Rabu, 27 Mei 2015

Cara Makan @ Pengunaan Gum Arabic @ Manna



Gum Arabic yang dibeli oleh saya


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.  Ini adalah sambungan artikel dari tajuk ini  Khasiat Gum Arabic @ Manna. Cara penggunaan @ makan gum arabic ini saya hanya copy paste dari group whatapps herba dan pemakanan yang saya sertai. Baiklah diringkaskan sahaja entry ini . Dibawah ini dinyatakan cara menikmati arabic gum @ manna ini.


Cadangan penggunaan: Arabic gum serbuk / ketul.

1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. 5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).
6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.

7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.

9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.

10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan


Sekian sahaja artikel saya untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini.  Jumpa lagi dalam entry akan datang. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.



Rabu, 20 Mei 2015

KHASIAT SUSU LEMBU SEGAR


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di hari indah ini. Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua khasiat susu lembu segar. Seperti yang anda semua ketahui , susu telah lama dijadikan makanan utama sebagai sumber kalsium.  Dibawah ini adalah artikel yang saya salin dari link ini http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/manfaat-minum-susu-segar-bagi-kesehatan.html untuk maklumat anda mengenai khasiat susu. Sila pastikan anda memilih susu segar yang tidak dipasteur atau kurang Pasteur dan lembunya seboleh-bolehnya yang makan rumput segar. Adalah satu kelebihan jika anda mendapatkan susu segar dari lembu yang bebas hormone dan tidak disuntik.


Susu segar Farm Fresh juga 100% dipasteur
dan antara susu lembu kegemaran saya

Kebanyakan orang mungkin tidak mengetahui jika susu lembu mentah yang makan rumput sudah digunakan sebagai sebahagian daripada perubatan sejak awal abad ke-20. Susu mentah yang langsung dari lembu telah disebut sebagai "sel induk" makanan. Hal ini digunakan sebagai rawatan, dan berkali-kali telah terbukti menyembuhkan beberapa penyakit serius. Dari zaman Hippocrates sehingga selepas Perang Dunia II, susu lembu telah dikembangkan dan menyembuhkan berjuta-juta orang diseluruh dunia. Susu lembu segar mentah yang makan rumput adalah makanan yang benar-benar seimbang, sehingga bagus untuk meningkatkan kesihatan yang lebih baik.

Mengandungi Protein lengkap Susu lembu segar mentah menyediakan semua asid amino standard, yang akan disimpan tubuh kita kemudian ditukar ke dalam bentuk yang boleh digunakan. Sekitar 80% protein dalam susu adalah kasein (cukup stabil pada panas tapi mudah dicerna). Yang 20% ​​yang lain adalah jenis protein whey, mudah dicerna tetapi sangat sensitif panas. Imunoglobulin adalah jenis protein susu yang sangat kompleks yang juga dikenali sebagai antibodi - yang berguna untuk melindungi badan kita daripada virus, bakteria, racun bakteria, dan juga boleh membantu mengurangkan keparahan gejala asma. Kajian telah menunjukkan penurunan kualiti yang ketara dari portein ini ketika susu dipasteur.

Menyediakan Karbohidrat
Laktosa adalah karbohidrat utama dalam susu lembu. Hal ini diperbuat daripada satu molekul, yang masing-masingnya adalah gula sederhana glukosa dan galaktosa. Orang dengan intoleransi laktosa tubuhnya tidak menghasilkan enzim laktase, sehingga tidak boleh mencerna gula susu. Susu mentah juga mengandungi bakteria lactobacilli laktosa, sehingga secara umum banyak orang yang mengelakkan minum susu mentah.

Mengandungi tinggi lemak
Lemak tepu sebenarnya juga mempunyai pelbagai peranan penting dalam tubuh kita, seperti membina membran sel dan hormon kunci, menyediakan simpanan tenaga, melapisi organ halus, dan kenderaan bagi vitamin larut lemak yang sangat penting. Conjugated Linoleic Acid (CLA) sangat banyak dijumpai dalam susu lembu yang makan rumput, termasuk lemak tak jenuh ganda omega 6 yang bermanfaat bagi manfaat kesihatan. Beberapa manfaat CLA yang mungkin adalah menimbulkan tahap metabolisme, membantu menghilangkan lemak perut, meningkatkan pertumbuhan otot, mengurangkan rintangan insulin, dan menguatkan sistem kekebalan tubuh, dan menurunkan reaksi alergi makanan.

Vitamin Asli
Vitamin yang terdapat dalam susu mentah adalah yang larut dalam lemak dan air, sehingga menjadikan ia sebagai makanan yang lengkap dan tak perlu diperkayakan lagi. Berbeza dengan Susu lembu yang dipasteur, kerana nutrisi yang hilang perlu ditambah kembali terutama vitamin D yang larut lemak.

Mengandungi Mineral lengkap dan seimbang
Susu lembu segar mengandungi banyak mineral mulai dari kalsium hingga fosfor.Susu lembu segar mengandungi banyak Kalsium, yang bermanfaat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, terutama kanser usus besar, meningkatkan kepadatan tulang, dan mengurangkan risiko osteoporosis pada orang dewasa yang lebih tua, menurunkan risiko batu buah pinggang, pembentukan gigi yang kuat, serta mencegah gigi mudah berlubang. Fakta yang menarik tentang mineral adalah memerlukan keseimbangan khusus dengan mineral lain untuk berfungsi dengan baik. Contohnya, kalsium memerlukan perbandingan yang tepat dengan fosforus dan magnesium agar boleh dimanfaatkan oleh tubuh kita. Susu lembu segar atau mentah adalah bentuk keseimbangan pemakanan yang sempurna.

Fungsi Enzim
Susu segar mengandungi 60 fungsional enzim yang melakukan pelbagai macam pekerjaan. Beberapa yang lain adalah berasal dari bakteria menguntungkan yang hidup dalam susu segar. Enzim seperti katalase, lisozim dan laktoperoksidase yang terdapat dalam susu membantu melindungi susu dari bakteria yang tidak diingini, sehingga lebih selamat untuk kita minum.

Mengandung Kolesterol
Susu lembu mengandungi sekitar 3 mg kolesterol per gram. Tubuh kita menghasilkan sebahagian besar kolesterol yang kita perlukan, yang jumlahnya boleh naik atau turun sesuai dengan makanan yang kita makan. Kolesterol adalah zat untuk pembaikan, yang digunakan tubuh untuk membuat hormon, membina otot, memelihara membran sel, membuat vitamin D, dan hempedu.

Menyimpan Bakteria baik
Susu segar adalah makanan yang mengandungi bakteria hidup yang baik (kultur hidup) yang melindungi kita. Kebanyakan makanan yang kita makan boleh tidak menyihatkan kerana usia, namun susu mentah sebaliknya. Susu mentah membantu penapaian bakteria, penghadaman enzim, vitamin, dan meningkatkan semua mineral. Saat ini, permintaan susu mentah yang makan rumput semakin meningkat di mana-mana. Hal ini kerana banyak yang menyedari akan manfaat kesihatan yang luar biasa dengan meminum susu segar dan tidak dipasteur.


Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini.  Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Jumaat, 15 Mei 2015

Petua @ Ubat Merawat Penyakit Batu Karang / Gall Bladder Stones




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Dihari Jumaat yang berkah ini, saya ingin berkongsi dengan anda petua atau rawatan untuk batu karang yang diambil dan dishare oleh Dr Hamid Arshad di facebook beliau juga imej yang disyer dipelbagai group Wasap dan Telegram kesihatan yang saya ikuti.


Petua Merawat Batu Karang / Gall Bladder Stones ini hanya memerlukan air yang ditapis atau disuling, buah epal hijau @ merah, buah lemon segar, minyak zaitun (olive oil) pastikan yang asli dan garam epsom sahaja. Murah dan mudah. Sila pastikan jika anda membeli epal hijau @ merah biasa pastikan anda merendam buah tersebut didalam air garam pink himalayan selama 10 minit dahulu sebelum dikisar jika anda tidak mempunyai garam pink himalayan anda boleh juga menggunakan cuka epal atau sebarang cuka buah-buahan. Ini adalah untuk membuang segala racun didalam buah epal tersebut. (Cara ini juga terpakai untuk buah-buahan lain dan sayur-sayuran)





Cara rawatan :-

1. Anda perlu minum 4 gelas jus epal seitap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari Ke -6 - Jangan Makan Malam (Dinner)
   - pastikan pada pukul 6 petang anda makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate), boleh          dibeli dari farmasi. Harga dalam rm5 sahaja sebungkus.
   - Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
   - Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250ml) olive oil atau sesame oil dan setengah cawan   jus lemon yang segar ( perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.

Insyaallah pagi esok anda akan buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar sekali.


Saya telah melihat banyak komen tentang petua ini telah berjaya dengan jayanya dan banyak di share di facebook dan group-group kesihatan yang lain. 

Baiklah sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


*** terima kasih atas segala imej diatas. Jika anda adalah antara pengomen di facebook ini dan tidak membenarkan nama anda dipublish, sila email saya untuk saya menghidekan nama anda. Terima kasih.