Selasa, 30 September 2014

TEMPAT MENARIK DI KUANTAN : SEMPURNA RESORT



Sempurna Resort berdekatan Taman Indera Sempurna


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... setelah lama saya tidak menulis entry Tempat Menarik Di Kuantan, jadi ini adalah sambungan entry sebelum ini di link ini Petrosains Kuantan - Masuk Percuma

Saya ringkaskan seringkas-ringkasnya entry ini. Sempurna Resort terletak berhampiran Taman Indera Sempurna (jalan yang sama) , anda boleh bercuti disini bersama keluarga atau sekadar membawa anak-anak datang bermain di kolam renang sahaja. Harga untuk bermain air disini bagi kanak-kanak hanyalah RM6 seorang. Terdapat Kolam Dewasa untuk kanak-kanak berusia 12 tahun keatas dan juga kolam untuk kanak-kanak yang lebih selamat dan tidak dalam.



Papan tanda Sempurna Resort

kawasan parking kereta

ruang menunggu

sofa dan permainan yang terdapat di ruang menunggu

Sampai sahaja anak saudara saya di ruang ketibaan tetamu, terus mereka berlari mengejar permianan komputer didepan mereka.







Baiklah dibawah ini saya sertakan gambar-gambar pemandangan di Sempurna Resort ini terutama kawansan kolam renangnya...


Actually kawasan kolam renang Sempurna Resort ini betul-betul dihadapan Cafe resort ini, jangan bimbang kerana semua makanan di Resort ini telah mendapat sijil halal dari JAKIM.


sijil halal JAKIM

Dengan kawasan cafe yang luas dan kawasan kolam yang tenang dan cantik, ibu bapa dan ahli keluarga dapat berehat sambil menikmati hidangan yang dijual sambil memerhati anak-anak masing-masing bermain di Kolam Renang.


pemandangan sekitar cafe dan kolam renang

Anda kena membuat bayaran di Cafe ini dan akan mendapat 2 gelang kertas dan anak anda perlu memakainya sepanjang kawasan ini. Bayaran untuk bermain dikolam renang hanyalah RM6 sahaja seorang.

anda akan diberi gelang ini selepas membayar RM6 setiap orang

tempat untuk tukar pakaian , tandas semua disediakan


Dibawah ini adalah gambar yang sempat saya ambil ketika membawa anak saudara saya bermain disini kerana ibunya out station ke Penang selama 3 hari.

anak saudara saya, ilham sempat lagi bermain didalam pondok yang terdapat dikawansan kolam renang

ibu bapa dan ahli keluarga menikmati makanan sambil memerhati anak-anak bermain di kolam renang

kanak-kanak seronok bermain

Permainan paling popular dikolam renang ini adalah baldi yang berisi air ini.. kanak-kanak akan menunggu sehingga baldi penuh dan menumpahkan air keatas badan mereka sambil menjerit kegirangan.

baldi besar ini menumpahkan air keatas badan kanak-kanak yang menunggu dibawahnya

setelah kosong baldi akan naik keatas semula dan kembali mengisi air, anak saudara saya @ kanak-kanak menunggu untuk pusingan seterusnya

baldi sekali lagi menumpahkan air keatas badan kanak-kanak @ anak saudara saya

dan baldi kembali mengisi air dan membuat pusingan seterusnya

ibu bapa dan kaum keluarga kusyuk memerhati anak-anak bermain

Dibawah ini adalah gambar-gambar dan suasana ketika saya membawa anak saudara saya bermain minggu lepas pada hari Ahad petang.

kanak-kanak kusyuk bermain

tempat kegemaran kanak-kanak


suasana kegembiraan kanak-kanak dan ahli keluarga



kanak-kanak kusyuk bermain sambil ibu bapa memerhati

kolam dewasa untuk kanka-kanak 12 tahun keatas

anak saudara saya Irfan dan Ilham kesejukan bermain dan sempat bergambar selepas itu sambung balik main kolam renang.

Lagi gambar dan suasana di sekitar kolam renang dan cafe untuk tatapan anda semua..













Setelah penat bermain masa untuk duduk dan berehat.. anak saudara saya sempat main baring-baring dikerusi sebelum sambung bermain kolam sekali lagi untuk 3rd round.
bergambar keriangan

Setelah penat bermain dikolam renang di Sempurna Resort, kedua-dua anak saudara saya kelaparan dan saya terus membawa mereka makan di restoran berhampiran yang terletak di Indera Sempurna. Saya akan menulis entry mengenai restoran ini dalam entry Tempat Makan Best Di Kuantan selepas ini.



kelaparan selepas bermain

menu i lamb chop, Irfan Chicken Chop dan Ilham bubur nasi ayam


Sekian sahaja entry kali ini, terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & Kiss..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan