pic from google |
Assalammualaikum
wbt.. .dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.....
Setelah satu tahun setengah menulis blog, akhirnya saya menukar tagline my blog dari ‘Journey of Fear & Joy’ kepada ‘Walk in My Stilettos’.. Actually, dulu saya sengaja memilih ‘Journey of Fear & Joy’ , konon-kononnya untuk merakamkan kenangan ‘my journey’ didalam blog ini. .heheheh.. so entry-entry saya banyak menceritakan tentang perkara yang berlaku dalam perjalanan hidup saya….
Bermula dalam
anggaran 2 minggu lepas, saya telah pun ‘selamat’ menukar tagline blog saya ini
kepada tagline baru ‘Walk In My
Stilettos’…saya memilih tagline ini
kerana saya merasakan, semakin dekat dengan pembaca blog saya ketika saya
menulis blog….heheeheh… well, walau asalnya saya menulis blog untuk suka-suka
sahaja…. Kerana my bff , kak su nak sangat saya join dan jual product Hai-o beliau iaitu Beautiful
Premium… dan kebetulan group kak su memang semua jual melalui blog dan facebook
.. .tapi blog umpama satu kemestian.. jadi saya pun buatlah blog.. dekat rumah
kak su.. hahahaha… husband kak su yang mula-mula ajar buka akaun gmail dan buat
blog..dan seterusnya saya design segalanya sendiri dan belajar melalui google.
Honestly, saya
tidak pernah terfikir untuk buat blog untuk ‘make money’. Saya hanya fikir
untuk menjaga hati dan perasaan kawan yang rapat dan banyak menolong saya
ketika saya bekerja di salah sebuah bank terkemuka satu waktu dulu. Dan semestinya saya meng’target’ my blog
untuk jadi platform saya perkenalkan product Beautiful Premium yang bakal saya
jual…Tetapi, saya kan jenis kuat ‘mengelat’, so saya berkata kepada kak su, my
bff, jika viewer blog saya sampai 200k, saya akan start jual product hai-o
kerana saya memang malas pakai PB (Premium Beautiful), so saya tidak sesuai
untuk menjual product itu kepada orang lain, walau telah bertahun saya
membelinya… now, tidak tahulah mana saya letak PB saya itu…
Akhirnya , 200K
viewer blog saya telah sampai target semenjak bulan lepas lagi…actually saya
serius target pada awal menulis blog.. maybe dalam 3-5yr lagi kot baru sampai
viewer banyak itu.. .jika ikut perkiraan saya.. asalnya saya target blog saya
ini dalam setahun akan capai 3k viewer… tu pun paling banyak… tak tertarget
rasanya boleh sampai 200k viewer coz itu hanya alasan saya untuk ‘mengelat’…
sememangnya saya tidak menyangka.. dalam 1yr.. blog saya ini mencapai viewer
lebih dari 120k viewer.. tqvm kepada mereka yang menjadikan blog saya sebagai
rujukan dan kepada google yang selalu memaparkan blog saya dalam search
engine…. Alhamdullillah….
Ketika menulis
blog, honestly…saya tidak punya seorang kawan pun yang support penulisan blog
saya… rasanya hanya kak su seorang yang support dari segi technical (hanya
untuk 1st month).. ….tetapi still ada kawan-kawan saya yang membaca
dan menjengah my blog….pada waktu mula-mula diperkenalkan… walau bagaimana pun
kata-kata negative tetap ada… teringat kisah saya memberitahu salah seorang my
bff.. yang baik hati dan bersama saya ketika susah….
Saya : wei..
pelik, blog aku hari ini ada 100 lebih orang viewer la… datang dari mana ye?
My bff : sya… tu
kau yang view sendiri tu kot sya…. Hah..pak cik ‘nuffnang’ ko bagi ko berapa
duit sekarang dah 2 bulan kau menulis blog?
Saya: 20 sen ye…
harap maklum
My bff: 20
sen???? Dah ko stop tulis blog… kalau macam ni kau nak makan apa? Kalau buat sale kita dah masuk berapa dah…
Saya: wei.. blog
tu tulis long term la …. Tu orang panggil ‘passive income’ bukan 2 bulan sahaja
ye.. kena sabar ye…
My bff :
sekarang ramai blogger la… lebih baik kita ‘lepak’ ajak group kita kat old town
ke.. coffee bean ke… chat time ke… wangsa walk ke.. dari kau duduk tulis blog
tapi kau sorang yang baca…. Motifffff???
Saya: betul
jugak kanz.. aku pun rasa macam tu.. jom!!!
Dan betul… saya
pun meninggalkan penulisan blog saya.. walaupun dari asalnya saya target untuk
menulis blog setiap hari satu entry untuk 3 bulan berturut-turut.. kerana itu
yang saya pelajari ketika sempat mengikuti forum (dalam sebulan sahaja ye masuk forum, lepas itu tidak masuk2 dah)…saya
hanya menulis blog bila saya rasa ingin menulis.. lepas itu saya biarkan sahaja
blog saya itu… saya menulis ketika saya boring atau ketika saya rasa.. .ada
benda ingin di tulis dan dikongsi didalam blog saya ini dan saya memang anggap
blog saya ini ‘mini diary’ untuk rujukan saya dimasa akan datang… hehehheheh
Sehingga satu
waktu saya realize… saya sibuk bercerita kisah hidup, beli product sunnah apa,
makanan apa, problem , kekurangan diri.
.kelemahan diri.. kesedihan… masalah saya hadapi dengan mereka yang akhirnya
saya tahu ada ‘life’ sendiri… mengapa saya mesti bercerita dengan orang yang
saya tahu kadang-kadang pun sebenarnya tidak mahu mendengar kerana mereka
sebenarnya kadang-kadang ada masalah yang jauh lebih besar untuk diceritakan
dari kisah ‘boring @ mudah’ saya itu….ialah silap saya juga… maybe kerana asyik
sibuk hal saya sendiri.. saya lupa orang lain pun ada kisah masing-masing yang
perlu saya dengar.. ahahahhah.. actually saya juga mendengar problem
kawan-kawan yang lain.. tapi biasalah… kebetulan ada blog… lebih baik kita
bercerita didalam blog.. .puas hati… betul tak?
Ini tidak.. bila
saya bercerita orang dari Negara perancis baca blog saya .. no response…
nuffnang dapat 20 sen.. .kena kutuk….
(walau saja je nak kongsi info)… hantar whatap blog viewer hari ini 1160
orang… pun no response…. Cerita beli khasiat gum Arabic bagus dan murah… no
response… jadi lebih baik saya post didalam blog.. yang saya tahu , insyaalah
akan ada orang membacanya… jika bukan hari ini atau masa ini.. .masa akan
datang… kadang-kadang entry itu tetap dibaca walau sepuluh tahun akan datang…
jika tiada yang baca pun tidak apa…atleast.. saya tidak menyusahkan orang untuk
membaca dan mendengar cerita saya.. samaada dalam telefon, whatapp atau mesej…
dan palling best.. bila saya membaca setiap coretan saya… ia memberi saya
semangat untuk ‘bangun’.. I luv that feeling… especially bila saya rasa
‘down’….
Jika ketika
menulis blog dahulu.. follower saya hanya 3 orang sahaja iaitu rakan saya (saya follow mereka, meraka follow back
saya..itu normal untuk new blogger)… kini follower saya terus meningkat… dan
meningkat…Alhamdulillah…
Jika dulu saya
memang tidak suka langsung baca blog.. seorang blogger pun saya tidak kenal..
sekarang saya mengenali beberapa orang blogger… jika dulu saya lah yang asyik
‘kutuk’ orang yang menulis blog.. siap cakap lagi.. “sorrylah aku nak tulis
blog-blog ini”.. akhirnya saya sendiri terjebak dengan penulisan blog ini…..
jika dulu blog saya ini hanya setakat menjaga hati kawan sendiri… sekarang saya
merasakan blog saya ini.. seperti sebahagian dari diri saya.. ia sure kena ada
rahsia hidup yang kena simpan sendiri dari menulis semua dalam ‘diary’ tapi
atleast.. saya tahu.. saya melepaskan segala kemarahan, kesedihan, keboringan
didalam blog selain diatas tikar sembahyang dan didalam doa…. Tanpa perlu ‘memaksa’ orang lain membaca mesej atau
mendengar luahan hati saya…
Saya berharap..
blog saya ini akan menjadi inspirasi kepada orang seperti saya.. ketika sedih..
ketika terluka.. ketika mencari info tertentu..dan menjadi rujukan juga untuk
diri saya serta orang lain.. yang mungkin memerlukan sedikit informasi ataupun
meluang masa dari menganggu ‘masa dan hidup’ orang lain… dengan ‘masalah kecil’
anda…
Salam sayang
dari saya… terima kasih kerana membaca entry ini… insyalah kita akan berjumpa
lagi dalam entry akan datang…. love, huge & kiss… muahhhzzz!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan