image tea ini dari link ini http://www.menuism.com/blog/10-things-to-know-about-tea/ |
Assalammualaikum wbt & salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Antara
minuman digemari masyarakat kita pada hari ini ialah teh, samaada teh hitam, hijau,
merah, putih, teh bunga , flavour teh @ the berperisa samaada yang berkafein
atau yang tidak berkafein… Dengan teknologi dan dunia yang pesat membangun ini,
amat mudah untuk mendapat minuman ini dimana-mana.
Antara
keistimewaan teh-teh, ini sama ada jenis hijau, hitam, merah mahupun putih boleh
dianggap kunci kepada kulit yang cantik. Bagi mereka yang mengamalkan penggunaannya, ia mengandungi
bahan antioksidan yang tinggi bersama kumpulan vitamin penting termasuk vitamin
C dan E serta karotenoid dan flavonoid.
Semua
vitamin itu berserta antioksidan di dalam teh berfungsi mewujudkan pertahanan
yang dapat melindungi kulit daripada elemen merosakkan dari persekitaran dan
pemakanan kita sendiri.
Vitamin
C berperanan mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit, sekali gus membantu
mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya. Ia juga diperlukan bagi
proses sintesis kolagen untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kulit.
Vitamin E ialah antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.
Vitamin E ialah antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.
Karotenoid pula ialah antioksidan yang mampu menyerap dalam lemak dan mampu menahan serangan radikal bebas yang diaktifkan oleh selaran ultraungu.
Pada masa sama, teh juga mengandungi kira-kira 30 peratus flavonoid yang dapat mengurangkan serta menenangkan masalah radang kulit, seterusnya menghalang penuaan pramatang serta risiko barah kulit.
Gabungan semua antioksidan semula jadi berkenaan mampu memperbaiki kesihatan kulit, menjadikannya lebih lembut, cerah dan berseri.
Selain diminum, teh juga boleh disapu pada kulit bagi mendapatkan faedahnya yang besar. Ia boleh digunakan untuk mengawal kulit berminyak terutama ketika cuaca panas memandangkan teh mempunyai sifat menenangkan yang mampu mengawal kelenjar terlalu aktif.
Caranya, dengan memasukkan teh ke dalam bekas ais dan bekukan sebelum digunakan pada wajah bagi mengawal peluh dan minyak, lalu membantu membuatkan solekan tahan lebih lama.
Teh juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau badan yang tengik melalui cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan rendam semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya, tubuh berbau harum sepanjang hari.
Ia juga boleh digunakan untuk mencuci wajah bagi mendapatkan faedah antioksidan bahan itu yang tinggi.
Melembapkan kulit kering, teh yang mengandungi bahan tambahan chamomile, lavender dan pudina boleh digunakan dengan memanaskannya dan wap yang terhasil diasapkan pada wajah.
Selain itu, teh yang mengandungi campuran herba seperti burdock, dandelion, echinacea, valerian wangi, goldenseal, akar marshmallow, selada air, daun strawberi dan akar yarrow boleh digunakan bagi merawat masalah kulit seperti jerawat.
Campuran teh bersama bunga raya pula mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu menghalang kulit daripada kerosakan akibat pelbagai elemen persekitaran dan dalaman.
Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat, turut melaporkan teh hijau mengandungi vitamin K yang mampu mengawal darah beku, sekali gus berkesan untuk mengurangkan kegelapan di kawasan orbit mata.
Oleh itu, uncang teh yang sudah digunakan tidak perlu dibuang sebaliknya boleh diletak pada kawasan mata dan dibiarkan seketika.
Selain
itu hampas teh juga amat sesuai dibuat skrub badan semulajadi yang mencantikkan
tubuh dan kulit.
Saya
juga kadangkala mengunakan hampas teh sebagai baja bagi tumbuhan dan pokok yang
ditanam sekitar rumah saya.
Bagi
anda yang mengamalkan teh atau berfikir untuk membeli teh, selepas ini anda
tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengamalkannya untuk cara hidup yang sihat.
Baiklah
ini sahaja entry yang boleh saya coretkan untuk kali ini, terima kasih kerana
membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..
***
info khasiat teh ini kebanyakannya saya dapati dari link ini http://www2.hmetro.com.my/articles/1001khasiatteh/Article/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan