Khamis, 14 Julai 2016

SKRUB TUBUH @ BADAN ASLI

Skrub Tubuh @ Badan keluaran saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya satu lagi produk keluaran saya Skrub Badan Asli yang diperbuat dari 100% bahan-bahan asli dan selamat.

Skrub badan ini berfungsi untuk mencerahkan tubuh badan, memudarkan parut, menanggal sel-sel kulit mati dan menghilangkan bau badan. Hanya tambahkan perahan limau nipis dalam campuran skrub ini sebelum mandi dan anda boleh terus menggunakannya atau membiarkan bancuhan ini semalaman sebelum menggunakannya untuk kesan lebih ketara.

Sebagai pencinta bahan semulajadi , tentu sekali saya ingin menjual semua produk asli dan semulajadi serta selamat.

Malah saya juga menjual SNEK yang lebih sihat berbanding snek-snek diluar yang diperbuat dari emping jagung asli, limpahan kacang dan rempah kari enak.

Saya menggalakkan penggunaan bahan asli didalam produk kecantikan dan juga menggalakkan anda secara perlahan-lahan menukar cara pemakanan kepada makanan yang lebih sihat.

Kini anda boleh membeli CRUNCHY FLAKES dan ORIGINAL BODY SCRUB ini dari saya dengan hanya whatapps ke 016- 2762636.

Harga ORIGINAL BODY SCRUB ini hanya RM15 sebotol.

Setiap produk keluaran saya adalah PRE ORDER kerana semuanya freshly make.

Produk ini selamat digunakan ketika mengandung dan berpantang.

Juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah jerawat di belakang badan.


Buat pesanan anda sekarang.




Oleh kerana kehabisan stock botol.
Pada masa ini botol diatas terpaksa digunakan.

Berat Skrub ini dalam 450gram & tidak tetap kerana ia terpulang pada kisaran halus blender.


Perhatian :-

****Jika anda ingin menggunakan skrub ini pada waktu pagi anda harus membuat bancuhan pada waktu malam sebelum tidur. Dan jika anda ingin menggunakan skrub ini pada waktu petang atau malam, sila buat bancuhan dipagi hari sebelum anda memulakan kerja atau ke pejabat.

Cara Bancuhan

1. Campurkan 2 sudu skrub dan 2 sudu air (sudu yang sama digunakan untuk skrub) kedalam bancuhan skrub ke dalam bekas bancuhan anda.

2.  Ambil sedikit perahan limau nipis (jus @ perahan limau nipis sahaja), sukatan untuk perahan limau nipis adalah seperti berikut :-

i. untuk kanak-kanak (sehiris limau nipis yang dibelah 4 di potong 2)
ii. Untuk wanita hanya setengah biji limau nipis yang dihiris nipis atau dipotong empat
iii. Untuk lelaki sebiji limau nipis yang di potong empat.

Cara Menggunakan Original Body Skrub

1. Setelah dibancuh dan disimpan semalaman, anda boleh terus menggunakan body skrub ini.
2. Basahkan sedikit badan anda, kemudian mula melumur skrub ke tubuh anda.
3. Pastikan mulakan dengan telapak belakang ke 2-2 tangan anda dahulu. Gosok lembut dengan cara memutar kearah jam.
3. Kemudian mulakan dari atas badan dengan cara putaran atau membulat. Sila buat dengan lembut.
4. Untuk bahagian pelipat, sila pastikan anda membuat putaran hanya mengguankan jari jemari anda dan umpama atas angin sahaja untuk mengelakkan kawasan pelipat yang halus itu hitam atau melecet.
5. Bilas badan anda seperti biasa.
6. Anda boleh mula menyapu minyak atau lotion yang melembabkan ke tubuh anda.

Anda digalakkan menggunakan body skrub ini hanya 2x seminggu dan jika parut yang teruk hanya 3x seminggu.

**ambil perhatian Skrub dengan campuran limau nipis,  digalakkan pakai pada waktu malam. 

Jika anda ingin memakai pada waktu pagi pastikan selepas 12 jam baru keluar kena matahari. 

Bimbang sunburn atau alahan. 

Jika masih ingin pakai pada waktu pagi,  lebih elok tanpa campuran limau nipis. 


Terima kasih.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...