Isnin, 2 Februari 2015

HAPPY 2ND ANNIVERSARY


ALHAMDULILLAH, BLOG INI KINI 2 TAHUN SUDAH, Terima kasih atas segala sokongan - gambar dari google





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang…  Alhamdulillah kita semua masih bernafas lagi pada hari ini. .walaupun pelbagai tekanan hidup dan ujian yang kita hadapi… semoga kita semua tabah, sabar dan redha atas segala ujian dan Berjaya menghadapinya untuk mengejar segala impian dan hidup sentiasa dirahmati dan diberkati.

Alhamdullillah.. sesungguhnya saya tidak menyangka tarikh hari ini 2 febuari 2015 , genap 2 tahun usia blog yang sungguh memberi makna kepada saya ini.. tiada saya sangka yang permulaan menulis blog yang hanya 3 orang sahaja follower saya di google akhirnya meningkat ke 60 orang untuk tahun ke 2 ini.. jika tidak silap perkiraan saya, last year ketika genap 1st anniversary blog saya ini.. follower google saya hanya berbelas orang sahaja, dan ketika itu juga jumlah viewer hanya 130K++ .. Saya bersyukur sekali kerana dipermualaan menulis blog target saya hanya 3k sahaja viewer untuk 1st year dan 10k viewer untuk 2nd year.. tapi hari ini saya melihat blog saya lebih dari 360k+++ viewer.. terima kasih atas segala sokongan anda kerana mengikuti blog ini… Saya juga bersyukur kerana sebelum blog ini berusia 2 tahun lagi.. saya telah berjaya cashout NUFFNANG untuk pertama kali.. .alhamdullillah.... syukur atas segala rezeki...

Sebagai menghargai setiap detik masa yang saya lalui.. saya ingin blog ini menjadi tempat rujukan mereka-mereka yang menghadapi masalah seperti saya. .memerlukan dorongan dan motivasi, memerlukan rujukan.. dan juga tempat saya meluah rasa hati… Saya berharap selepas ini saya akan menulis entry-entry yang dapat menolong lebih ramai orang lagi… saya bersyukur sangat-sangat kerana bff saya Kak Suzana yang mengenalkan saya blogging ini…

Saya akan terus menulis selagi terdaya dan selagi ada perkara untuk dikongsikan.. semakin berlalu masa semakin saya terasa lebih matang untuk menulis sesuatu benda yang saya harap akan terus kekal dijadikan rujukan bagi insan-insan yang mencari rujukan. Semoga blog saya ini memberi manfaat kepada semua..

Jika anda tidak mempunyai akaun google, anda boleh meng”subscribe” blog saya ini, dengan mengisi alamat email anda, untuk blogger terus menghantar setiap entry terbaru saya terus ke email anda. Kemudahan ini telah lama diikuti oleh ramai orang termasuk saya di mana-mana blog yang menarik hati..

Baiklah.. sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini, menjadi follower dan berkongsi segala maklumat diblog ini.. akhir kata semoga kita semua sentiasa dirahmati, tenang dan bahagia selalu..

Sekian sahaja entry kali ini. .salam sayang dari saya.. love, huge & kiss…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan