Jumaat, 22 Ogos 2014

TIADA MODAL BIZ......



Assalammualaikum wbt.. dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... saya mendoakan hari anda hari ini lebih baik dan indah dari hari-hari sebelumnya.. semoga anda tabah mengharungi hidup anda walau ditimpa apa-apa saja dugaan samaada besar atau kecil... dan untuk anda yang sedang berbahagia.. semoga sentiasa dirahmati... 

Selama saya mengenali ramai rakan-rakan , kaum kerabat.. pelangan-pelangan saya.. amat ramai dari mereka yang bercita-cita dan berimpian untuk membuka perniagaan sendiri atau atleast mempunyai perniagaan 'on-line' sendiri.. tetapi tidak mempunyai modal... nampaknya .. saya juga antara mereka sekarang ini.. heheheh... banyak sungguh perancangan saya.. tetapi saya juga tidak mempunyai modal dan cukup modal.. seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu berhutang dengan sesiapa atau menambah hutang sedia ada... tetapi tentu sekali saya tidak mahu... alasan-alasan ini menjadi halangan saya untuk mematikan impian saya atau terus melambatkan impian dan rancangan saya...

So, pagi ini.. bangun sahaja dari tidur.. saya mencari kain yang telah saya beli bertahun-tahun dulu.. dalam tahun 2010 dan sepasang lagi tahun 2011... konon-kononnya nak menempah kain itu untuk baju @ dress saya untuk perkahwinan adik lelaki saya yang akan datang pada 19hb September ini di Melaka... tema warna perkahwinan belah adik lelaki saya ialah purple manggis... 


kain purple yang dibeli saya di Bandung



Kain pink @ merah jambu yang dibeli oleh saya...



Sedang saya memikirkan design dress untuk saya pakai dihari bersejarah adik lelaki saya itu.. tiba-tiba sahaja datang ilham untuk saya menggunakan kedua-dua pasang kain ini untuk dijadikan modal atau 1st design untuk hijab rekaan saya sendiri...

Untuk info.. Kain baju purple diatas... berharga dekat RM2 ribu ketika saya membelinya di Bandung pada tahun 2010.. actually konon-kononya saya membelinya.. atas sebab-sebab tertentu... tetapi akhirnya sampai tahun 2014 tidak digunakan... so, lebih baik saya membuat kain purple ini sebagai satu kenangan memori indah dalam hidup saya.. iaitu sebagai 1st batch modal untuk design saya.. bagi label 'hijab' dari saya sendiri...


Kain pink @ merah jambu itu pula dibeli pada tahun 2011 oleh saya.. harganya setakat beberapa ratus sahaja.. juga kononnya atas sebab-sebab tertentu...tetapi oleh kerana sehingga kini saya tidak menggunakannya.. so, saya menjadikannya juga sebagai modal dan first design untuk label pakaian saya yang telah lama saya impikan

Dibawah ini adalah video ringkas .. kedua-dua pasang kain diatas...






Oleh kerana saya menghadapi masalah meng"upload" kedua-dua video ini.. anda boleh melihat contoh kain purple saya ini didalam facebook saya di link ini untuk kain berwarna merah jambu (pink) https://www.facebook.com/photo.php?v=919881704692763&set=vb.100000128259264&type=2&theater

dan link ini pula untuk kain purple (yang dibeli di Bandung) https://www.facebook.com/photo.php?v=919878021359798&set=vb.100000128259264&type=2&theater

Saya akan akan bercerita dengan lebih lanjut tentang perancangan saya dalam entry-entry akan datang... terima kasih kepada anda yang setia membaca blog saya ini... ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kali ini.. salam sayang dari saya.. love , huge & kiss...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan