Selasa, 27 Januari 2015

Apa itu TOPICAL STEROID WITHDRAW ( TSW) ?


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya yang tersayang... ini adalah entry pertama saya berkaitan Topical Steroid Withdraw (TSW).. tahukah anda apa itu TSW?.. Saya hanya mengetahui dan mengenalinya semenjak October tahun lalu 2014... 

Baiklah diringkaskan sahaja entry ini... 

Tropical Steroid Withdraw ataupun diringkaskan TSW mengikut pemahaman saya sendiri untuk mudah faham... adalah proses anda mula berhenti menggunakan krim-krim steroid... example seperti kes saya sendiri.. saya mula menggunakan cream econazine dalam tahun 2014 lebih kurang atau sebelum itu lagi.. ia bermula dengan hanya tompokan kecil. tapi kerana gatal... saya mengisi krim econazine tersebut ditempat gatal tersebut dan ia terus hilang...so cream econazine itu tahan berbulan-bulan atau maybe bertahun.. lama-lama tompok gatal itu makin kerap naik.. jika dulu.. 5 tahun sekali.. kemudian bertukar kepada 3 tahun sekali. .kepada 1 tahun sekali.. atau 3 bulan sekali terutama jika tersilap makan...akhirnya atas kesedaran sendiri.. saya tiba-tiba berhenti menggunakan cream econazine itu sendiri.. akhirnya.. tompokan itu semakin bertambah dan bertambah... - inilah bermulanya fasa pertama Topical Steroid Wihdraw....



*** DIBAWAH INI ADALAH RINGKASAN DARI MAKLUMAT DARI GROUP FACEBOOK EKZEMA MALAYSIA (NAAE)

TSW (Topical Steroid Withdrawal). Kondisi ini juga diberi nama Red Skin Syndrome yang telah ditemui oleh Dr Marvin Rapaport, MD, seorang dermatologist Amerika yang telah berkerja dengan ramai pesakit eczema dan mendapati penggunaan krim steroid secara berlebihan menyebabkan kesan sampingan yang teruk apabila diberhentikan. Tanda2 biasa adalah berair (weeping), dan rasa panas (burning sensation) apabila krim steroid diberhentikan. Dalam kebanyakan kes, kulit memasuki fasa ketagihan dan menjadi lebih teruk apabila doktor memberikan krim steroid yang lebih kuat memandangkan keadaan ekzema bertambah teruk.

Steroid merupakan rawatan yang efektif jangka pendek untuk masalah dermatitis tetapi penggunaan yang berpanjangan pada bahagian badan yang besar akan menyebabkan keadaan menjadi tidak stabil. Lebih kuat krim steroid yang digunakan, lebih ekstrem kesan apabila diberhentikan.

Kajian oleh Dr Rapaport dan seorang dermatologist jepun, Dr Mogotsuku Fukaya, MD menunjukkan bahawa penyembuhan daripada TSW mengambil masa di antara 6 bln ke 3 thn bergantung kepada jangka masa yang digunakan dan kekuatan krim steroid yang digunakan. Berita baik ialah kesemua pesakit TSW sembuh sepenuhnya dan kulit mereka kembali normal
Berita baiknya bagi anda, dengan era teknologi maklumat yang berkembang maju ini kini terdapat banyak group-group yang membantu dan mendorong anda serta memberi maklumat mengenai Tropical Steroid Withdrawal ini.. serta bahaya penggunaan steroid dalam jangka panjang terhadap bayi dan juga orang dewasa (actually kajian menunjukkan peningkatan kes-kes ekzema keatas bayi-bayi dan orang dewasa tahun demi tahun diseluruh dunia termasuk Malaysia). Paling penting tiada caj yang dikenakan ketika anda join group ini malah anda akan lebih mengetahui banyak lagi perkara berkaitan kesihatan dengan bantuan admin-admin yang berilmu dan juga terdapat banyak blog-blog doctor-doctor terkemuka didunia yang anda boleh lawati... anda  juga boleh melawati website www.itsan.org/ untuk maklumat lanjut dan terperinci.

Saya akan bercerita lebih lanjut mengenai Ekzema dan TSW dalam entry yang akan datang.. juga berkongsi dengan anda apa itu Topical Steroid Addiction.. (TSA), ITSAN, NAAE, stage-stage TSW , nightshade, starchy vegetable, candida dan sebagainya dengan anda selepas ini...  Jika anda atau anak anda mengidap ekzema.. sila google bahaya krim-krim steroid untuk maklumat lanjut.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..
 ‎


Tiada ulasan:

Catat Ulasan