Perpisahan Kita Satu Kemestian
Perpisahan kita satu kemestian
Dan sememangnya wajar dirasmikan
Jika bukan saat ini
Esok ia tetap kenyataan
Kerana perpisahan kita adalah satu tuntutan
Kau dengan arahmu
Aku dengan arahku
Walau berulang kali aku tegaskan
Aku akan tetap tabah melalui setiap jalan berliku ini
Tapi kau tetap gagah mengekori aku
Menyakiti aku…menghiris hati ku…
Disetiap duri perjalanan perpisahan ini….
Perpisahan kita satu kemestian
Mahu atau tidak
Ia tetap diteruskan
Walau berjuta tangisan disetiap rayuan
Perpisahan ini telah lama ditakdirkan
Walau sejuta airmata setiap makhluk tidak merelakan
Tiada kuasa dapat menidakkan
Perpisahan kita memang satu kemestian
Perpisahan kita satu kemestian
Dan terpaksa aku relakan
Andai air mata bertukar menjadi lautan
Walau tangisan menganti setiap deruman
Perpisahan ini memang satu kemestian
Perpisahan kita satu kemestian
Dari kamar tanpa tirai ini aku takkan pernah menyesali
Menuruti segala kemestian perpisahan ini
Kerana perpisahan kita memang satu kemestian
Andai kau tahu nilai setiap titis air mataku…
Takkan mungkin kau menyakiti aku
Dan aku takkan mungkin kembali padamu…
Walau hanya dalam mimpi indahmu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan