Selasa, 5 Februari 2013

Oh London !

I pergi bercuti ke London ni awal January 2010, kebetulan London ni termasuk dalam tempat untuk di lawati dalam pakej percutian dari Reliance Travel & Tour (10 Day 7 Night Popular Europe - i beli pakej ni). So kalau awal Januari tentunya "Winter Time"..pastinya cuaca di London sangat sejuk.. Alhamdulillah i tidak demam coz bagi sesiapa yang tidak tahan sejuk boleh deman tau, so jgn lupa sediakan ubat-ubatan kalau bercuti ke sini..satu perkara lagi kat London ni glamer dengan "pencuri dompet", anda tak sedar, tiba2 je dompet anda boleh hilang, coz pencuri ni dia curi dompet tu slow2 je.. sedar2 hilang..(Kawan i Leon, nyaris terkena di London Bridge). .Apapun memori kt London mmg indah.. xsabar nak pergi lagi.. hopefully tercapailah hajat i nihz.. Aaamin.. so biarlah gambar bercerita ye... i ni malas nak taip panjang2 spt mana ada insan yang malas baca panjang2 nihz,... huhu

Jan 2010 - Kalau pergi London tak sah kalau tidak bergambar di "London Bridge" (hati-hati dengan pencuri dompet kat sini, diaorang curi slow-slow je, xsedar ok)
High Speed Euro Star - wajib naik tau! (bila lagi nak merasa kanz?)
rasanya i ni dah cukup tinggi, tapi Mat Salleh ni lagi tinggi.. hehehehe

Antara tempat yang i lawati dalam pakej ni kat  London ialah melawat Big Ben, The Tower Bridge (sah-sah la kena lawat), Westminster Abbey, Buckingham Palace, Trafalgar Square, Piccadilly Circus dan banyak lagi.. (sebenarnya dah lupa.. dah 3yr berlalu kanzz?)..  So biarkan saja gambar2 di bawah bercerita... huhhuhu



 






Sesiapa yang pernah tengok filem "101 Dalmatian", mesti ingat tempat di bawah ini.. tempat banyak anjing berlari-lari tu.....

salah satu tempat pengambaran "101 Dalmatian"



Andai anda datang ke London, tolong jangan lepas peluang untuk melawat muzium patung lilin terkenal iaitu Madam Tussauds. Memang banyak sangat patung lilin artis & personaliti terkenal yang anda boleh tengok & bergambar di sini termasuklah dengan Kerabat di Raja Britain & Presiden Obama. (Nak masuk sah-sah kena bayar yea... i xingat berapa GBP, coz dah berzaman i pergi.., tapi xsilap i lah dlm GBP30).


Gambar nak masuk ke Muzium ni pun dihiasi pic Power Couple nihz..


Sorry.. i peminat diaorang ye.. hehehehe

Rasa-rasanya sah-sah korang semua kenal semua patung-patung di bawah ni kanzzz???.. so xpayah lah i perkenalkan.. ahakkkksss!









Selepas puas melawat, bergambar, cuci mata & sempat bermain cinta dengan patung2 lilin kat muzeum nihz...  i pun apa lagi.. terus pergi shopping ke pasaraya terbesar & terkenal itu. Pasaraya apalagi kalau bukan Gedung Membeli Belah Terkemuka London, Harrods... Lupa plak nak bagi taw, kat London nihz, setiap 26hb December ada "Boxing Day", Boxing Day ni biasanya kebanyakan barang-barang akan di beri diskaun sehingga 70%-80% lagi ye.. so biasanya orang ramai akan bershopping sakan pada hari ni.. tapi sayang pada 26hb December 2009 tu i berada di Paris, so xsempat la nak merasa 'Boxing Day' tu.. huhu..

Special dalam gedung Harrods nih ada satu tempat peringatan untuk mendiang anak lelaki pemilik Harrods ni & mendiang puteri kesayangan ramai iaitu Puteri Diana , yang meninggal di dalam kemalangan bersama kekasihnya Dodi Al-Fayed (anak lelaki pemilik gedung Harrods). Tempat peringatan ni terletak di bahagian Egypt (Mesir Purba Kala) di Gedung Harrods. So bila i tgk tempat peringatan diaorang nihz.. sedih & sayu hati i, walau mereka berlainan agama.. tapi kisah kematian mereka tetap menusuk hati ini... uhukkkkkkk!!!!


Dalam piramid kaca tu terletaknya cincin pertunangan antara Dodi Al-Fayed dgn Puteri Diana.. memancar2 ye cahaya permata cincin tuhz.. serius.. tapi dalam gambar xnampakla...


Yayasan mereka berdua turut di wujudkan untuk membina sekolah untuk kanak-kanak


So hanya seringkas ini yang boleh i ceritakan tentang pengalaman i di Kota London, sebenarnya beratus lagi gambar & 80pages lagi i nak cerita fasal London kat uols... tp before u uols nak termuntah dengar i cerita lebih baik i stop saja setakat ini, lagi pun i tau, uols gogles je, semua benda tentang London uols leh taw ye... malah banyak lagi pengalaman orang lain yang uols leh baca... hahahahah... ok la... nanti kalau pergi London tuhz terserempak Kate Middleton tolong sampaikan salam i yea.... ahakssss! chow chin chowww!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan