Rabu, 23 April 2014

DEFINASI ROMANTIK ......







Ini adalah pandangan peribadi saya mengenai romantic.. .so, ia maybe tiada kena mengena dengan pendapat dan pandangan gadis idaman anda ye… harap maklum…. ;-)

Ramai gadis atau pendapat mengatakan bahawa seorang lelaki itu romantic dengan rajin membeli bunga, membuai diri dengan pujian ayat manis. .janji-janji manis… rajin membeli coklat dan hadiah serta membuat surprise.. dengan kejutan yang tidak disangka-sangka oleh si gadis… well.. I agree juga dengan pandangan definasi romantic umum itu ye… tetapi I donno why…base my experience yang pernah di “manjai” dengan kawan lelaki saya yang rajin membeli chocolate (siap beli sebakul coklat pelbagai jenis dilangkawi untuk lagi)… siap belanja makan kek kegemaran… belanja cup cake… hadiahkan handbag.. bagi duit… (duit minyak kereta ye… yang sebenarnya kita habiskan tak sampai pun rm5, tapi diberinya rm50..hahahahah)… belum dikira makan di tempat mewah dan hadiah-hadiah handbag dan dompet yang bolehlah tahan harganya…. For me.. they not romantic.. coz mereka semua memang jenis macam itu.. berduit.. dan bukan saya sahaja yang mendapat keistimewaan dan layanan itu.. .bayangkan… lepas beli handbag dekat saya .. kawan lelaki saya akan Tanya saya.. nak beli handbag apa ye dekat  kawan girl saya yang lain (yang juga kawan mereka)… dengan kata lainnya.. perkara sebegitu adalah biasa dikalangan kawan lelaki saya... belum kira lagi jika ke mall atau kemana-mana, tiba-tiba ada orang jual bunga… kawan lelaki saya akan Tanya.. “ko nak bunga tak?”.. tanpa perlu dijawab … mereka terus beli… ..

Situasi diatas.. its not romantic ok.. .kalau dah mampu.. dan pemurah.. itu bukan romantic.. .saya tiada lansung feel romantic bila terima segala pemberian dari mereka.. malah saya sendiri tidak merasakan kawan lelaki saya itu romantic...even I ‘ve experience dengan my 1st xbf yang menghadiahkan I coklat ferrero rocher (2 box besar lagi ye)…dizaman I habis spm dulu ye… pun I tak rasa lansung feel romantic coz.. .ia diberi ketika I tahu dia memang nak beli siap Tanya lagi dekat pasaraya nak coklat apa?... serius.. I cant call it romantic… dasyat tak???... betapa complicatednya i… ahhahahahaha….

But I still agreed.. I ‘ve experience with someone yang really romantic… hahahahaah.. my xbf.. yang I rasa tidak boleh disamakan @ dibezakan dengan orang lain.. coz… my xbf itu study dan bekerja lama di US.. .so faham-faham sahajalah.. style romantic orang disana.. really difference dengan orang Malaysia.. & yup.. romantic for me mean surprise.. yang seriously kita tidak jangka-jangka.. tapi tidak bermakna… bahawa ia mestilah something yang mahal.. atau special atau susah untuk dilakukan..



Well, this I situation i call romantic…
I pernah berkawan dengan si B yang garang dan kasar orangnya.. seperti manusia yang tidak ada perasaan la… tetapi sekali ditakdirkan I terpaksa naik bas dan turun dipekeliling, kerana beg I cukup berat.. so, I dengan berat hati terpaksa meminta tolong si B (actually I memang 90% rasa si B tidak akan menolong I coz ketika itu situation jalan raya serius jem coz time orang kl balik kerja).. tetapi. .surprise.. si B tetap dengan rela hati setuju menolong….(this situation I called “touching”)… lepas itu dengan feel tidak tahu malu, I siap berpesan tolong belikan I air milo.. kerana I kehausan dan tidak makan seharian… walau si B menjawab tengoklah kalau sempat.. .& for sure I tidak berharap.. tetapi its really surprise & I called it really romantic bila I masuk ke kereta si B, terlihat plastic bag yang didalamnya ada air milo dan sebungkus coklat kinder bueno (yup! For sure si B tahu I peminat no.1 segala chocolate yang best di muka bumi)… well, bila seorang yang garang… seperti tidak mempunyai hati dan perasaan melayan anda seperti itu… ketika anda kelaparan.. fuhhhhh!!! Hanya tuhan yang tahu betapa romantiknya….  Rasanya lebih 3 harilah.... I tersenyum sorang-sorang .. hehehehehe .. and actually that 1st time I rasa chocolate kinder bueno.. .siap I puji lagi depan si B.. sedaplah chocolate ini… si B hanya menjawab “tahu tak pa” Nampak tak betapa hampehnya jawapan si B?..… well.. bukan nak cakap… seriously memang rasa.. giler romantic mamat nihz….. dalam mahal dan ego.. tetap ada sifat caring.. serius romantic.. yang tersembunyi sangat… tuhz yang mahal ok…. Hahahahahah

Pernah seseorang yang rapat dengan saya bercerita bahawa perkara yang dirasakan romantic…pernah dibuah oleh bfnya (sekarang sudah bergelar suami isteri) ialah.. ketika mereka mula-mula berkenalan dan bercinta dizaman sekolah dahulu…bf nya hanya bertanya “awak nak gula-gula?”… my frenz hanya menjawab “boleh juga”… slow-slow dan dengan muka kemerahan.. bfnya memberikan gula-gula “kiss me”… so my fren pun malu-malu menerima gula-gula tersebut… saya yang mendengar ceritanya itu pun… saya rasa sehingga kini saya dapat rasa betapa romantiknya kisah  itu….… :-)

Perkara romantic bagi i juga antaranya bersifat pengorbanan.. example.. kita tahu sidia kepenatan seharian di bulan puasa.. bekerja dengan kuat dibawah panas matahari.. tetapi ketika berbuka puasa si dia memilih tempat yang ingin kita makan atau taste kita.. …sedangkan kita bukanlah sepenat sidia.. kerana bekerja tidak sekuat sidia dalam aircond segala… tetapi kerana sayang punya fasal.. sanggup sidia walau sekali seumur perkenalan, belanja kita ditempat yang bagi sidia mahal dengan situasi kewangan sidia... tapi kerana diri kita.. dia sanggup ketepikan kehendak dirinya untuk menjaga hati kita… juga dikatakan perbuatan romantik… (kes ini biasanya gf tahu bf tak ada duit, tapi bf tetap nak belanja gf ye, walau gf sehabis daya menolak)

Jika romantic itu hanya untuk perkara yang mahal dan memerlukan duit.. so, orang biasa atau miskin tidak mampu bersifat romantic… Tuhan itu adil ye… kadang-kadang walau lelaki berduit itu beri segala-galanya kepada wanita pujaan dia.. tetapi kerana hati wanita itu mungkin bukan kepada lelaki itu.. dia tidak fikir lelaki itu romantic tetapi memikir yang lelaki itu cuba memikatnya atau… merasakan mungkin lelaki itu anggap wanita itu sama dengan wanita lain…dan silap haribulan mengangap lelaki itu “tergila-gilakannya” tetapi sekali lagi saya tegaskan. .lain wanita lain pandangannya….

Romantik bukan bermaksud kena keluar makan selalu ditempat mewah atau kena keluar setiap hari…tengok wayang.. telefon pagi petang siang malam.. ...belanja percutian hotel atau sebagainya… romantic adalah apabila anda secara tidak sedar cuba menundukkan ego sendiri secara tidak Nampak..atau cuba untuk mengelak dengan ketara menunjukkan kasih sayang anda kepada orang yang anda cinta dan sayang .. atau still ada perasaan malu untuk melakukannya…. (yelah.. jika tidak pernah beli bunga.. tetiba terasa nak beli bunga… ).. tetapi tetap melakukannya… (bukan buat benda yang haram dan berdosa ye)….i perasan ye.. setiap kali I rasa someone tu romantic.. ada sikit feel “malu” pada wajah atau style lelaki itu….jika dalam telefon pun.. ada sedikit nada “malu @ mahal” itu.. …dan sometime peristiwa romantic itu berlaku.. sendiri.. really naturally… actually if u  in luv… u sendiri akan tahu feeling itu sendiri….

Lastly , kita kena sedar dan tahu.. .seseorang itu hanya terlihat sifat romantic sebenar.. .bila dia mulai benar-benar jatuh hati kepada seseorang.. .kalau sifat romantic sidia belum terserlah.. bersabarlah… mungkin sidia belum menemui cara menunjukkan cinta sebenar kepada kita… dan akan tiba masa nanti anda akan berjumpa sifat romantic pada insan yang anda cintai secara halus… tiada manusia yang tidak romantic dimuka bumi ini…. Jangan apabila sidia sudah pergi baru anda sedari betapa romantic dan caringnya sidia… baru tika itu anda rasa menyesal kerana tidak menghargai….sesungguhnya tiada manusia yang tidak romantik dimuka bumi ini. .even seorang yang tidak mempunyai perasaan pun... ;-)

Well, ini saja yang saya dapat coretkan ketika ini.. sekali lagi pandangan diatas adalah pandangan saya… dan serius saya tidak tahu apa maksud romantik bagi orang yang berkahwin…. Kerana saya belum berkahwin.. hehehheh terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. luv! Muahhhhzzz!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan