Jumaat, 20 Jun 2014

Hubungan Bertukar DINGIN ... Antara "HOPE" &"RESPECT"








Assalammualaikum wbt…salam Jumaat yang berkah....


Perangai dan kelakuan serta perasaan kita dalam hidup memang “pelik” sering bertukar-tukar seperti iklim.. sekejap cerah, mendung, terang benderang, malap , gelap gelita….. sekejap berpelangi indah walau sebentar.. tertiba pula ada guruh.. .ouchhhhh!!!!

Begitu juga hubungan kita dengan insan lain… sekelip mata boleh berubah walau berkawan bertahun.. tidak kiralah kenal di luar. .alam nyata.. .atau maya… jika ditakdirkan hubungan yang mesra akrab dulu.. selalu keluar bersama, bergayut ditelefon berjam-jam.. bergelak ketawa… mendengar luahan.. menyapu tangisan… dari kawan biasa bertukar bff.. dari bff bertukar teman tapi mesra…akhirnya.. dari gelak ketawa.. gurau senda marah dan merajuk.. perasaan sayang mula hadir… jika dahulu tidak rasa malu dan segan untuk mengajak keluar… tetiba sekarang ada perasaan malu.. perasaan mengharap… pelik kanz perasaan itu? Jika ketika mula-mula berkawan tidak ada segan dan malu.. .rasa nak jumpa ..rasa nak tegur.. nak sms.. nak call… semua mudah… tetapi apabila mula ada rasa “sesuatu” perasaan gementar mula ada… .persahabatan yang indah akhirnya… putus atau tergantung begitu sahaja…

Ini adalah antara mengapa perhubungan itu dari mesra bertukar dingin dan akhirnya berakhir… atau terputus … tergendala… tergantung begitu sahaja :-

1. Sidia mula merasai anda mempunyai perasaan kepadanya @ sidia yang  “perasan@ syok  sendiri” yang anda menyukai sida… tetapi sidia tidak mempunyai perasaan sama kepada anda.. so kerana tidak mahu memberi anda “hope” jadi dia mula menjauhi anda… lebih-lebih lagi jika dia tahu usia anda sesuai sesangat untuk “settled down”…@ lebih sesuai untuk focus belajar dari bercinta kerana anda terlalu muda.

2.  Sidia tahu anda mempunyai perasaan kepadanya… dia juga berperasaan sama.. .tetapi kerana sidia masih sayangkan title “single” , anda pula dia tahu jenis yang memang kalau boleh hari ni juga nak kahwin (walau usia anda muda remaja) … so, sidia terpaksa merenggangkan hubungan itu…kerana banyak lagi perkara yang ingin dilakukannya ….ini kerana dia “respect” anda sebagai kawan yang baik….

3. Sidia tahu anda maybe menyukainya.. tetapi sidia sedar bahawa walau anda menyukainya tetapi taste anda memang different dari sidia… pendapat sidia anda maybe tengah kesunyian.. dan tidak berjumpa lagi “taste” sebenar anda… jadi, sidia sengaja memberi peluang untuk anda mencari “taste” anda itu kerana sidia juga berpendapat.. anda lebih sesuai dengan orang yang “taste” anda cari itu… kerana sidia “respect” anda… dan mahu anda hidup dengan orang yang mempunyai ciri-ciri idaman anda yang serius sesuai dengan cara dan style anda.

4. Sidia merasakan… keadaan anda sekarang.. senang meletak “hope” dengan orang yang “close” dengan anda.. bila berkawan lama dengan anda baru sidia perasan sidia bagi anda adalah orang paling “close”.. .sidia takut anda meletakkan “hope” kepada dia lambat laun.. .iyelah kalau dah kerap keluar…calling mesej segala… kerana takut anda terlepas pandang atau tidak berkawan dengan orang lain…dan hanya mengharap kepada sidia seorang… so sidia akhirnya bagi “hint” supaya anda tidak meletakkan “hope” apa-apa pada sidia.. dan sila berkawan dengan orang lain sekali ye.. ..harap maklum.

5. Sidia yang jatuh hati kepada anda… anda anggap sidia bff sahaja…. Tetapi maybe kerana sidia tak nak kehilangan anda sebagai bff…jadi sidia terpaksa merenggangkan hubungan atau tergantung.. .kerana sidia tahu anda tidak mungkin akan menyukai dia lebih dari bff… so dari sidia lagi falling in love dengan anda.. baik sidia merenggangkan perhubungan itu…. Dan cari insan lain untuk dicintai, dah jumpa yang baru.... maybe sidia akan kembali close dengan anda

6. Sidia sudah mulai bosan dan rimas dengan perhubungan itu. .even hanya sekadar bff.. atau tempat melepas keboringan dan masa… maybe sidia merasai dari terbuang masa banyak dengan perkara yang tidak kena dihatinya… ialah manusia ini minat pendapat kecenderungan different.. .so sidia rasa lebih baik sidia menumpukan kepada minat sidia dari melayan anda….sekaligus boleh juga meningkatkan skill sidia dalam bidang yang digemarinya.

7. Sidia sengaja membuat hubungan anda tergantung.. untuk memberi masa anda focus kepada kerjaya @ study dan minat anda… kerana sidia sedar dan tahu masa pantas berlalu…dan sidia juga maybe berpendapat yang sama… dari asyik terbuang masa dari keluar , bercakap dan mesej benda yang tidak mendatangkan faedah bersama.. lebih baik… masing-masing ada sesuatu yang berharga untuk dilaksanakan terutama dengan masa yang pantas dan dunia yang makin berkembang maju ini… masa amat bernilai sekali….

8. sidia maybe terbertukar “islamik” sesangat…ialah ingin berubah menjadi baik.. tidak mahu dekat dengan “zina kecil” atau perkara yang mendekatkan zina.. hehehehe.. kena pula dengan masuk tahun baru islam, buku catatan baru islam… nak berubah untuk mendekatkan diri kepada Allah…. So habis semua kawan bukan sejenis.. dijauhinya.. atau sekadar bercakap dan berjumpa untuk perkara yang penting… sahaja.. ingin jadikan saudara ammar  sebagai idola@  jika perempuan maybe mengidam menjadi bidadari Ammar  idola… manalah tahu Allah izinkan….

9. Ramai kes insan yang tertanya-tanya… jika betul mereka sekadar berkawan.. .kenapa hubungan yang dulu ramah mesra… senang tegur sapa.. pantang online wechat whatapp fb… pantang bangun tidur… even jika dah nak masuk tidur pun inform… tetapi bila hubungan bertukar dingin.. .tetiba sahaja “lost contact” kononnya kerana masing-masing ada ”feel ” nak tengok siapa menyerah kalah dan ego siapa lebih tinggi… silap tu… actually ia bukan coz ego dan bab menyerah kalah… ia adalah kerana respect… sidia menghormati masa anda.. sedar bahawa masa pantas berlalu.. dari membuang masa dengan perhubungan yang tidak berfaedah akhirnya untuk anda… lebih baik anda mengambil masa itu untuk berkawan dan berhubung dengan orang lain… so, jangan perasan sidia jealous jika anda berkawan dengan insan baru… maybe mula-mula memang ada sedikit jealous.. tapi bila sidia sedar… yang sidia sendiri ingin ia menjadi seperti itu.. .dan sidia tentu tidak kisah lagi dan gembira untuk anda….

10. Anda dan sidia sama-sama tidak mempunyai hati pun.. tapi.. biasalah soal mood ini.. atau perhubungan atau pertalian itu ditentukan Allah.. mungkin tiba masa untuk anda berkawan dan mengumpul kawan lain.. atau kembali close dengan kawan yang satu waktu dulu anda close tetapi akhirnya renggang… dan kini kembali close kembali… biasalah bukan hidup saja umpama roda.. persahabatan dan perhubungan pun begitu….so jangan fikir bukan-bukan… anggap sahaja dia respect anda…. dan mahu masing-masing ada life….. 

11. Sidia sudah punyai pilihan hati… so, dia tidak mahu melukakan hati pilihan hatinya itu dengan melayan orang lain. .dari layan anda.. baik layan orang yang sebenar dicintai dan mahu hidup bersama… bila kita sudah bertemu dengan insan benar dicintai.. trust me.. .mood untuk melayan insan lain pun tidak ada…. Malah, nak approve frenz dekat wechat.. facebook segala pun tidak berminat… silap hb, facebook pun deactive kan… hehehehe… sidia tak sampai hati beritahu anda atau maybe bagi sidia soal cinta hati ini adalah privacy sidia… so, jangan makan hati ye… berlambak lagi kumbang dan bunga diluar sana… move on darlingz….. please….walau anda pun memang tiada hati lebih dari kawan pun dengan sidia...


“Ketika Allah menginginkan DUA HATI bertemu,
DIA akan menggerakkan keDUA-DUAnya sekali,
Tidak hanya SATU…”



Ini sahaja untuk entry kali ini.. ..terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luvvvv!! Muahhzzz!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan