Assalammualaikum wbt… dan hai
untuk semua pembaca blog saya yang tersayang…
Hari ini saya ingin ‘sharing’ dengan anda tentang antara
kisah-kisah blogger yang saya baca… bukan sahaja kisah insan yang glamer di
Intagram yang selalu dapat hadiah dan review product… tetapi kisah blogger yang
kadang-kadang agak sukar menolak permintaan sesetengah insan terdekat dengan
mereka yang meminta review product atau promote produk mereka diblog malah ada
yang mohon tumpang letak banting iklan lagi diblog…
Bagi mereka yang tidak tahu,
antara cara mendapatkan kepuasan menulis blog adalah menambah iklan nuffnang…
ia bukan berapa nilai @ jumlah anda dapat.. kerana.. nuffnang pun setakat
sebulan dua anda menulis, hanya bagi 20sen sahaja… tapi ia tentang kepuasan diri
menulis… dan melihat nilai 20sen itu terpampang diakaun nuffnang…memberi ‘nafas
baru’ untuk terus menulis blog…
For info ,Nuffnang memberi
bayaran lebih mahal jika tiada iklan lain diblog dan blogger itu akan mendapat status
Gliterrati (lebih tinggi bayaran dan
lebih banyak keistimewaan)… malah para advertiser pun lebih suka memilih
mereka yang berstatus Gliterrati.. so, jika ada kawan anda yang berstatus
blogger menolak banting iklan anda.. sila cuba fahami.. especially jika anda
pun setakat mahu ‘free’…
Untuk product review.. maybe
blogger yang baru sahaja menulis tidak sampai 2bulan akan bagi perkhidmatan
meng’publish’ entry itu free of charge…tetapi
apabila blogger itu telah bertahun menulis blog… insyaallah kebanyakan mereka
akan mula memikirkan menggunakan blog mereka sebagai medan mengetengahkan
‘produk’ mereka sendiri… so, jika pada waktu ini, atau setelah lebih setahun
lebih blogger itu menawarkan kepada anda, dan anda pun ‘no response’ .. rasanya
tidak wajar anda ‘mengutuk’ blogger tersebut… kerana masa pun dah berlalu
lama.. blogger tersebut pun sudah ada produk sendiri untuk dipromote didalam
blog.. dipasang banting…dan sebagainya…
Sebenarnya.. tak rugi jika kita
menerima pelawaan mereka yang baru menulis blog (walaupun kita sendiri pun ada blog dan lebih lama menulis dari mereka)
untuk meng’publish’kan entry mengenai produk kita… jangan di pandang rendah
mereka… kerana kita tidak tahu berapa ramai yang membaca blog mereka dimasa
akan datang… jika hanya seribu orang yang baca pun.. jika dari situ sepuluh
orang terbaca entry mengenai produk kita dan berminat.. itu tetap rezeki..
kerana dari 10 oranglah yang akan membawa lebih ramai lagi pelanggan untuk
kita… paling penting.. jika ditakdirkan blogger itu akhirnya famous… entry
mengenai produk kita yang 3-4yr lamanya pun still akan ada orang baca
insyaallah…malah makin ramai dari sehari ke hari.. Andaikata blogger pilihan
kita itu ditakdirkan tidak famous pun.. 3-4yr akan datang, insyalah tetap ada
orang terbaca.. jika pengunjung itu tiba-tiba terbaca blog blogger pilihan kita
itu…. Please don’t under estimate miracle….( Kena plak time blogger itu baru start
menulislah kebanyakan entry mereka adalah ‘free of charge’.. hehehehhe)
Oklah.. saya tidak mahu bercerita
panjang.. tapi teringat caption seseorang di intagram dan diblog… yang lebih
kurang berbunyi begini :- “saya turut menjual produk.. so harap
faham.. jika saya mengenakan caj untuk IG review @ menulis entry dalam blog
saya… jika anda nak kata saya perasan glamer.. perasan artis.. terpulang… so,
sila cari artis dan blogger2 famous untuk mengiklankan produk anda… tqvm”…
TAJAM dan dalam sungguh statement.. tetapi saya rasa jika mereka ditempat
blogger atau empunya IG tentu akan memahaminya… tetapi bagi mereka yang baru
start berniaga dan perlukan sokongan dan budget pun sikit..tentu akan terasa
dan merasakan mereka mementingkan diri…” Bisnes is bisnes”’ itu kata blogger
dan pemilik IG.. so, rasanya kita harus respect pilihan mereka… kerana saya
percaya bukan senang berada ditempat mereka sekarang dan tentu banyak sekali
pengorbanan dilakukan mereka , walau mereka tidak sefamous blogger yang memang
famous sekalipun… saya sebagai blogger .. saya faham betapa sebenarnya.
..menulis blog ini memang memakan masa yang lama ,’mengtensionkan’ terutama jika
internet line slow… , idea yang mula-mula datang.. tetiba hilang… menaip yang
memakan masa walau entrynya singkat (lepas
review, nak betulkan ayat itu ini..ejaan itu ini, tambah itu ini lagi…) dan
sebagainya yang hanya blogger sahaja yang tahu…
So, nasihat saya.. belajarlah
menjadi blogger… menulis apa yang anda ingin tulis.. janji jangan buka aib
sendiri dan aib orang lain… kurangkan dosa dalam menulis entry
seboleh-bolehnya… mungkin sekarang anda tidak merasakan keperluan memiliki blog
sendiri.. tetapi satu waktu jika anda mula ingin memperkenalkan barang,
perkhidmatan dan produk anda… anda tentu akan memikirkan untuk mempunyai
blog…tetapi untuk menjual barang online diblog.. tidak semudah
disangkakan….anda perlu menarik minat pembaca membaca blog anda.. dan
mengikutinya.. menyukai anda.. dan barulah akan menyukai produk anda… seperti
yang dilakukan oleh blogger-blogger berpengalaman yang lain.. terutamanya
famous-famous blogger….
Sekian sahaja entry saya untuk
kali ini… terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang dari saya.. love,
huge & kiss…
*** semua imej diatas adalah dari google.. tqvm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan