Isnin, 15 September 2014

Masak Flakes ....








Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. semoga semakin hari kita semakin tabah dan matang dalam menghadapi segala ujian dan dugaan dalam hidup ini… Alhamdulillah andai kita masih  lagi dipanjangkan umur untuk menghirup oksigen dan berpeluang untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari…. 

Alhamdulillah syukur sekali… perniagaan flakes saya setakat ini semakin positif.. walau pun tidaklah sebanyak mereka yang focus pada bidang perniagaan atau makanan semata-mata. ..saya mula menyukai perniagaan flakes ini walau kekadang rasa agak bersalah kerana saya tidak mampu menumpukan 100% pada bidang takaful saya.. walaubagaimana pun saya akan belajar perlahan-lahan menyesuaikan jadual untuk segala aktiviti saya agar masa saya betul-betul cukup dan terurus untuk menjalankan segala yang telah saya rancangkan dan idamkan….

Pagi ini  (7/9/2014 Ahad) saya kena menghantar flakes saya begitu juga pagi esok.. seboleh-bolehnya hari ini saya akan cuba untuk mengambil gambar segala pakaian dan barang pre-loved saya yang telah bertahun-tahun saya tidak gunakan. ..sudah tidak cukup ruang untuk saya meletakkan semua barang-barang saya …heheheheh..





Semalam (6/9/2014 SABTU) , dari pagi selepas subuh lagi saya mula menanggal daun kari (yang cantik-cantik sahaja) dari rantingnya sebanyak mungkin untuk membuat 46 botol Crunchy Flakes By Qisya Khadeeja. Semuanya saya buat seorang diri.. termasuklah mengunting lada kering… Saya berhenti membuat kerja itu pada pukul 10am dan keluar menguruskan hal lain dari 1030am dan pulang pada pukul 130ptg  ..  

Selepas solat zohor dan lunch serta berborak sebentar dengan ahli keluarga, saya meneruskan masakan saya seorang diri sehingga pukul 7ptg….segala pembungkusan , tampal sticker.. saletip semua dilakukan oleh saya seorang . Saya memang tidak suka mengharapkan orang menolong saya kerana setiap orang ada pekerjaan dan tugas masing-masing untuk dilakukan.. lagipun ini perniagaan yang saya pilih, selagi saya larat saya akan buat sendiri, kecualilah jika saya tidak mampu melakukannya seorang diri ..

Memasak bukanlah bidang saya untuk jangka masa yang lama sebelum ini.. ialah tinggal bujang di kota membuatkan saya lebih suka membeli sahaja dan makan diluar… dan apabila memilih bidang ini… ia sesuatu yang telah berzaman saya tinggalkan.. walau bagaimanapun , mungkin kerana perniagaan dan pemasaran sudah menjadi salah satu minat saya.. ia automatic menjadi kesukaan saya. .alhamdulillah… saya tiba-tiba merasa hormat kepada mereka yang menjalankan perniagaan catering , makanan dan sebagainya.. kerana saya memasak ketika cuaca panas sangat (dapur saya panas ye… jika buka kipas… tertutup api.. heheheh)… ia.. sedangkan masak benda sekecil dan sesenang ini pun saya sudah berpeluh.. apalagi anda yang telah bertahun dan berzaman memasak didalam keadaan dapur yang panas dan terlibat dengan perkara-perkara yang leceh.. sungguh kesabaran memang penting. .belum lagi rasa penat setelah menyiapkannya….

Bidang takaful saya.. penat dan kepuasannya lain… penat bidang sales lain.. recruiting lain. .sebagai leader pun lain… semua kerja pun penat… semua kerja pun memerlukan berfikir.. tapi berfikir pula banyak seginya… dalam segi takaful saya kena berfikir dimana market client saya begitu juga bidang perniagaan flakes saya.. .saya kena berfikir dari segi marketing untuk takaful dan flakes saya.. saya juga kena fikir mengenai recruiting dalam bidang takaful saya juga , kena fikirkan agen-agen untuk produk flakes saya… itu belum lagi dari segi promotion … persaingan dan sebagainya… tetapi bagi saya setiap pekerjaan dan bidang semua ada persaing… dan setiap orang telah ditentukan rezeki masing-masing….



Saya berdoa dan berharap semoga apa yang saya pilih adalah yang terbaik dalam hidup saya… kekadang perniagaan dan bidang pertama yang kita pilih akan membawa pilihan yang lebih baik untuk kerjaya dan perniagaan seterusnya… ia adalah batu loncatan untuk kita terbang ke tempat yang lebih tinggi lagi… jatuh bangun itu perkara biasa… itulah yang kita kena hadapi.. berfikir juga memerlukan kesabaran dan mental yang kuat… lebih-lebih lagi dalam dunia yang makin mencabar ini….

Saya berdoa dan berharap semoga saya dan anda semua akan terus berjaya dan kuat dalam menghadapi hidup ini. .insyaalah… dan jika ketika ini anda sedang jatuh.. jangan terus jatuh dan kecewa… stop fikirkan problem kerana ia akan terlihat lebih besar.. .fikirkan jalan penyelesaiannya….setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.. Cuma kita perlu melakukan pengorbananan sahaja .. samaada kecil atau besar..sanggup atau tidak…. Untuk memberi  kita peluang lagi…. Bukan senang nak senang…

Baiklah, ini saja yang dapat saya coretkan untuk pagi ini… terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang dari saya… love , huge & kiss…





Tiada ulasan:

Catat Ulasan