kita haruslah sentiasa menjaganya kerana dewasa ini penyakit buah pinggang adalah antara penyakit yang makin meningkat naik di Malaysia.

Anda amat digalakkan untuk mengamal petua mencuci buah pinggang ini kerana kita menggunakan fungsi buah pinggang setiap hari.


gambar daun sup dari google

Ini adalah petua mudah dan murah bagi anda yang mengalami tanda sakit buah pinggang atau kencing kotor atau menghidapi sakit buah pinggang. Kos petua dan remedi ini kurang dari RM1.00 .

Bahan-bahan yang diperlukan 

1. Seikat Daun Sup Segar  yang dicuci bersih (pastikan direndam dahulu dalam air garam sebentar dan dibilas bersih)

2. Air bersih bertapis

Cara-cara penyediaan :-

1. Potong kecil  daun sup yang telah di cuci bersih.

2. Masukkan daun sup yang dipotong kedalam periuk yang berisi air bertapis .

3. Rebuskan dengan api perlahan selama 10 minit,

4. Sejukkan dan tapis serta sedia untuk diminum

5. Anda juga boleh menyimpan lebihan bahan ini kedalam botol kaca dan simpan didalam peti sejuk.

6. Amalkan minum setiap hari. Insyaallah ada perubahannya. Segala kandungan garam dan racun yang tidak diperlukan akan lebih mudah dikumuh.

Gunakan daun sup atau petua dan remedi ini sebagai salah satu ramuan detoks untuk cucian buah pinggang anda. Selamat Mencuba.

Assalammualaikum.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan