banyakkan pelbagai pilihan buah-buahan dan warna dalam hidangan |
Punca sebenar kanses usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser yang paling kerap berlaku & paling membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.
Di negara kita, sehingga 2002 (11 tahun lepas okey!) , sebanyak 2,778 kes di catatkan dengan 59.6% jumlah itu membabitkan pesakit keturunan Cina.
"Apa juga jenis kanser , ia sukar dikesan pada peringkat awal dan ketika tanda-tanda berkaitan mula di kesan, penyakit mungkin sudah sampai ke tahap yang serius. Tahap serius penyakit pula berbeza bagi setiap pesakit , bergantung pada saiz dan kedudukan kanser di dalam usus. Dalam Sesetengah kes, tanda yang muncul mungkin disebabkan situasi lain yang bukan kanser seperti yang disangka contohnya masalah keradangan usus" - antara petikan kata-kata Perunding Pakar Bedah Am Damai Service Hospital (DSH) Dr Tan Liam Chwee... dalam rencana Harian Metro Semalam.
Antara tanda penting kanser usus adalah apabila terdapat perubahan jadual (kekerapan dalam sehari atau seminggu) ke tandas , kerap ke tandas , tetapi masih rasa tidak puas , masalah sembelit dan cirit-birit saling berganti serta najis pula bercampur darah atau berwarna kehitaman.
Ujar Dr Tan , usah bandingkan jadual ke tandas anda dengan orang lain kerana setiap orang ada keperluan berbeza. Walaupun kebanyakan orang ada jadual ke tandas setiap hari, ada juga yang hanya buang air besar seminggu sekali dan ia perkara normal bagi individu berkenaan. Oleh itu , apabila jadual ini mula berubah dan anda kerap mengalami masalah buang air, itu tanda penting yang tidak boleh diabaikan.
Nasihatnya , jika anda termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi , lakukan sesuatu untuk mengubah faktor risiko berkenaan. Perkara utama ialah mengubah tabiat pemakanan dengan melebihkan pengambilan serat. Cara paling senang ialah makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Belum terlewat untuk kita memulakan tabiat pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan makanan banyak lemak. bagi individu yang mengalami masalah obesiti, mulakan langkah menjaga pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan berat badan. Lakukan sesuatu demi menjaga kesihatan diri.
Tanda Kanser Usus :-
1. Kerap buang air , tetapi tetap rasa tidak puas
2.Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.
3.Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.
4. Perut rasa tidak selesa , memulas dan terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
5. Muntah , hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.
6. Pada keadaan serius , pesakit mungkin tidak boleh buang air.
Faktor risiko :
1. Umur Golongan berumur 50 tahun dan ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
2. Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini di buang dan mencegah pertumbuhan kanser.
3) Sejarah keluarga.
4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.
5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak , banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko di serang kanser usus.
6) Merokok dan obesiti
7) Alkohol
8) Kurang bersenam.
Artikel ini di ambil dan di ringkaskan dari Artikel Kanser Usus Meningkat , Harian Metro , Isnin 4 Mac 2012 oleh Hamizah Badiran.... Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan