Rabu, 24 Julai 2013

KEBAIKAN COKLAT








Salam Ramadhan yang indah.... sempena bulan puasa ini.. saya kerap sahur dan dinner minuman coklat panas dan coklat ice..  oleh kerana ramai peminat coklat di dunia ini.. termasuklah saya.. jadi saya menulis entry ini untuk perkongsian kita bersama.. jutaan terima kasih kepada mr.google atas segala maklumat ini.. dan gambar choclate yang menawan ini.. hehehehe...

Baiklah berikut adalah antara khasiat coklat :-


1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

 
2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.

Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.



3. Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.




4. Coklat melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!


5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

6. Coklat memberikan anda mood yang baik.

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.



7. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.


8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9. Coklat boleh membuatkan anda bijak.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10. Coklat boleh mengisi perut anda.

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.


Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.

Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.


11. Makan Coklat sama seperti bersenam

Nampaknya kini anda boleh memakan coklat dengan kurang rasa bersalah kerana saintis mendedahkan coklat gelap mempunyai bahan yang meningkatkan keupayaan otot, sama seperti dengan menggunakan mesin larian di gimnasium.

Menurut penyelidik Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, kajian mengenai bahan epikatekin di dalam coklat gelap ke atas tikus makmal mendapati bahan itu meningkatkan tenaga di dalam otot, membolehkan haiwan itu melakukan senaman dengan lebih lama.

Tikus diberikan epikatekin mampu bersenam sama seperti tikus yang diletakkan di atas mesin larian setiap hari dan saintis akan mengkaji sama ada kesan serupa dapat dilihat pada manusia.

“Senaman seperti aerobik, berlari dan berbasikal meningkatkan jumlah sel mitokondria yang memberi tenaga kepada sel otot.

“Epikatekin mempunyai kesan sama dalam meningkatkan jumlah mitokondria, terutama pada otot jantung dan rangka,” menurut ketua penyelidik, Dr Moh Malek. 


 Terima kasih kerana membaca entry ini.. Salam Sayang dari saya... luv !


*** info ini didapati dari link ini http://paapaada.blogspot.com/2012/06/10-rahsia-kebaikan-coklat-yang-tak.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan