Isnin, 8 September 2014

Notes for ME - Part 1






Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang .. Antara guru saya dialam maya ini adalah Puan Ainon dar ABS Group yang saya follow mengikut facebook dan juga Irfan Khairi... Jutawan Internet itu... so, antara kata-kata mereka yang menarik minat saya.. saya ingin abadikan dalam entry-entry blog saya untuk rujukan akan datang...  

Dan ini adalah antara kata-kata Pn.Ainon yang saya rasa wajar untuk saya dan anda sekalian renungkan jika anda juga berminat untuk memulakan perniagaan suatu hari nanti....




Dari ABS: Akibat Sibuk Menjual
Kerja-kerja hakiki bisnes lambat menghasilkan duit.
Kerja-kerja menjual cepat menghasilkan duit. Lalu kita fokus pada aktiviti menjual, menjual, menjual.
Apabila orang bisnes sibuk dengan kerja-kerja menjual, hasilnya jualannya laris tetapi dia tidak dapat mengembangkan sayap bisnesnya.
Dia umpama tukang gali telaga yang berjaya menggali telaganya yang ada, semakin lebih dalam, dan lebih dalam.
Dia tidak menggali lebih banyak telaga-telaga baru.


Nota malam dari ABS:
Pandai Menjual lawan Pandai Mengedar
Banyak peniaga Melayu menjadi pengeluar produk sendiri. Kemudian produk mereka tersadai di dalam setor.
Dalam kalangan peniaga Melayu, majoriti tidak membezakan 2 aktiviti ini:
+ Menjual <--- Peniaga Melayu banyak pergi kursus belajar menjual.
+ Mengedar <--- Mereka tidak belajar mengedar.
.
Majoriti peniaga Melayu percaya kalau mereka pandai menjual, mereka akan kaya-raya.
Dalam realiti:
+ Sedikit jurujual yang kaya.
+ Tidak ada jurujual yang kaya-raya.
+ Duit besar berada dalam sektor pengedaran atau distribution. Mereka ini yang kaya-raya.



Dari ABS: Tempoh Bisnes Pertama
Sebenarnya, bisnes yang mula-mula kita buka adalah sekolah bisnes praktikal untuk diri kita sendiri belajar perkara-perkara berkenaan dunia bisnes.
+ Bisnes pertama yang bagus adalah bisnes servis yang menggunakan diri kita sendiri sebagai modalnya.
+ Kita tidak perlu berada dalam bisnes itu sampai bila-bila.
+ Kita tidak perlu jatuh cinta kepada bisnes pertama kita itu.
Selepas 4 tahun, kita sepatutnya keluar dari sektor itu dan pindah ke dalam sektor lain yang lebih berpotensi.


Anda boleh like facebook Pn. Ainon Mohd di link ini https://www.facebook.com/ainonmohdpts/

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...

*** imej dari google .. tqvm



Tiada ulasan:

Catat Ulasan