Assalammualaikum wbt… dan hai
kepada semua pembaca blog saya yang tersayang…diharap walau apa pun jua dugaan
mendatang.. kita semua tabah menghadapinya serta bersyukur dengan apa saja yang
dihadiahkan-NYA kepada kita hamba yang hina lagi lemah ini….
Dihari Jumaat yang berkah ini… (ketika saya menulis entry ini).. saya
merasakan… perjalanan saya dalam bidang perniagaan yang masih baru sesangat ini… takaful
saya…MLM saya masih jauh… baru bermula… saya sendiri tidak tahu bakal onak
duri yang bakal saya hadapi… ketika ini pun saya masih seperti bayi yang baru
merangkak.. yang cepat letih.. tapi cepat bangun kembali… ia sebagai manusia
biasa… setiap waktu dan saat kita diuji-NYA. . .sekejap semangat itu datang
melonjak-lonjak.. sekejap ia menurun… sekejap rezeki melimpah ruah.. sekejap
rezeki ditarik balik.. sekejap rezeki sukar… sekejap rezeki sikit.. sekejap
datang rezeki yang tidak disangka-sangka…
Memulakan dan memperkenalkan
perniagaan yang baru bukan semudah yang disangka.. .hatta, perniagaan itu
bermula dengan modal yang kecil… even dalam bidang takaful yang baru saya
ceburi ini juga tidak semudah disangka… still banyak cabaran dan dugaan serta
benda baru yang saya pelajari.. .still banyak ilmu yang belum saya ketahui..
.walau saya telah lama dalam bidang insurance… tetapi bagi saya walau pun ramai
berkata insurance dan takaful adalah sama… tetapi bagi saya tetap tidak
serupa.. banyak benda yang membezakan antara kedua-duanya.. dan sungguh. .sikit
benar ilmu saya yang saya ketahui tentang kedua-duanya… lagi banyak yang saya
tahu…lagi saya sedar lagi banyak yang saya tidak tahu.. rupanya bertapa
kurangnya ilmu saya…..
Diuji dengan dugaan yang
pelbagai… kekadang melemahkan saya sebagai insan biasa.. tetapi sebagai manusia
yang pernah jatuh… dan bangkit kembali. .. jatuh lagi.. saya percaya setiap
kejatuhan itu adalah kerana ALLAH ingin memberikan saya kedudukan dan impian
yang lebih mencabar dan tinggi lagi… saya selalu berfikir untuk menjadi seperti
burung PHOENIX.. .yang selepas ia jatuh tersembam dan mati dibumi akan
bangkit.. menjadi lebih hebat lagi… .itu sebabnya kenapa M.Nasir sendiri mereka
lagu PHOENIX Bangkit yang menceritakan tentang sikap tidak putus asa dan
kekuatan burung phoenix… yang harus kita contohi walau ia sekadar.. lagenda
yang entah betul entahkan tidak…
Saya amat pasti saya akan melalui
lebih banyak liku-liku,cabaran yang menduga kesabaran dan kekuatan saya..
lebih-lebih lagi pada awal-awal penglibatan saya dalam bidang baru ini… saya
percaya.. saya tentu seperti insan lain juga… yang senang berubah-rubah emosi..
cepat down dan cepat up… tetapi saya harap saya tidak down lama.. dan bangkit
dengan idea-idea dan semangat yang lebih tinggi lagi… saya berdoa saya sentiasa
dikurniakan sokongan yang tidak putus-putus dan bertambah-tambah dan semangat yang kuat
dari ibu bapa dan keluarga saya yang tersayang…dari sahabat-sahabat saya,
kawan-kawan tersayang saya…. Pelangan-pelangan saya .. pembaca-pembaca blog
saya yang budiman dan sesiapa sahaja yang akan datang dan pergi dari hidup
saya….
Saya berharap semangat saya dan
azam saya bukan hanya diperingkat permulaan saja.. saya juga berharap untuk
kali ini… segala tindakan dan apa yang saya pilih direstui kedua-dua ibu bapa
dan keluarga saya.. tentunya… dan saya juga berharap dengan jalan yang telah
dipilih oleh saya untuk hidup saya ini.. membawa saya menjadi insan yang lebih
beriman dan jauh baik dari dulu dan dari semasa ke semasa….
Saya memohon sejuta kemaafan
kepada mereka yang mengenali saya… mereka yang pernah saya sakiti secara
sengaja atau tidak.. mereka yang telah saya beri harapan secara sengaja atau
tidak… mereka yang pernah saya kecewakan secara sengaja atau tidak.. mereka
yang secara tidak sedar saya teraniaya atau tidak.. untuk setiap makhluk
ciptaan ALLAH SWT.. maafkan segala kata-kata dan tindakan saya.. semenjak saya
lahir.. sehinggalah ajal menjemput saya….
Dikesempatan akhir Syawal yang
indah ini.. saya mendoakan kepada seluruh umat manusia didunia ini semoga
diberi hidayah dan dirahmatinya… jika saya menjadi semakin ‘teruk’ doakan saya
semakin sembuh dan baik… dan jika saya semakin baik doakan semoga saya terus
istiqamah dan menjadi lebih baik.. izinkan saya menjadi diri saya sendiri
dengan cara sendiri.. ..dan doakan dengan menjadi diri saya sendiri saya tidak
terpesong dari landasan akhlak dan akidah seorang muslim…. Doa kalian amat saya
harap dan dambakan…doakan perniagaan dan apa yang saya pilih menjadikan hidup
saya bertambah cemerlang dunia dan akhirat….
Sekian sahaja untuk entry saya
ini.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ….terima kasih tidak terhingga kerana membaca luahan
saya ini… salam sayang dari saya.. .love , huge & kiss….
*** images from http://despreneur.com/top-20-most-inspiring-quotes-from-world-business-icons/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan