Rabu, 10 Jun 2015

BLOGGER : BUAT DUIT DENGAN EXABYTES


Exabytes 100 Blogger Ads Program


Assalammmualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Baiklah selain Nuffnang, kini Exabytes juga adalah antara platform yang boleh digunakan oleh blogger untuk menjana pendapatan. 




Jika anda menepati syarat-syarat berikut anda boleh mencuba nasib untuk memohon iklan exabytes untuk diletakkan pada blog anda.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :-

- minimum 350 unique visitor sehari
- Hantar screenshoot unique visitor blog anda bagi 2 bulan lepas kepada marketing@exabytes.com.my , digalakkan dari google analytic
- Proses kelulusan dalam 5-7 hari bekerja
- Selepas kelulusan, pihak Exabytes akan memberikan skrip banner dalam 5-7 hari bekerja

Terma dan syarat permohonan Iklan Exabytes :

- Trafik Blog kebanyakannya dari Malaysia
- Bayaran akan dibuat  6 minggu selepas banner diletakkan di blog melalui akaun bank.
- Bayaran hanya menggunakan akaun bank di Malaysia sahaja.
- Kelulusan permohonan iklan ini bergantung kepada trafik blog, sumber trafik, niche kandungan dan bounce rate.


email pertama yang dihantar oleh saya ke pihak Exabytes

Syukur alhamdulillah, saya telah mencuba nasib dengan menghantar email kepada pihak Exabytes. Hanya dengan imej yang ringkas dan screenshot dari iphone sahaja. Oleh kerana screenshot @ gambar yang dihantar oleh saya tidak jelas. Pihak admin memohon agar saya  "printscreen" Nuffnang analytic saya. Anda boleh mendapatkan Nuffnang Analytic ini di akaun nuffnang anda sahaja.




Saya hanya menghantar satu bulan sahaja penyata screenshot Nuffnang analytic bagi blog saya kerana saya tidak tahu dimana ingin mencari penyata Nuffnang analytic bagi bulan sebelumnya dan saya telah memaklumkan kepada pihak Exabytes. Biasalah saya memang agak perlahan dalam bab-bab teknologi maklumat kebelakangan ini. heheheh.



Syukur ke hadrat illahi, pihak Exabytes tetap menerima alasan saya itu dan berdasarkan satu bulan sahaja penyata screenshoot dari Nuffnang analytic , pihak Exabytes telah meluluskan permohonan saya. Alhamdulillah.




Alhamdulillah juga, proses permohonan Exabytes saya ini memakan masa dalam dua hari sahaja (itu pun kerana screenshot saya kabur) . Sungguh pantas sekali pihak Exabytes memproses permohan saya ini. Pihak Exabytes telah memberi 2 pilihan untuk saya memilih banting iklan dan tawaran manakah yang diterima oleh saya dan saya dikehendaki mengisi link invois yang diberi oleh pihak Exabytes.



Saya telah pun menghantar invois yang diberi kepada pihak Exabytes, dan pihak Exabytes akan memberikan skrip banting dalam masa satu minggu dari tarikh email yang dihantar kepada saya untuk diletakkan diblog saya ini.

Bagi anda yang berminat dengan program Exabytes ini. Tunggu apalagi, sila cuba nasib anda dengan memohon program ini. Mungkin ini adalah antara permulaan anda memulakan blog sebagai salah satu sumber pendapatan pasif.

Sekian sahaja entry saya untuk kali ini, terima kasih kerana membaca entry ini. Insyaalah kita akan jumpa lagi di entry akan datang. Salam sayang dari saya, love , huge & kiss.


2 ulasan:

  1. Wah,,m bestnyaaa mesti vogue blog baru dapat hhuhuuu

    BalasPadam
  2. alhamdulilah nilam.. rezeki.. try la juga apply ye...

    BalasPadam