Sabtu, 7 Jun 2014

Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 14

Assalammualaikum wbt..


Sekali lagi dan seperti biasa.. maaf jika entry ini seperti melepas batuk ditangga....dan gambar-gambar ini juga tidak complete. .dan kurang cantik kerana i memang selalu tidak berkesempatan untuk meng"edit" & mencerahkannya... kerana sekarang cuti sekolah i try untuk post entry ini secepat yang mungkin walau draft entry ini sudah masuk hampir sebulan lamanya....

Seperti biasa i ringkaskan sahaja entry ini....actually semua tempat makan ini di MS Garden Hotel Kuantan sahaja... semua tempat makan ini harganya serius murah bukan seperti harga di hotel-hotel lain dan paling penting MS Garden ini mendapat sijil Halal JAKIM dan khabarnya telah dibeli @ terdapat syer  Pusat Zakat... so sila datang makan disini tanpa ragu-ragu dengan keluarga tercinta anda...

40) Dim Sum dan Masakan Cina Halal , Jade Terrace Restaurant , MS Garden Hotel Kuantan


Serius dim sum disini dah lah halal malah sedap dan murah.. anda boleh datang kesini pada setiap hari Rabu untuk makan dim sum buffet berharga dalam rm22 atau hanya beli ala carte dari serendah anggaran RM4.90 sehingga RM8 sahaja.... so sila datang ye....

Sebelum tu sejuta kemaafan dipinta kerana saya tidak berkesempatan untuk makan buffet dim sum ini.. .kerana ketika saya pergi ke sini... buffet tidak dihidangkan kerana ada event... dan saya pergi pada hari selain hari rabu... untuk makluman jika ada event pada hari Rabu... buffet dim sum ini tidak disediakan... anda hanya boleh membeli ala-carte sahaja... selain dim sum disini juga di jual masakan cina panas yang lain secara ala -carte atau family package... so sila datang....

So gambar-gambar dibawah ini i ringkaskan sahaja....

gambar hadapan restoran ini

pintu masuk restoran ini


Dibawah ini pula adalah pandangan didalam restoran ini



antara buffet & set yang dioffer disni



senarai list dan harga dim sum

kerana i datang seorang diri dan i kena skin allegik so i terpaksa order menu yang tidak gatal sahaja

antara menu disini. .fish ball

pau teratai

menu ni i tidak ingat nama.. sorry ye. .tapi ia macam laksam yang disini daging ayam didalamnya bersama sos tiram.. best sangat...

pandangan didalam restoran ini

senarai menu yang i makan yang ditanda tick itu.


Jutaan kemaafan sangat-sangat.. kerana gambar untuk entry ini nampak "agak" teruk... walaubagaimana pun anda boleh google sahaja antara menu yang ditawarkan disini untuk gambar yang lebih menarik...

Ini adalah link sambungan untuk set lunch @ dinner di restoran ini , ketika saya menikmati dinner bersama family di restoran ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/tempat-makan-best-di-kuantan-part-16.html


41) The Side Walk Deli, MS Garden Hotel, Kuantan

Tempat ini buka pada pukul 3pm dan keatas... dan ini adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana berdekatan dengan Megamall dan .. chef dan staff disini adalah juga staff MS Garden.. even dessert disini juga dari MS Garden hotel.. tetapi harga disini sedikit murah dari makanan yang dijual didalam hotel kerana disini tempat makannya terbuka dan tidak ber"air cond"... so sila datang ye...

Sila enjoy gambar-gambar dibawah... actually ketika i datang disini chicken chop promotion telah tamat... chicken chop hanya dijual jika ada promotion sahaja.. so, i hanya order lamb slice sahaja yang dikongsi bersama rakan i... kerana kami masih kekenyangan... selain masakan western.. masakan biasa dan kampung juga ada dijual disini.....

board dihadapan side walk deli ini

board the sidewalk deli... buka dari pukul 3pm - 11pm.. siap ada cop halal jakim lagi ye..
Berikut pula gambar-gambar pemandangan the sidewalk deli ini..



dibawah ini antara dessert yang dijual disini dari serendah rm4 sahaja... so sila datang makan...












Dibawah ini antara menu yang dijual disini...








actually tempat ini .. .belakang pintu keluar megamall kuantan sahaja...


i hanya order teh o ice limau sahaja



kami berdua hanya syer sahaja menu lamb slice ini


murah sahajakan total hanya rm13.50
so, jika anda berada dikuantan .. sila datang kesini....


42) Angelo's , MS Garden Hotel Kuantan

Jika anda inginkan dessert best dan murah.. .dan dimasak oleh chef hotel.. anda boleh try makan disini.. kek disini memang dimasak fresh setiap hari. .dan serius sedap. .termasuk desert lain seperti pai dan puff.. harga kek disini murah sahaja untuk 1slice.. tidak sampai rm10.. malah ada yang serendah rm5.00 sahaja... pai epal dan blueberry disini juga murah hanya rm4 sahaja.. dan paling penting selepas pukul 9pm.. harga kek dan pastry yang terpilih diberi diskaun rm50% ye.. .so tunggu apa lagi sila datang segera makan disini...

Disini juga ada dijual masakan western dan panas lain... so terpulang kepada selera anda ....

So sila nikmati gambar-gambar dibawah ini.. ketika i datang kesini  jam sudah pukul 9pm.. dan i hanya take away sahaja 2 slices blueberry cake dan 1 pai epal dan 1 pai blueberry.. .tiada sebarang service charge dikenakan dan total pembelian i hanya rm9...

50% promotion from 9pm to 11pm
























Ketika sampai dirumah terus adik i makan blueberry cream cake yang i tapau... serius i pun terlupa nak ambil gambar kerana kepenatan... so i hanya sempat ambil gambar pai epal dan pai blueberry yang telah selamat dimakan oleh adik i... so minta maaf banyak-banyak dengan pic yang tidak sempurna ini.. hehehehe
pai epal rm4 after discount rm2 sahaja

epal pie

blueberry pie rm4 after discount rm2 only




Terima kasih kerana membaca entry ini. .jutaan kemaafan lagi atas entry yang tidak sempurna ini dan kecacatan gambar-gambar dalam entry ini...


Salam sayang dari saya... luvvv!! luvv!!! Muahhhzzzz!!!


Ini adalah sambungan entry ini  http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/tempat-makan-best-di-kuantan-part-15.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan