Habbatus Sauda yang saya amalkan RM15 sahaja |
Tentu anda biasa mendengar tentang Habbatus Sauda atau Jintan Hitam... saya mendengarnya dari ketika saya bersekolah lagi... tapi seingat saya.. saya mula mengamalkannya ketika saya bersekolah menengah lepas itu berhenti lama, sebelum mengamalkannya kembali beberapa bulan dan berhenti bertahun-tahu dan selepas itu mengamal kembali , kemudian berhenti bertahun-tahun dan pada hari ini saya mula kembali mengamalkannya... antara hadis yang menyebut tentang khasiat Jintan hitam atau Habbatus sauda ini ialah :
Dari Aisyah R.A beliau mendengar Rasullah SAW bersabda
"Sesungguhnya Al-Habbbatus Sauda boleh menyembuhkan segala penyakit keucali As- Sam (Mati)"..- Hadis Riwayat Imam Bukhari
Riwayat Abu Nu'Aim dalam kitab Al- Tibb himpunan hadis-hadis sahih no 1819 - "Pada Habbbatus Sauda terdapat segala ubat bagi segala penyakit kecuali mati".
Tetapi hadis yang paling berbekas di hati saya dan telah lama saya hafal semenjak sekolah ialah "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda.. kerana padanya terdapat ibu segala penyakit kecuali mati".. maaf saya tak ingat riwayat siapa tapi memang itu hadis Sohih. Dan oleh kerana hadis itulah penjual yang memberitahu saya bahawa mesti mengamalkan habbatus sauda dengan istiqomah baru akan mendapat hasil.. jika sekejap berhenti sekejap tidak..memang susah untuk ia menampakkan hasil..
Kakak angkat saya pemegang Ijazah dari Jordan juga pernah memberitahu , jika dia memakan apa saja ubat klinik, panadol atau perubatan moden, dia pasti akan makan habbatus sauda untuk meneutralkan bahan kimia yang terdapat didalam ubat itu.
Kini ,di pasaran Malaysia, terdapat pelbagai jenis hasilan dari habbatus sauda, ada yang jenis biji, kapsul dan minyak.. harganya juga amat murah.. malah sekarang ini sudah terdapat sabun dan produk kecantikan habbbatus sauda..anda boleh mendapatkannya dikedai-kedai jualan barangan sunnah, kedai buku agama, kedai jamu dan kedai-kedai arab. Jangan bimbang, kerana sekarang memang terlalu mudah untuk mendapatkan produk hasilan habbatus sauda ini.
1. Untuk kesihatan badan anda digalakkan untuk makan habbatus sauda. Minyak habbatus sauda juga elok untuk diminum tapi memang amat memanaskan badan, ramai orang yang tidak tahan ,so better makan yang biji asli sahaja (sebolehnya kurang 10 biji sekali makan), kapsul habbatus sauda pun ramai yang tidak tahan memakannya dan digalakkan untuk makan ketika malam. Habbatus sauda yang biji atau asli seelokknya diamalkan dalam jumlah ganjil dan dimakan ketika pagi sebelum sarapan dan malam ketika tidur., untuk kecantikan juga anda digalakkan untuk makan habbatus sauda dan menggunakan minyaknya.... untuk kecantikan kulit.. bukan saja untuk kecantikkan kulit.. malah jika minyaknya disapu di payudara ia membantu membesarkan dan mencantikkan payudara , dan untuk lelaki ia juga turut membantu membesar dan memanjangkan zakar...walau bagaimana pun bau minyak ini kurang enak ye... hehehehe
2. Bagi anda yang hanya memakan 2-5 biji habbatus sauda asli pun tetap rasa panas badan dan pening kepala.. anda boleh cuba merendamkan habbatus sauda itu dlm segelas air masak di waktu malam.. dan pagi esoknya terus minum air habbatus sauda itu bersama habbatus sauda didalamnya... insyaallah badan anda boleh terima.. sebelum terlupa jangan lupa berselawat dan baca niat ye sebelum makan... (umat islam memang digalakkan buat perkara ini).. selain itu cara ini juga sesuai untuk merawat batuk dan selsema.
3. Anda juga boleh mencampurkan habbatus sauda yang dikisar atau ditumbuk kedalam minuman atau makanan anda atau ketika anda memasak.. memang digalakkan.. even lagi digalakkan jika dicampur didalam jamu buatan sendiri. .tapi jangan masuk banyak sangat ye. .cukuplah 3-5biji sahaja... tapi sebenarnya digalakkan 7biji...
4. Selain itu anda juga digalakkan mencampur 3-7biji habbatus sauda didalam madu yang anda minum atau makan sebelum sarapan..kedua-duanya adalah makanan sunnah yang amat digalakkan dan kedua-duanya adalah ubat segala penyakit kecuali mati.
Habbatus Sauda saya..hheheheh |
ANTARA KEBAIKAN HABBATUS SAUDA IALAH :
MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),
ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA
Kebaikan Habbatus Sauda ini saya dapat dari entry ini : http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com/2012/10/khasiat-habbatus-sauda.html boleh rujuk pengalaman beliau menggunakan habbatus sauda untuk anak beliau disini.
rupa jintan hitam asli |
So, mulai sekarang anda boleh cuba membeli habbatus sauda dan makan.. dulu saya pernah amal berkotak juga habbatus sauda kapsul Baraka, tetapi sekarang saya prefer yang asli. .kerana banyak sangat keburukan kapsul yang saya baca untuk kesihatan.. tetapi saya tak tahulah bagaimana dengan kapsul baraka...
Salah seorang dari kawan lelaki saya pernah memberitahu saya, "semenjak dia rajin mengamalkan kapsul habbatus sauda , nafsu makannya semakin menjadi-jadi sehingga dia tidak boleh mengawal nafsu makannya".. bila perkara ini saya refer kepada penjual habbatus sauda.. penjual itu memberitahu saya "memang kapsul ini meningkatkan nafsu.. jika orang bujang yang makan so nafsunya akan ke makan..." no wonder.. salah seorang kawan saya yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir pernah berkata yang ulamak dan pensyarahnya berkata..." jika orang itu kuat nafsu makannya.. so dia juga kuat nafsu jimak". .heheheh.. so that mean.. habbatus sauda juga boleh meningkatkan tenaga batin..
I pernah dengar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.. lama sangat dulu (time i masih study lagi ye, so that mean lebih 10 year).. ada seorang wanita telefon mengatakan dia sembuh kanser payudara dengan mengamalkan berbotol-botol habbatus sauda.. termasuk seorang wanita yang menunggu begitu lama untuk mendapatkan anak akhirnya berjaya mengandung dengan mengamalkan habbatus sauda dan buah delima . Jadi mungkin anda boleh mula mengamalkannya dari sekarang ye...untuk meningkatkan kesuburan.
Baiklah, sekian saja untuk entry kali ini.. jumpa lagi di next entry.. tqvm kerana sudi membaca entry ini.. salam sayang dari saya... luvvvv!!!! mmmuahhhhh!!!!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam👍😃
PadamBoleh saya tahu dimana awak beli habbatus sauda ni?
BalasPadamDi kedai Arab banyak jual.
Padamsaya lupa, tapi jika tidak silap di dalam kedai agama di kuantan paradek kuantn. Anda boleh juga dapatkan di dalam aeon wangsa maju, ada kedai arab berhampiran toilet. tqvm
BalasPadamsy nak beli habbatus sauda pliss
BalasPadamDi kedai Arab dan barangan sunnah banyak dijual
Padamkedai arab dan barangan sunnah banyak jual. alternatif boleh hubungi puan nadia 012-7364408 untuk order habatus sauda.
BalasPadamhabbatus sauda memang best. banyak manfaatnya. follow :)
BalasPadammmg bagus habbatus sauda ini wani. done follow u.
BalasPadamDlu makan mnyk punya. Rasa cm x sesuai.. skrg amal biji pulak. Bru smggu amal..
BalasPadamMudahan tonsil dan resdung sy makin berkurang. Sbb da bnyk sgt mkn ubt klinik tp jd balik. Skrg ingt nk amal. Mknn sunnah pulak. Smoga dpt membntu. Insyaallah.
Oh semoga cpt sembuh. Insyaalah sy akn bkongsi petua & remedi tonsil dlm waktu tdekat ini insyaallah.
Padamnk try lah.. dh lma jadi penghidap eczema.. n dh byk kali ambik ubat pakar tp jadi balik..
BalasPadamSelain Habbatus Sauda. Anda harus jaga diet dan pemakanan tertentu supaya ia tidak berulang.
PadamEkzema jika guna steroid akn trus berulang.. Mungkin u boleh google topical steroid withdrawal..
BalasPadambolehkah dicampur dengan madu biji jintan hitam yg dibeli dikedai runcit dan telan terus? jzk
BalasPadamBoleh. Cara ada saya terangkan di komen di bawah.
Padamen.azhar,
BalasPadaminsyaallah boleh. Celup jari anda dalam madu, atau titiskan sedikit madu pada jari manis anda dan hisap.
Kemudian jari manis anda itu pula celup dalam jintan hitam anda dan kunyah.
Saya ada menjual habbatus sauda halagel. Boleh hubungi saya di 011-5279 0273 untuk dapatkan harga promosi.
BalasPadamAssalamuaalaikum,
BalasPadamSekadar menumpang untuk berkongsi kebaikan Bijirin Yang Diberkati ini (Habbatus Sauda)..Amat banyak manfaat,dengan syarat,amal secara konsisten,mohon pada Allah untuk kesembuhan,In Sha Allah..Jika berminat untuk mencuba Kapsul Habbatus Sauda,boleh hubungi/ Whatsapp sy di 013-9934104..T.Kasih..
Assalamuaalaikum,
BalasPadamSekadar menumpang untuk berkongsi kebaikan Bijirin Yang Diberkati ini (Habbatus Sauda)..Amat banyak manfaat,dengan syarat,amal secara konsisten,mohon pada Allah untuk kesembuhan,In Sha Allah..Jika berminat untuk mencuba Kapsul Habbatus Sauda,boleh hubungi/ Whatsapp sy di 013-9934104..T.Kasih..
assalamualaikum. nak tanya. body scrub tu masih ada x? kalau nak borong, boleh?
BalasPadamWaalaikumusalam..masih ada dan anda boleh what app terus saya ke 016 276 2636 untuk belian borong atau pukal.
PadamBoleh bgtau keburukan habatussauda bntuk kapsul..sya mkn jnis biji..ingt nk try kapsul plak..
BalasPadam