air tebu.. nyam!!!! |
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa... baiklah darlingz.. antara minuman kegemaran ketika berbuka puasa ialah air tebu.. disini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi khasiat air tebu bersama anda....
Selain memiliki banyak khasiat vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan, jus tebu juga kaya dengan fosfur, zat besi , kalium, kalsium dan magnesium..penelitian telah menunjukkan bahawa jus tebu juga baik untuk demam dengan membantu kehilangan vitamin. Diantara khasiat air tebu yang lain :-
1. Mencegah stroke
Dengan meminum air tebu secara teratur (apa benda sekalipun tidak elok berlebihan) , dapat membantu menjaga metabolisme badan kerana kekurangan cairan tubuh oleh kerana aktiviti harian sekaligus dapat membantu mencegah stroke.
2. Menguatkan gusi dan gigi
Dikatakan ,dapat menguatkan gusi dan gigi jika di campurkan dengan garam..
3. Dapat mencegah kanser payudara
Kerana air tebu bersifat alkali dikatakan air tebu yang asli dapat menghindar dari terkena penyakit kanser payudara dan kanser prostat.
4. Bagus sebagai pengganti gula kepada penderita diabetes
Oleh kerana tebu adalah asli... jadi air tebu adalah baik untuk pengidap diabetes sebagai pengganti gula... (bagi pengidap diabetes.. lebih baik mendapatkan nasihat daripada doktor anda)
5. Dapat meredakan kepanasan badan
Air tebu hitam asli dikatakan bagus dan boleh meredakan kepanasan tubuh.
6. Dapat meredakan batuk
Air tebu hitam juga dikatakan dapat meredakan batuk.
7. Bagus untuk organ dalaman
Air tebu dikatakan mampu menyihatkan organ dalaman seperti perut, ginjal , jantung , otak , mata dan organ kelamin.
8. Bagus untuk ginjal
Jika anda kerap meminum air tebu, dikatakan akan membantu mencegah penyakit berkaitan ginjal dan seterusnya melancarkan pengaliran air kencing.
9. Membantu dehidrasi
Jika musim panas, digalakkan untuk meminum air putih atau air tebu yang membantu mengurangkan dehidrasi.
10. Pelawas semulajadi
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman.
Air tebu adalah pengganti gula yang bagus.. walaubagaimana pun tentu sekali madu adalah lebih baik dari tebu sebagai pengganti gula.. ada pendapat yang mengatakan khasiat tebu sama seperti kurma.. tetapi bagi saya itu adalah perkara yang tidak logik.. heheheh..
Air tebu dikatakan "tajam" dan tidak sesuai untuk wanita yang mengandung atau kedatangan haid.. ini kerana sifat air tebu yang "tajam" itu boleh menyebabkan pendarahan atau keguguran.. dan untuk wanita yang kedatangan haid. .kemungkinan.. bertambah lagi hari pengaliran haid anda...
Walau bagaimanapun adalah lebih digalakkan.. untuk menyeimbangkan setiap pengambilan makanan dan minuman kita.. termasuklah dengan air tebu.. .terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.. selamat berpuasa dan salam sayang dari saya.. .luvvv!!!!
good info!! thanks. kat umah dah ber-jag air ni..hehee
BalasPadamtqvm izzati
BalasPadam